Chelsea - King of Europe 2011/2012

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 20, 2012

Sejarah telah tercipta.

Chelsea Football Club merangkul gelaran UEFA Champions League buat kali pertama selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalty 4-3.

Seperti biasa, kemenangan pasukan kita tercatat dengan begitu dramatik sekali kerana Bayern terlebih dahulu mendahului perlawanan, melalui jaringan Thomas Muller. Namun, Abang Drogba menyamakan balik kedudukan menjadi 1-1 dan memaksa permainan melanjut ke masa tambahan.

Bukan mudah sebenarnya untuk menang di stadium Allianz Arena. Bayern yang dianggap sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan mengambil inisiatif awal menyerang kubu kita. Tidak hairanlah sejak dari wisel pertama dibunyikan lagi, mereka mengasak dan mendominasi permainan.

Serang punya serang, akhirnya Thomas Muller menghadiahkah gol pendahuluan buat Bayern. Menerima umpanan lambung Thomas Kroos, Muller menanduk mudah menewaskan Cech untuk kedudukan 1-0.

Ketinggalan 1-0 tidak membuatkan pemain kita gundah gulana. RDM menggunakan akalnya yang bijak memasukkan Torres dan mengeluarkan Kalou. Taktik ini dilihat berkesan kerana pada waktu itu, bahagian serangan Chelsea agak lemau.


Ketika perlawanan berbaki dua minit sahaja lagi akan tamat, Drogba menghidupkan peluang Chelsea dengan menanduk cantik ke gawang lawan untuk mengikat kedudukan 1-1.

90 minit tamat, memasuki masa tambahan.

Di masa tambahan, Bayern memperolehi sepakan penalti selepas Abang Drogba mengasari Franck Ribery di kotak penalti. Namun, tendangan Robben berjaya diselamatkan oleh Cech.

Scoreline 1-1 masih tidak berganjak dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penalty shoot-out.

Lahm, Mata dan termasuk keeper mereka, Neuer masing-masing menyudahkan sepakan penalti. Sementara itu, Mata mengalami nasib yang sama seperti Kaka & Cristiano Ronaldo kerana gagal merobek gawang Neuer dalam first penalty-shoot out.

David Luiz, Lampard & Ashley Cole telah melaksanakan tugas shoot-out dengan baik.

Ketika Ashley Cole menjadikan kedudukan 3-3, peluang pasukan Chelsea untuk menjuarai UCL terbuka luas selepas sepakan Ivica Olic diselamatkan oleh Cech dan tendangan Bastian Schweinsteiger terkena tiang.


Dan saat yang paling dinanti-nantikan hadir apabila Drogba mudah memperdayakan Neuer dan seterusnya membawa Chelsea menggondol trofi Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab bola sepak The Blues.

Man of the match sudah pasti Abang Drogba dengan Cech. Drogba menjaringkan gol penyamaan dan menyempurnakan penalty terakhir untuk membawa Chelsea menjadi juara. Manakala Cech menjadi hero kedua dengan menggagalkan banyak percubaan bahaya dari kubu lawan, termasuk menyelamatkan tendangan penalti Robben pada masa tambahan.

Secara keseluruhan, semua pemain kita beraksi dengan baik. Barisan pertahanan yang diterajui kembali oleh Cahill & David Luiz menunjukkan aksi kental mengekang serangan pihak lawan. Tanpa beberapa key player seperti Terry, Ramires & Ivanovic, kita masih dapat menewaskan Bayern.

Oh ye lupa, JT yang terlepas pada aksi final dibenarkan oleh pihak UEFA untuk merangkul trofi UCL bersama dengan Ivanovic, Ramires & Meireles. Paling mengujakan ketika Roman membisikkan sesuatu kepada RDM ketika upacara penyampaian pingat. Hmmm, adakah bisikan Roman itu menandakan masa depan RDM bersama Chelsea masih cerah ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Mungkin ramai di antara kita yang mengatakan Bayern lebih berhak menang kerana mereka bermain lebih baik dari Chelsea. Tapi ada satu perkara yang anda harus tahu ialah dalam bola sepak, permainan cantik itu tidak penting. Sebanyak mana pasukan anda mengawal possession, sebanyak mana percubaan yang pasukan anda lepaskan tidak ada ertinya jika gagal menewaskan Chelsea. Motif sebenar bola sepak ialah kemenangan. Tidak kira bermain cantik atau buruk, janji menang. Taktikal harus dijadikan aspek no 1. Kita memanfaatkan aspek tersebut dengan menewaskan Bayern yang lebih menerapkan beautiful football.

Hari ini kita melakar sejarah sebagai kelab London pertama yang menjuarai tofi Champions League. Aku tidak kisah jika ada mana-mana penyokong lalang mahu mengatakan "alah chelsea baru menang sekali sudah kecoh". Chelsea bukan kelab gila sejarah. Kelab kita tidak mementingkan sejarah lampau untuk dijadikan alasan. Peminat Chelsea bukanlah seperti penyokong Liverpool yang hanya tahu ungkit sejarah lampau. Apa yang penting, sekarang kita juara. Kita buktikan pencapaian semasa itu lebih baik dari pencapaian zaman dulu. Kita tidak bersandarkan pada kenangan untuk mengecapi kejayaan. Sejarah itu akan jadi bangang jika kita tidak mengulanginya dengan pencapaian semasa. Apa guna bercakap pasal sejarah lepas jika musim ini sekadar berada di kedudukan ke-8 liga dan hanya mampu memenangi Piala Mickey Mouse.


Chelsea, double cup champions. Piala FA & UEFA Champions League. Jika mahu buktikan kemampuan yang sebenar, sila bercerita mengenai pencapaian sekarang. Bukannya zaman datuk nenek anda yang dahulu kala itu. Be professional & think smart.

9 Response to 'Chelsea - King of Europe 2011/2012'

  1. Fadzmie Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337487297457#c5597554478108272077'> May 20, 2012 at 12:14 PM

    Tahniah Chelsea! Inilah trofi yang paling kita tunggu-tunggu selama ni. Boleh kira lengkap sudahlah kabinet piala kat dressing room.

    Kepada RA, sila bagi permanent contract kepada RDM. Dia dah realisasikan impian semua manusia berdarah biru di dunia ni.

    KTBFFH!

     

  2. ewanthology Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337489522921#c870961511093374742'> May 20, 2012 at 12:52 PM

    spoil betul la si kalou tu..amik gambar tak pakai baju... huhu

     

  3. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337497034634#c8629142952593355531'> May 20, 2012 at 2:57 PM

    tahniah chelsea sbb jd juara tahun ni..match mlm td mmg aku tak expect chelsea akan mengalahkan bayern..tapi mcm yg pngulas cakap,Chelsea's destiny had been written..kalau dr segi mutu pmainan,mmg agak mghampakan baik dari pihak Chelsea@Bayern(aku cakap menghampakan sbb aku peminat bolasepak yg berkecuali,aku bukan fans2 yg tertentu je.aku ON je bagi komen kalau pasal bola tak peduli kat site kelab mana pun.)..kalo KC cakap Bayern main cantik,aku ckp bayern main hampehh,ada 24 shot yg rata2 nya ke laut dan ke orbit bumi..Robben mmg tamak gila,Ribery ni kalo tengok betul2 main biasa je,takde ape2 yg special sgt pun.(Eden Hazard yg umur 21 pun jauh lbih hebat skil pmainan dr Robben power + ribery power)..Tapi chelsea mmg cukup pandai mengawal situasi perlawanan walaupun cuma ada 3 shot on target je n slh satu nya gol.Aku perasan Lampard n Mata agak kurg berfungsi mlm td.Gol penyamaan header Drogba mmg full power.Player chelsea yg paling teruk sekali mlm td bg aku adalah salomon kalou n kmdian nya Bosingwa..Player bayern yg cukup teruk Ribery,Robben n Gomez n Schweinsteiger..Cech mempamerkan prestasi yg superb utk match ni(aku letak Cech sbg Man of The mAtch sebenar berbanding Drogba)..So syabas utk fans Chelsea n Chelsea FC..

    **aku masih fikir yg RA tetap akan carik pengurus baru utk musim depan walaupun RdM dh melekat di hati fans chelsea dgn trophy Champions League ..I'm the owner and I got all the power..ramalan aku 35% RdM kekal,65% RdM terpaksa terima hakikat smmg nya ada org lain tgh tunggu jam nya nak masuk je.

     

  4. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337510841905#c2550766227595352061'> May 20, 2012 at 6:47 PM

    tahniah ...kem kita da berjaya merangkul dua piala ...fa dan ucl 2012

    cara kita bermain "parking bus mode" mmg berkesan kalau jumpa lawan macam bayern / barca ....kita tunggu masa yg sesuai untuk menjaringkan gol .....

    man of the match bagi aku ialah peter cech ...byk kali cech saved bola dr tembus hehehhehe..

    kemasukan nando mmg ketara walaupun nando x score kali ni...tp efek mmg ketara .....aku rasa kalau nando main dr awal kompom kita da score dl takla nak susa payah sampai penalty mode pulak kekekek apapun tahniah..

    RDM ...manager kita musim depan?
    mungkin ya mungkin tidak ...tapi sebagai satu penghormatan rdm patut d beri peluang menjadi manager utk satu musim sbb rdm da berjaya menyatukan kembali old guard + young player yg telah d kucar kacirkan ole avb sebelum ini ....kalau gagal kita cari manager baru pula lepas tu okey ....

     

  5. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337564822603#c3475913468008218040'> May 21, 2012 at 9:47 AM

    @fadzmie mohamad
    - ya betul tu..bila dah menang ucl, kire lengkaplah almari kabinet chelsea... epl, carling cup, piala fa, community shield semua dah sapu...ada 1 je lagi trofi yg belum chelsea gondol iaitu trofi Fifa World Cup Club...next year konfem kita genggam piala tu,hehe.

    @ delarocha
    - tu la... die seorang yang tak pakai baju... nak tunjuk juga badan die yg ketak2 tu,kehkeh

    @ far
    - pasal masa depan rdm tu kita tunggu dan lihat sahajalah... cume bangang lah Roman kalau dia tak permanent RDM yg baru 3 bulan dah bagi chelsea 2 trofi power..

    @ mannerohady
    - sebut pasal taktikal parking bus, lepas ni mesti ramai kelab2 lain akan tiru strategi chelsea tu,kehkeh... MU pun dah copy taktik tu mase lawan city..tapi sayang tak menjadi haha..

     

  6. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337565338987#c6915501019314938780'> May 21, 2012 at 9:55 AM

    hahaha mana fan-fan lalang ni aku nak tengok ce ngomentor sikit tengok..hahaha..yang aku nak cakap kat sini untung torees masuk chelsea..daripada stay kat liveerpodah tu x dapat apa2...atlist 1 musim dah 2 cup..

     

  7. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337565774691#c2237537954028065863'> May 21, 2012 at 10:02 AM

    Well-said guys!

    We are now the 1st ever EUFA Champions League winner from Southern Clubs England, especially we now ruling the LONDON.

    What else haters could say? We are not BIG enough? Now, we have won everything, except Club World Cup.

    By means, Torres, Mata, Luiz & Ramires all of them were made-up the right decision by joining Chelsea FC. In fact, we back in big4 again to play for UCL campaign next season. Sorry for Spurs but to be honest, Spurs are qualified only for Europa League.

    The nerve & excitement in this roller-coaster season for Chelsea FC gave me such a massive valued experiences.

    Roman finally lifted up the holy grail of UCL! King Roman, you are such a blessing!

    Definitely, we are all happy & not the "plastic fans". KTBFFH!!!!!

     

  8. SHAH345 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337577512163#c527502482228757793'> May 21, 2012 at 1:18 PM

    Akhirnya Chelsea berjaya,Peter Cech TQVM..save penalti Robben,kalo x mmg kite habis kempunan lagi piala UEFA nie,Drogba mmg power..Cahill n Luiz..Sebenarnya semangat pemain Chelsea yang tinggi...

     

  9. mamat Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-ucl-20112012.html?showComment=1337596493892#c6869812311918171802'> May 21, 2012 at 6:34 PM

    lampard :goodby uncle harry..goodby spurs

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png