6 prospek penting Bayern Munich yang anda harus tahu

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 16, 2012

Menjelang final Champions League, aku akan selongkar serba sedikit mengenai 6 prospek penting dalam kelab Bayern Munich ketika ini.

Jupp Heynckes

- Aku pasti ramai yang tak tahu sangat tentang profile Heynckes. Beliau warganegara jerman, lahir pada 9 Mei dan sekarang ini berumur 67 tahun, tua 26 tahun dari RDM. Heynckes orang berpengalaman. Sejak dari tahun 1979 hingga sekarang, beliau sudah menguruskan lebih dari 10 kelab dari seantero dunia.

3 kali Heynckes latih Bayern Munich. Mula berkecimpung di arena Munich pada 1987. 5 tahun berikutnya beliau keluar & urus kelab Atletico Bilbao pula. Masuk balik Bayern Munich pada tahun 2009 dan kemudiannya keluar ke Bayer Leverkusen. Masuk lagi sekali ke Bayern Munich pada tahun 2011,yakni tahun lepas menggantikan Van Gaal yang dipecat. Masuk keluar masuk keluar. Heynckes akhirnya kekal bersama kelab boyan itu sampailah sekarang.

Beliau pernah latih Real Madrid pada tahun 1997 dan pada musim itu juga, Heynkes membawa Los Galacticos menjuarai UCL.



Philip Lahm

- Seperi John Terry, Lahm juga boleh dianggap sebagai "Captan, Leader & Legend". Kapten bagi kelab Bayern dan ketua bagi skuad kebangsaan Jerman.

Muda dua tahun dari JT, Lahm seorang right back kental. Walaupun fizikalnya kurang tinggi tapi semangatnya tinggi, berkobar-kobar.

Nasib Lahm sama macam Terry & pemain Chelsea. Masing-masing tak pernah mengucup trofi Champions League. Hanya sekadar berpuas hati dengan pencapaian runner-up pada 2 musim lepas, tewas 2-0 kepada Inter Milan.


Bastian Schweinsteiger

- Orang lama Boyan. Memulakan youth karier pun di kelab itu juga.

Posisi lebih kurang macam Lampard iaitu midfielder yang berperanan sebagai playmarker. Schweinsteiger atau nicknamenya Schweni pernah bermain bersama dengan Ballack di skuad Jerman. Trofi, piala, kejayaan sudah menjadi satu kebiasaan buat Schweni kerana 5 kali dia membawa bayern menjuarai Bundesliga dan 5 kali untuk DFB-Pokal.

Keistimewaan Schweni ialah dari segi hantarannya, through pass nya yang kreatif. Umur masih 27 tahun tapi terpaksa bersaing ketat dengan Gustavo dan Toni Kross untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.





Arjen Robben
 
- 3 tahun Robben di Chelsea dan dia telah meraih banyak kejayaan bersama kita. Antaranya, trofi EPL sebanyak dua kali, fa cup sekali, carling cup dua kali & komuniti shield sekali.



Memulakan karier di Stamford Bridge pada tahun 2004 dan mengakhirinya pada tahun 2007. Robben kemudiannya dijual ke Real Madrid. Tapi sayang jodohnya bersama Real tak lama. Cukup 1 musim dan lepas tu dibuang ke Bayern Munich.


Di Bayern Munich, Robben kembali menunjukkan taring. Pemain sayap kanan Belanda itu menjaringkan gol kemenangan untuk Bayern dengan menyingkirkan MU di suku akhir UCL pada musim 2009-2010. Hatrik pertama Robben di Bundesliga ketika Bayern membelasah Hanover 7-0 pada 17 April 2010.

Robben pernah tersenarai dalam pencalonan pemain tengah terbaik Eropah bersama dengan rakan sepasukannya, Wesley Sneijder.



Apa yang aku kaji tentang corak permainan Robben ini ialah dari segi skillnya. Robben pandai dribble, laju dan penyudah yang berbisa. Kalau anda perhati cara dia main di Chelsea dulu memang hebat. Cuma masalahnya dia ni lebih kurang macam Sturridge iaitu tamak. Tapi tamak-tamak Robben pun ada hasil jika nak banding dengan tamak-tamak Sturridge yang banyak merugikan Chelsea.

Dan antara faktor utama Chelsea jual dia ke Real Madrid ialah kerana dia kerap cedera. 




Franck Ribery

- Pemain yang beragama Islam ini banyak kali juga dikaitkan dengan kelab Chelsea. Ketika di Marseille dulu, Roman Abramovich pernah membuat tawaran untuk mendapatkan Ribery. Namun Bayern Munich lebih pantas buat kerja dan menyambarnya dengan harga 25 juta pound. 2 juta lebih mahal dari Mata namun dari segi permainan, dua-dua hebat.

Sepanjang 129 perlawanan bersama Bayern, Ribery telah menjaringkan sebanyak 43 gol. Orang kenal Ribery ni bukan dari segi gol tapi dari segi assist. Dia lebih banyak cipta assist dari menjaringkan gol. Sebab kehebatan pemain sayap kiri Perancis itu terletak pada hantarannya.

Gandingan Ribery dan Robben di bahagian serangan cukup mantap. Tak hairanlah kalau aku cakap, kekuatan Bayern 80% bergantung kepada dua mamat tu.



Mario Gomez

- Penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas. Musim ni dia hanya kurang 3 gol sahaja untuk menyamai jumlah 29 gol Klass Jan Huntelaar.

Gomez sertai Bayern pada tahun 2009. Sebelum tu dia bersama dengan VFB Stuttgart selama 6 tahun.

Gomez ni boleh dianggap antara penyerang terbaik di eropah dan juga di dunia. Tapi dia harus bersyukur kerana di kelabnya sekarang, ada banyak pemain yang sering menyumbang assist kepadanya. Berbanding dengan kelab Chelsea, striker yang lebih banyak cipta assist dari score gol.



P/S : Entri berikutnya aku akan kupas mengenai kisah pemain muda The Blues yang bernama Sam Hutchinson yang sebelum ini pernah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

1 Response to '6 prospek penting Bayern Munich yang anda harus tahu'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/6-prospek-penting-bayern-munich-yang.html?showComment=1337225561360#c2418175876719711614'> May 17, 2012 at 11:32 AM

    ya munich memang mantap dan power...tapi setiap pasukan ada kelemahan dah kelebihan ...sekiranya kita dapat mencari kelemahan lawan dan kita mengunakan kelebihan yang kita ada ...kompom kita akan menang kali ni...

    SAM defender chelsea akan beraksi sekali lagi...dulu sbb budak sam nak quit bola sepak sbb dia injured setahu aku la ehhehe... kalau salah tlg betulkan ....


    good luck for chelsea

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png