Chelsea juara Piala FA !

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 06, 2012

Tewaskan Liverpool 2-1, Chelsea juara Piala FA buat kali ke-7.

Menang nasib ? Tidak. Kita beraksi baik selama 65 minit. Selepas pada waktu itu, barulah Liverpool mengasak berhabis-habisan kubu pertahanan Chelsea. Untuk gol pertama The Blues dijaringkan oleh Ramires pada minit ke-11.

Aksi cemerlang kem Chelsea di separuh masa kedua berterusan apabila Drogba menjadikan kedudukan 2-0, selepas menerima umpanan dari Super Frank. Drogba sememangnya King of Wembley kerana dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 4 final Piala FA.

Luis Suarez, Stewart Downing, Craig Bellamy & Steven Gerrard masing-masing gagal merobek gawang Cech sehingga Kenny Dalglish terpaksa memasukkan Andy Carrol, pemain yang sebelum ini dianggap flop untuk mengubah rentak serangan. Dan ternyata strategi itu berhasil apabila kemasukan bekas pemain The Magpies tersebut berjaya menukar tempo permainan The Kops. Carrol yang sempat mengelirukan JT, pantas melepaskan rembatan kencang menewaskan Cech dan menjadikan scoreline 2-1. Sayang seribu kali sayang kerana gol berkenaan menjadi gol tunggal buat Liverpool sehingga ke akhir permainan. Phil Dowg meniup wisel penamat dan Chelsea ditabalkan sebagai juara Piala FA bagi musim 2011-2012.

Final macam ini memang tak sah kalau tak ada kontroversi. The Kops mendakwa pengadil sepatutnya mengesahkan gol kedua pasukan mereka selepas tandukan Andy Carrol melepasi garisan. Ya, memang betul ia melepasi garisan. TAPI, tapi anda harus tahu, dalam bola sepak, bola yang ditanduk atau ditendang haruslah melepasi garisan secara keseluruhan. Orang barat cakap full-line. Tandukan Andy Carrol tu memang masuk tapi hanya memasuki half-line. Bila half-line, maka gol itu tidak boleh disahkan. Gol hanya sah jika ia masuk penuh, full-line. Peraturan ini sudah termaktub dalam undang-undang FIFA. Tak percaya, boleh google sendiri.

Sila berfikir dengan professional. Kalau macam itu, aku pun boleh juga mengaitkan isu ini balik "Gol Luis Garcia yang belum melepasi garisan ketika menewaskan Chelsea di semi final UCL 7 tahun lepas, ape cerita ? Karma is karma."

Digalakkan rujuk balik rules bola sepak. Malu la kalau hanya bersandarkan pada tontonan aksi bola sahaja tapi tidak mengetahui undang-undang sukan tersebut.


Orang yang paling aku tabik sekali ialah RDM. Semasa menjadi pemain dulu, beliau juga pernah membawa Chelsea menjuarai Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 & 2000. Hari ini, saat ini, RDM sekali lagi membawa Chelsea menjuarai Piala FA tapi berstatuskan caretaker manager. "Magic from The Itallian Matteo"

Apa gunanya kalau menang dua kali  dengan Chelsea musim ini tapi tewas di final Piala FA. Apa gunanya menang di Stamford Bridge tapi kedudukan liga lebih teruk dari Chelsea. Chelsea mengecapi 4 trofi dalam masa 4 tahun, satu pencapaian terbaik yang tak mungkin boleh dibuat oleh kelab Liverpool itu sendiri.. Liverpool mungkin boleh berbangga dengan pencapaian zaman nenek moyang mereka, tapi jika melihatkan almari trofi mereka untuk 5 tahun terakhir ini, apa yang nak dibanggakan sangat ? 1 piala dalam masa 5 tahun ?. Satu kelab lagi itu, 6 tahun tak berpiala. Player baru tiap-tiap tahun datang, trofi bila nak datang tak tahu lah. Keep the faith la sangat. Inilah berbaloinya pecat manager. Kalau tak pecat AVB, masakan boleh masuk final Piala Fa & UCL ini ? Nak kekalkan manager sampai berjanggut jadilah macam kelab yang satu lagi tu.

Sekarang kita sudah juara Piala FA dan target piala seterusnya pula ialah trofi idaman Roman Abramovich, UEFA CHAMPIONS LEAGUE. Segalanya tidak mustahil jika anda sebahagian dari warga Chelsea. Kita sudah singkirkan gergasi bola sepak dunia, Barcelona dan semalam kita malukan juara mickey mouse, Liverpool. Jadi tak mustahil untuk menjuarai trofi yang belum kita kecapi lagi sebelum ini iaitu UCL. KTBFFH.

Satu fakta penting yang anda harus tahu :

4 tahun di Liverpool, Torres gagal meraih sebarang Piala. Namun di Chelsea, El-nino hanya mengambil masa lebih kurang setahun setengah sahaja untuk mendakap sebuah trofi agung, trofi yang lebih bertamadun dari carling cup a.k.a mickey mouse cup.






3 Response to 'Chelsea juara Piala FA !'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-piala-fa-2012.html?showComment=1336270347936#c2227804695785226484'> May 6, 2012 at 10:12 AM

    tq and tahniah kepada the blues...
    abg nando da dpt 1st cup iaitu fa cup dgn chelsea ;) kompom hepy abg nando ari ni walaupun x main final fa cup....

    chelsea bermain cara slow n steady sbb last match dgn liverpool kita selalu kena counter attack oleh liverpool....smlm aku perasaan ada satu counter attack lepas kita punya freekick kena block ...tp syg counter attack liverpool x menjadi hehehehehhe...

    apapun kita attack da terus dpt menjaringkan gol ;) tahniah


    at least kita da dpt fa cup tahun ni....


    skrg simpan tenaga untuk final ucl dan lawan liverpool minggu dpn

     

  2. SHAH345 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-piala-fa-2012.html?showComment=1336349192516#c4709864696426310532'> May 7, 2012 at 8:06 AM

    amat berbangga bila berjaya Chelsea menang FA Cup ni,terubat kekecewaan sikit walau ranking EPL drop dr tiada piala langsung walaupun top 4.Yang ditungggu hanya UEFA Cup sahaja.Tinggal dalam 2 minggu lagi harap2 RDM dpt setup team di tahap yg lebih bagus.

     

  3. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/chelsea-juara-piala-fa-2012.html?showComment=1336355962444#c3371325874088578882'> May 7, 2012 at 9:59 AM

    Yeah.. Chelsea love it, we also love it. Simply amazing from keeper to forward, that also added trophies in our cabinet, 4 FA Cups in 6 seasons.

    RDM has the touch, legend always a legend & that's show how good Chelsea are, especially at Wembley.

    Let us get all together & bring back UCL 2011/12 to West London, where belongs to champion! KTBFFH!!

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png