Profile : Eden Hazard

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 29, 2012 14 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Serba sedikit info tentang Eden Hazard :

Nama penuh : Eden Hazard
Lahir : La Louviere, Belgium
Umur :  21 tahun
Posisi : Attacking midfielder (boleh juga bermain sebagai striker)
Jersi Nombor : 10

Statistik bersama kelab Lille musim 2011/2012

Ligue 1
  •  Perlawanan : 38
  •  Goal : 20
  •  Assist : 22
Champions League
  • Perlawanan : 6
  • Goal : 0
  • Assist : 2
creativity, dribble, speed & technical ability

Hazard seorang pemain yang versatile. Dia boleh bermain di posisi right winger, left winger & juga striker. Senang cakap, Hazard pemain yang tidak ada masalah dari segi sumbangan assist & menjaringkan gol. Apa yang pasti kedatangan Hazard ni mungkin akan membantu rakan senegaranya, Lukaku dalam mengembalikan prestasi terbaiknya. Torres yang gemar rakannya membuat hantaran jolok (through pass) bolehlah berasa gembira kerana Hazard memang pakar dalam membuat hantaran sebegitu.

Prediction line-up season 2012-2013 :

Cech
Ivanovic - David Luiz - Terry - A.Cole
Mata - De Bruyne - Ramires- Marin
Hazard - Torres


Off-topic : Tahniah buat Cech kerana telah sain kontrak 4 tahun dengan Chelsea. Cech akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2016. (nampak gayanya Courtois kena bertapa lama lagi lah di Atletico Madrid,hehe)

Isu hangat : Hazard sah ke Chelsea

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 29, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudah banyak kali aku tulis entri berkenaan dengan Eden Hazard.

Betul atau tidak, tadi baru lepas habis baca tweet si eden tu :

“Im signing for the Champions League Winner.”

Champions league winner ? Siapa lagi kalau bukan Chelsea. Takkan MU & Manchester City pula kan.

Hazard telah membuat pilihan tepat dengan memilih untuk menyertai kelab Chelsea & menolak tawaran dari Adik beradik Manchester.

Paling kesian ialah pengurus Manchester City, Roberto Mancini. Penat-penat pergi Perancis semata-mata nak pantau perkembangan si Hazard tu, akhirnya Hazard minat dengan kelab Chelsea juga. Apa boleh buat, eden torai.

Kepada peminat kelab lain, jangan jeles. Inilah hasilnya jika menang trofi. Lebih-lebih lagi trofi berprestij macam UEFA Champions League. Maka banyak lah pemain star ketagih dengan kelab Chelsea.

Kelab yang sudah 6 tahun tak menang apa-apa & kelab yang bersandarkan pada sejarah lepas, dia tak pandang sangat.


Kelebihan Hazard :

1. Laju, kreatif
2. Mahir dalam membuat through pass dan cross (set piece)
3. Penyudah mantap

Jika sesiapa mahu tahu, pemain mana yang akan terus mewarnai corak permainan Chelsea, maka Hazard lah orangnya.

Untuk bukti kesahihan news ini, anda boleh klik link ini

Sam Hutchinson

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 27, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sam Hutchinson merupakan pemain muda Chelsea yang berusia 21 tahun. Sam atau nama penuh Samuel Edward Hutchinson tidak ada kaitan dengan Sam Allardyce, Sam Mobile ataupun Shaheizy Sam.

Sam memulakan karier awal di Akademi Chelsea pada tahun 1999, yang mana pada waktu itu, dia baru berusia 7 tahun. Jose Mourinho lah yang telah membawanya masuk ke skuad utama pada tahun 2007. Jose pernah label kan Sam ini sebagai pengganti John Terry. Bakat Sam terus digilap dari semasa ke semasa dan dia memulakan debut pertama bersama skuad utama Chelsea pada bulan Mei 2007 menentang Everton dalam saingan EPL. Sebelum itu, Sam telah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama The Blues.

Malang tidak berbau, Sam terpaksa mengumumkan persaraan awal dari karier bola sepak kerana mengalami kecederaan serius di bahagian lutut. Desas-desus mengatakan dia mungkin tidak akan kembali pulih disebabkan kecederaan yang ditimpanya itu amat kritikal sekali.

Walaupun telah bersara, namun semangat Sam tidak pernah luntur. Dia telah diambil bekerja dengan Akademi Chelsea sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sains Sukan di Universiti.

Selepas setahun mengumumkan persaraan, Sam secara tiba-tiba telah kembali bermain bola sepak di skuad Reserve Chelsea. Berita ini mengejutkan ramai pihak termasuk penyokong The Blues sendiri. Masalah kecederaan lutut Sam beransur pulih.


Apa yang membezakan Sam dengan pemain lain ialah semangat dan ketabahan. Hasilnya dia telah diserap kembali ke skuad senior Chelsea. Pada 29 April 2012, Sam diberi peluang bermain pada perlawanan menentang QPR. Masuk menggantikan Bosingwa, dia sempat beraksi lebih kurang 10 minit.

Benarlah kata Jose Mourinho, "pemain berpengalaman harapan utama, pemain muda mudi mewarisi masa depan pasukan". Sam boleh dianggap sebagai prospek penting yang mungkin akan menggalas tugas selaku ketua utama pasukan jika Terry bersara nanti.

Info tambahan : Sam beraksi di posisi bek tengah. Kadang-kadang dia juga boleh bermain di posisi sayap kanan.
 tak main pun dapat juga pegang trofi Champions League. Inilah yang best nya jika anda menjadi pemain kelab Chelsea.

Official : Perginya seorang lagenda

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 23, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea Football Club can confirm Didier Drogba will be leaving the club when his contract expires at the end of June.Didier has spent eight years at Chelsea, and everyone at the club would like to thank him for his service and wish him luck and continued success for the future.

8 tahun bersama kita, dia telah mengecapi banyak kejayaan. Antaranya merangkul 10 trofi dan meraih dua kali anugerah pemain terbaik tahunan Chelsea.

Selamat tinggal, Drog.

Jasamu dikenang, Didier Yves Drogba Tébily "A True Legends".


Spekulasi masa depan Drogba

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 22, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"We will not be together next season. As I have decided to leave, I wanted to tell them to their faces. They made me break down. I found it hard to admit that it was finished with me and the club.I don't envisage sitting on the bench watching others play at a time when the club is looking at putting together a new team.So there we go, I am readying myself for a great leap into the unknown. It will be another adventure."

Sudah 8 tahun di Stamford Bridge, banyak kenangan manis pahit Drogba bersama Chelsea. Jasanya memang sukar dibalas. Drogba tunjang utama The Blues sejak Roman Abramovich ambil alih. Gelaran yang kita gondol sebelum ini dan sekarang banyak bergantung kepadanya. Tanpa Drogba, siapalah Chelsea.

Secara jujurnya aku mahu dia kekal, kerana dia seorang pemain yang istimewa. Lain daripada yang lain. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ini dan berkata "sampai bila kita mahu menagih kudrat drogba ?"

Ini bukan sebab sampai bila kita mahu guna khidmatnya, tapi ini berkaitan dengan soal kesetiaan. Orang putih cakap loyalty. Drogba pemain yang menunjukkan komitmen tinggi kepada Chelsea. Aku terhibur setiap kali Drogba beraksi. Cara dia bermain sangat fenomena. Seronok untuk melihat dia lebih lama tinggal di Chelsea. Bukan atas dasar nak mengharapkan kemampuan dia tapi sekadar terhibur dengan gaya bola sepak yang ditonjolkan oleh Super Drog.

Mungkin lepas pada ini, akan ada generasi baru di skuad Chelsea dan kuda-kuda tua bakal disisihkan. Cuma harapan aku agar pemain legend seperti Drogba ini meneruskan legasinya bersama kita. Kita ambil contoh kelab MU. Mereka ada seorang pemain yang dari dahulu hingga sekarang masih kekal konsisten iaitu Ryan Giggs. Giggs, 4 tahun lebih tua dari Drogba. Namun dia masih mantain mempamerkan prestasi yang bagus.

Sekali lagi aku katakan, kekalnya Drogba di Chelsea akan memberi semangat baru kepada pemain-pemain muda. Drogba mungkin pada masa akan datang akan hilang tempat dalam kesebelasan utama, tapi peranannya, tanggung jawabnya tidak akan hilang. Rolemodel untuk youngster. Drogba akan dijadikan motivasi kepada pemain-pemain muda kita untuk bermain bola sepak dengan cara bijak. Barisan muda memerlukan bimbingan dari pemain yang berpengalaman. Experience make perfect.


Kita tak boleh sisihkan semua pemain tua kerana ada sesetengah dari mereka masih berguna untuk kejayaan kelab pada masa akan datang.

Kalau aku jadi managament Chelsea, aku akan kekalkan Drogba. Memang akan ada penggantinya namun sifat Drogba sukar dicari. Dia terlalu istimewa buat penyokong Chelsea. Legend of all time. Macam mana dengan nasib Torres ? Torres tidak macam Drogba. Walaupun dia masih muda, namun penyudahnya kurang mantap. Kita tidak boleh ambil risiko dengan membuang terus Drogba & menaikkan maruah Torres. Kita semua tidak tahu adakah Torres akan improve dia punya perfomance musim depan dan kita tak boleh nak agak, mampukah dia kembali di prestasi terbaiknya. Drogba mudah dijangka kerana kita sudah tahu kemampuannya untuk Chelsea. Namun Torres sukar untuk kita buat prediction. Senang cakap, perfomance Torres tak konsisten. Kejap bagus kejap mengarut. Sebagai contoh lagi, dalam perlawanan besar, fungsi Torres tidak sekuat fungsi Drogba. Drogba ada sesuatu aura yang tidak ada pada Torres. Harap anda faham dengan apa yang aku cuba terangkan ini.

P/S : Namun jika benar lah Drogba mahu keluar, mungkin pengganti yang paling sesuai untuk ambil alih tempatnya ialah Falcao. Penyerang sensasi kelab Atletico Madrid. Fizikalnya yang besar, penyudah yang mantap, licik sememangnya boleh menggantikan tempat Drogba. Falcao pemain yang berkemampuan beraksi dengan cemerlang di mana-mana liga.

 power !

Review : Chelsea Raja Eropah

Posted by KampungChelsea On Monday, May 21, 2012 10 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pejam celik pejam celik, Chelsea sudah juara Champions League.

Macam tak percaya kan ? Tapi inilah hakikatnya. Penantian itu satu penyiksaan dan ia berakhir dengan kejayaan.

Mari kita imbas kembali perjalanan awal Chelsea menuju ke titian mahligai Champions League :


Di peringkat kumpulan, kita memulakan kempen dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Bayer Leverkusen.

Penyokong Chelsea menyambut baik kedatangan Michael Ballack di Stamford Bridge. Ballack sempat bermesra dengan AVB sejurus perlawanan tamat.

Fixture kedua, disudahkan dengan keputusan seri 1-1 di Mestalla dan Mata kelihatan tidak ceria dengan sambutan dari bekas penyokongnya sendiri.


3rd fixture, kita mengamuk dengan membelasah juara Belgium, Racing Genk 5-0. Abang nando menjaringkan dua gol & nyaris-nyaris nak score hatrik. Pergh !

Seterusnya di Kristal Arena, Chelsea seri 1-1. Pemain mereka, Kevin de Bruyne sah menjadi milik The Blues dengan yuran sekitar 7 juta pound.

Kalah 2-1 kepada Leverkusen dalam perlawanan ke-5 menyebabkan nasib kita dihujung tanduk. 2 menang, dua seri, 1 kalah menempatkan Chelsea di kedudukan ketiga.


Valencia memberi tentang sengit sebelum akur dengan kehebatan Chelsea. Kita menang 3-0. Dua gol Drogba dan 1 lagi gol disumbangkan oleh Ramires untuk membawa Chelsea melangkah ke pusingan kalah mati.

Di peringkat kalah mati, Chelsea diundi menentang kuasa baru Itali, Napoli.

1st leg kita tewas mengejut 3-1.

Berikutan kekalahan tersebut, AVB dipecat manakala RDM dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.

Pada ketika ini ramai yang membuat prediction Chelsea akan tersingkir. Sehinggakan pengurus City, Roberto Mancini berkata :

"Chelsea have problems, have not won a game for some time and it is clear that they are in trouble. At Stamford Bridge, Napoli would be lethal on the counter-attack."


Masalahnya di Stamford Bridge, Chelsea yang melancarkan counter attack dan menyingkirkan Napoli dalam satu comeback epic 4-1. Jangan heart-attack sudah ye Mancini.

Di suku akhir, kita diundi menentang Benfica yang merangkap bekas kelab kesayangan Ramires & David Luiz.

Tapi yang kelakarnya sebelum perlawanan bermula, rata-rata pemain Benfica menunjukkan sifat bongkak dan mengatakan Chelsea tidak mampu tumbangkan mereka.


Hah, amik kau 1st leg kalah 1-0 di tempat penyokong sendiri. Main kat Stamford Bridge, kalah juga 2-1. Paling best, selepas score gol, Meireles siap menganjing lagi penyokong Benfica.

Chelsea mara ke separuh akhir dan bertemu dengan musuh tradisi, Barcelona a.k.a UEFAlona. Kenapa UEFAlona ? kerana tragedi 3 tahun lepas kita tewas kepada mereka angkara keputusan pengadil botak bangang yang menafikan 4 penalti Chelsea.


Ini ujian terbesar Chelsea selain dari Napoli. Bukan mudah untuk menang dengan pasukan yang kuat berlakon dan mendapat sokongan padu dari pihak referee UEFA.

1st leg di Stamford Bridge, kita tumpaskan mereka 1-0 walaupun dalam perlawanan itu, Barca mendominasi hampir keseluruhan permainan.

Drogba, lagi sekali menjadi penyelamat dengan menjaringkan gol tunggal, yakni gol penting untuk dijadikan bekalan ke Nou Camp.

Di Nou Camp, kita diasak bertubi-tubi dan sempat ketinggalan 2-0. Paling menyedihkan, JT dilayangkan kad merah ekoran menyepak dari belakang lutut Alexis Sanchez.


Walaupun ketinggalan 2-0, namun semangat pemain Chelsea tinggi. Hasilnya, Ramires merapatkan jurang untuk kedudukan 2-1. Sebelum Abang Torres membuatkan penyokong Barca merana dengan jaringan solo membawa Chelsea ke pentas akhir Uefa Champions League.

Sementara itu, Messi tetap dengan rekod bangangnya gagal menjaringkan sebarang gol dalam 8 pertembungan menentang Chelsea.

Lawan di final, kita berdepan dengan pasukan tuan rumah, Bayern Munich.

Sayangnya di final, kita beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Terry, Ramires, Ivanovic. Terry kad merah & 3 lagi menerima kad kuning kedua di separuh akhir.

Bayern membuka jaringan menerusi Thomas Muller pada mini ke-83 sebelum Drogba menyamakan balik kedudukan 1-1 ketika perlawanan berbaki 2 minit sahaja lagi akan tamat.

90 minit berakhir dengan 1-1 dan perlawanan diteruskan dalam masa tambahan. Di masa tambahan,  kedudukan semasa tidak berganjak dan memaksa permainan ditentukan menerusi penalty-shoot out.

Mata gagal memanfaatkan penalty pertama namun David Luiz, Lampard & Ashley Cole berjaya menyudahkan misi masing-masing.

Kegagalan dua pemain Bayern, Ovica Olic & Bastian Schweinsteiger menyudahkan misi shoot-out mereka membuka peluang Chelsea untuk menjuarai UCL.


Drogba, menggalas tugas sebagai penendang terakhir mudah memperdayakan Neuer dan membawa pasukan kita merangkul gelaran Champions League buat kali yang pertama.

Roman tersenyum lebar kerana impiannya untuk melihat Chelsea juara UCL termakbul juga.

Statistik perjalanan Chelsea dalam saingan UCL sejak kedatangan empayar Roman Abramovich :

2003-2004 - Claudio Ranieri - Semi final tewas kepada As Monaco
2004-2005 - Jose Mourinho - Semi final tewas kepada Liverpool
2005-2006 - Jose Mourinho - Pusingan kalah mati tewas kepada Barcelona
2006-2007- Jose Mourinho - Separuh akhir kalah kepada Liverpool
2007-2008 - Avram Grant - Final kalah kepada MU
2008-2009 - Guus Hiddink - Semi final kalah kepada Barcelona
2009-2010 - Carlo Ancelotti - Pusingan kalah mati kalah kepada Inter Milan
2010-2011 - Carlo Ancelotti - Suku akhir kalah kepada MU
2011-2012 - ROBERTO DI MATTEO - JUARA UCL tewaskan Bayern

The Italian Stallion

Dalam masa 3 bulan sahaja, RDM berjaya membawa Chelsea meraih gelaran berganda. Mohon beliau kekal bersama kita lagi untuk musim yang seterusnya. Hidup RDM !

Tapi ada satu persoalan, jika AVB tidak dipecat dan masih kekal bersama kita lagi sehingga sekarang, adakah beliau mampu melakukan perkara yang sama seperti yang RDM buat ?

Renung-renung kan,hehe.

Chelsea - King of Europe 2011/2012

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 20, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejarah telah tercipta.

Chelsea Football Club merangkul gelaran UEFA Champions League buat kali pertama selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalty 4-3.

Seperti biasa, kemenangan pasukan kita tercatat dengan begitu dramatik sekali kerana Bayern terlebih dahulu mendahului perlawanan, melalui jaringan Thomas Muller. Namun, Abang Drogba menyamakan balik kedudukan menjadi 1-1 dan memaksa permainan melanjut ke masa tambahan.

Bukan mudah sebenarnya untuk menang di stadium Allianz Arena. Bayern yang dianggap sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan mengambil inisiatif awal menyerang kubu kita. Tidak hairanlah sejak dari wisel pertama dibunyikan lagi, mereka mengasak dan mendominasi permainan.

Serang punya serang, akhirnya Thomas Muller menghadiahkah gol pendahuluan buat Bayern. Menerima umpanan lambung Thomas Kroos, Muller menanduk mudah menewaskan Cech untuk kedudukan 1-0.

Ketinggalan 1-0 tidak membuatkan pemain kita gundah gulana. RDM menggunakan akalnya yang bijak memasukkan Torres dan mengeluarkan Kalou. Taktik ini dilihat berkesan kerana pada waktu itu, bahagian serangan Chelsea agak lemau.


Ketika perlawanan berbaki dua minit sahaja lagi akan tamat, Drogba menghidupkan peluang Chelsea dengan menanduk cantik ke gawang lawan untuk mengikat kedudukan 1-1.

90 minit tamat, memasuki masa tambahan.

Di masa tambahan, Bayern memperolehi sepakan penalti selepas Abang Drogba mengasari Franck Ribery di kotak penalti. Namun, tendangan Robben berjaya diselamatkan oleh Cech.

Scoreline 1-1 masih tidak berganjak dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penalty shoot-out.

Lahm, Mata dan termasuk keeper mereka, Neuer masing-masing menyudahkan sepakan penalti. Sementara itu, Mata mengalami nasib yang sama seperti Kaka & Cristiano Ronaldo kerana gagal merobek gawang Neuer dalam first penalty-shoot out.

David Luiz, Lampard & Ashley Cole telah melaksanakan tugas shoot-out dengan baik.

Ketika Ashley Cole menjadikan kedudukan 3-3, peluang pasukan Chelsea untuk menjuarai UCL terbuka luas selepas sepakan Ivica Olic diselamatkan oleh Cech dan tendangan Bastian Schweinsteiger terkena tiang.


Dan saat yang paling dinanti-nantikan hadir apabila Drogba mudah memperdayakan Neuer dan seterusnya membawa Chelsea menggondol trofi Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab bola sepak The Blues.

Man of the match sudah pasti Abang Drogba dengan Cech. Drogba menjaringkan gol penyamaan dan menyempurnakan penalty terakhir untuk membawa Chelsea menjadi juara. Manakala Cech menjadi hero kedua dengan menggagalkan banyak percubaan bahaya dari kubu lawan, termasuk menyelamatkan tendangan penalti Robben pada masa tambahan.

Secara keseluruhan, semua pemain kita beraksi dengan baik. Barisan pertahanan yang diterajui kembali oleh Cahill & David Luiz menunjukkan aksi kental mengekang serangan pihak lawan. Tanpa beberapa key player seperti Terry, Ramires & Ivanovic, kita masih dapat menewaskan Bayern.

Oh ye lupa, JT yang terlepas pada aksi final dibenarkan oleh pihak UEFA untuk merangkul trofi UCL bersama dengan Ivanovic, Ramires & Meireles. Paling mengujakan ketika Roman membisikkan sesuatu kepada RDM ketika upacara penyampaian pingat. Hmmm, adakah bisikan Roman itu menandakan masa depan RDM bersama Chelsea masih cerah ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Mungkin ramai di antara kita yang mengatakan Bayern lebih berhak menang kerana mereka bermain lebih baik dari Chelsea. Tapi ada satu perkara yang anda harus tahu ialah dalam bola sepak, permainan cantik itu tidak penting. Sebanyak mana pasukan anda mengawal possession, sebanyak mana percubaan yang pasukan anda lepaskan tidak ada ertinya jika gagal menewaskan Chelsea. Motif sebenar bola sepak ialah kemenangan. Tidak kira bermain cantik atau buruk, janji menang. Taktikal harus dijadikan aspek no 1. Kita memanfaatkan aspek tersebut dengan menewaskan Bayern yang lebih menerapkan beautiful football.

Hari ini kita melakar sejarah sebagai kelab London pertama yang menjuarai tofi Champions League. Aku tidak kisah jika ada mana-mana penyokong lalang mahu mengatakan "alah chelsea baru menang sekali sudah kecoh". Chelsea bukan kelab gila sejarah. Kelab kita tidak mementingkan sejarah lampau untuk dijadikan alasan. Peminat Chelsea bukanlah seperti penyokong Liverpool yang hanya tahu ungkit sejarah lampau. Apa yang penting, sekarang kita juara. Kita buktikan pencapaian semasa itu lebih baik dari pencapaian zaman dulu. Kita tidak bersandarkan pada kenangan untuk mengecapi kejayaan. Sejarah itu akan jadi bangang jika kita tidak mengulanginya dengan pencapaian semasa. Apa guna bercakap pasal sejarah lepas jika musim ini sekadar berada di kedudukan ke-8 liga dan hanya mampu memenangi Piala Mickey Mouse.


Chelsea, double cup champions. Piala FA & UEFA Champions League. Jika mahu buktikan kemampuan yang sebenar, sila bercerita mengenai pencapaian sekarang. Bukannya zaman datuk nenek anda yang dahulu kala itu. Be professional & think smart.

6 prospek penting Bayern Munich yang anda harus tahu

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 16, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang final Champions League, aku akan selongkar serba sedikit mengenai 6 prospek penting dalam kelab Bayern Munich ketika ini.

Jupp Heynckes

- Aku pasti ramai yang tak tahu sangat tentang profile Heynckes. Beliau warganegara jerman, lahir pada 9 Mei dan sekarang ini berumur 67 tahun, tua 26 tahun dari RDM. Heynckes orang berpengalaman. Sejak dari tahun 1979 hingga sekarang, beliau sudah menguruskan lebih dari 10 kelab dari seantero dunia.

3 kali Heynckes latih Bayern Munich. Mula berkecimpung di arena Munich pada 1987. 5 tahun berikutnya beliau keluar & urus kelab Atletico Bilbao pula. Masuk balik Bayern Munich pada tahun 2009 dan kemudiannya keluar ke Bayer Leverkusen. Masuk lagi sekali ke Bayern Munich pada tahun 2011,yakni tahun lepas menggantikan Van Gaal yang dipecat. Masuk keluar masuk keluar. Heynckes akhirnya kekal bersama kelab boyan itu sampailah sekarang.

Beliau pernah latih Real Madrid pada tahun 1997 dan pada musim itu juga, Heynkes membawa Los Galacticos menjuarai UCL.



Philip Lahm

- Seperi John Terry, Lahm juga boleh dianggap sebagai "Captan, Leader & Legend". Kapten bagi kelab Bayern dan ketua bagi skuad kebangsaan Jerman.

Muda dua tahun dari JT, Lahm seorang right back kental. Walaupun fizikalnya kurang tinggi tapi semangatnya tinggi, berkobar-kobar.

Nasib Lahm sama macam Terry & pemain Chelsea. Masing-masing tak pernah mengucup trofi Champions League. Hanya sekadar berpuas hati dengan pencapaian runner-up pada 2 musim lepas, tewas 2-0 kepada Inter Milan.


Bastian Schweinsteiger

- Orang lama Boyan. Memulakan youth karier pun di kelab itu juga.

Posisi lebih kurang macam Lampard iaitu midfielder yang berperanan sebagai playmarker. Schweinsteiger atau nicknamenya Schweni pernah bermain bersama dengan Ballack di skuad Jerman. Trofi, piala, kejayaan sudah menjadi satu kebiasaan buat Schweni kerana 5 kali dia membawa bayern menjuarai Bundesliga dan 5 kali untuk DFB-Pokal.

Keistimewaan Schweni ialah dari segi hantarannya, through pass nya yang kreatif. Umur masih 27 tahun tapi terpaksa bersaing ketat dengan Gustavo dan Toni Kross untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.





Arjen Robben
 
- 3 tahun Robben di Chelsea dan dia telah meraih banyak kejayaan bersama kita. Antaranya, trofi EPL sebanyak dua kali, fa cup sekali, carling cup dua kali & komuniti shield sekali.



Memulakan karier di Stamford Bridge pada tahun 2004 dan mengakhirinya pada tahun 2007. Robben kemudiannya dijual ke Real Madrid. Tapi sayang jodohnya bersama Real tak lama. Cukup 1 musim dan lepas tu dibuang ke Bayern Munich.


Di Bayern Munich, Robben kembali menunjukkan taring. Pemain sayap kanan Belanda itu menjaringkan gol kemenangan untuk Bayern dengan menyingkirkan MU di suku akhir UCL pada musim 2009-2010. Hatrik pertama Robben di Bundesliga ketika Bayern membelasah Hanover 7-0 pada 17 April 2010.

Robben pernah tersenarai dalam pencalonan pemain tengah terbaik Eropah bersama dengan rakan sepasukannya, Wesley Sneijder.



Apa yang aku kaji tentang corak permainan Robben ini ialah dari segi skillnya. Robben pandai dribble, laju dan penyudah yang berbisa. Kalau anda perhati cara dia main di Chelsea dulu memang hebat. Cuma masalahnya dia ni lebih kurang macam Sturridge iaitu tamak. Tapi tamak-tamak Robben pun ada hasil jika nak banding dengan tamak-tamak Sturridge yang banyak merugikan Chelsea.

Dan antara faktor utama Chelsea jual dia ke Real Madrid ialah kerana dia kerap cedera. 




Franck Ribery

- Pemain yang beragama Islam ini banyak kali juga dikaitkan dengan kelab Chelsea. Ketika di Marseille dulu, Roman Abramovich pernah membuat tawaran untuk mendapatkan Ribery. Namun Bayern Munich lebih pantas buat kerja dan menyambarnya dengan harga 25 juta pound. 2 juta lebih mahal dari Mata namun dari segi permainan, dua-dua hebat.

Sepanjang 129 perlawanan bersama Bayern, Ribery telah menjaringkan sebanyak 43 gol. Orang kenal Ribery ni bukan dari segi gol tapi dari segi assist. Dia lebih banyak cipta assist dari menjaringkan gol. Sebab kehebatan pemain sayap kiri Perancis itu terletak pada hantarannya.

Gandingan Ribery dan Robben di bahagian serangan cukup mantap. Tak hairanlah kalau aku cakap, kekuatan Bayern 80% bergantung kepada dua mamat tu.



Mario Gomez

- Penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas. Musim ni dia hanya kurang 3 gol sahaja untuk menyamai jumlah 29 gol Klass Jan Huntelaar.

Gomez sertai Bayern pada tahun 2009. Sebelum tu dia bersama dengan VFB Stuttgart selama 6 tahun.

Gomez ni boleh dianggap antara penyerang terbaik di eropah dan juga di dunia. Tapi dia harus bersyukur kerana di kelabnya sekarang, ada banyak pemain yang sering menyumbang assist kepadanya. Berbanding dengan kelab Chelsea, striker yang lebih banyak cipta assist dari score gol.



P/S : Entri berikutnya aku akan kupas mengenai kisah pemain muda The Blues yang bernama Sam Hutchinson yang sebelum ini pernah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Full-time : Chelsea 2 Blackburn 1

Posted by KampungChelsea On Monday, May 14, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chelsea menutup tirai musim 2011-2012 ini dengan satu kemenangan yang biasa sahaja. Tumpaskan Blackburn namun gagal mencapai objektif top 4 spot.

Aku anggap prestasi liga The Blues kali ini kurang baik. Hanya sekadar mampu mengakhiri di kedudukan ke-6 boleh dianggap satu pencapaian terburuk sejak Roman Abramovich ambil-alih. Kebiasaannya setiap musim kita akan tamatkan saingan dengan berada di kedudukan 4 teratas, tapi musim ini kita gagal.

Nak tak nak, kena menang juga dengan Bayern Munich minggu depan. Satu-satunya alternatif terakhir untuk Chelsea rebut tiket ke Champions League.

Berkenaan dengan perlawanan malam tadi, Chelsea menewaskan Blackburn 2-1 menerusi jaringan Terry & Meireles. Dan gol saguhati pelawat dijaringkan oleh Yakubu.

Ucapan tahniah buat kelab Manchester City kerana menjuarai EPL selepas menumbangkan QPR 3-2 dalam satu perlawanan yang dramatik.

Untuk Blackburn, Bolton dan Wolves, ucapan takziah kerana tersingkir ke liga divisyen bawahan. Kelab membaca, Reading kembali ke EPL season depan.

Bagi Chelsea pula, memang kami tak konsisten dalam saingan domestik liga, tapi sekurang-kurangnya kami dapat juga meraih satu trofi & berpeluang memenangi gelaran kedua iaitu Uefa Champions League.

Apa guna jika berada di kedudukan ke-2 tapi tahun ni hanya angkat dulang sahaja. Dan apa guna kalau berada di kedudukan ke-3 tapi sudah lebih 6 tahun tak menang apa-apa piala.

Sekadar renungan bersama.


Apa pun jumpa lagi di musim baru nanti. KTBFFH !

Preview : Chelsea vs Blackburn

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 13, 2012 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Untuk perlawanan terakhir liga, rasanya RDM akan turunkan banyak pemain muda. Ye lah, masa ni lah kita akan tahu prestasi mereka di tahap yang macam mana. Lebih-lebih lagi pemain seperti Lukaku & Lucas Piazon. Blackburn sudah pun tersingkir dan akan beraksi di liga divisyen bawahan musim depan, manakala Chelsea pula mantain kekal di posisi ke-6. Jadi untuk game malam ini, anggap la ia sebagai latihan sahaja. Ujian untuk menilai perfomance budak2 muda kan ? Seperti perlawanan menentang Liverpool minggu lepas.

Semalam RDM telah kaji corak permainan Bayern Munich ketika mereka tumpas 5-2 kepada Dortmund dalam final piala liga jerman. Dan hari ini, giliran pengurus mereka pula akan menyaksikan corak permainan kita. Tapi harus diingat, skuad yang diturunkan malam ini bukanlah barisan terkuat. Barisan terkuat disimpan untuk final UCL nanti.

Terry, Ivanovic, Ramires, Meireles mungkin akan main match ini kerana masing-masing sudah terlepas dalam aksi di Munich.

Luahan hati RDM

Posted by KampungChelsea On Friday, May 11, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam jumaat


"Saya akan sentiasa buat yang terbaik untuk kelab Chelsea meskipun nanti mereka tidak akan melantik saya lagi menjadi pengurus musim depan. Masa depan saya tidak penting & lebih baik kami fokus sahaja kepada Final UCL. Ia mungkin akan menjadi kenangan paling manis buat saya jika Chelsea juara UCL tahun ini."


Bila RDM meluahkan macam ini, aku rasa macam sudah tahu yang beliau tidak akan menjadi coach kita lagi musim depan. Aku tak tahu sebenarnya apa yang dirancang oleh Ron Gourlay & Roman.

Tak sampai 3 bulan, beliau telah mengubah titik negatif yang melekat pada zaman AVB dan menjadikan Chelsea kembali power seperti zaman Jose Mourinho. Walaupun hanya berstatuskan interim manager namun RDM mampu membawa Chelsea menjadi juara Piala FA & berpeluang untuk membawa The Blues menjuarai liga juara-juara eropah.

Apa lagi sebenarnya pihak management Chelsea mahu kan ? Apa guna kalau lantik high profile manager tapi gagal mencari persefahaman dengan pemain. Pemain Chelsea sudah anggap RDM macam ayah mereka sendiri. Sebagai contoh, kita boleh lihat respons serta reaksinya. Pemain respek manager, manager respek pemain. Di situ ada chemistry. Kalau lantik Pep Guardiola sekalipun, masalah mungkin akan jadi sama juga macam yang berlaku di zaman AVB. Sebut pasal Pep, sedangkan dia pun kalah dengan RDM. RDM satu-satunya coach yang berjaya tumbangkan Barcelona dalam kompetitif eropah musim ini.


Mohon Roman jangan jadi bangang kerana RDM telah melakukan satu tugas yang bagi aku, sudah terbaik.

Kekalkan sahaja beliau. John Terry, Super Frank, Marko Marin semuanya mahu RDM melatih Chelsea lagi.

Liverpool 4 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 09, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya, kita kalah 4-1. Tapi kekalahan kepada pasukan yang berada di tangga ke-8 liga ini tidaklah begitu mengecewakan sangat. Kenapa ?

  •   Kerana match ini sekadar pelengkap jadual. Menang atau kalah, memang sudah disahkan Chelsea akan kekal di tangga ke-6 liga. Jika menang dengan Liverpool sekalipun, kalau Spurs/Newcastle menang minggu depan, tidak bagi makna apa-apa juga. Senang cerita objektif untuk capai top 4 spot sudah berakhir sejak minggu lepas lagi.
  •   Apa yang pasti kemenangan besar 4-1 Liverpool itu tidak menjamin mereka ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, apetah lagi untuk menjuarai EPL. Sekadar berada di kedudukan ke-8 liga dan bersandarkan motto tiap2 tahun iaitu "this year is our year".
  •   Lawan Liverpool ini RDM menurunkan 2nd team sebab kita sudah tahu perlawanan ini hanya pelengkap jadual. Dua minggu lagi, kita akan ke final di Munich, Jerman.. jadi ape jadahnya nak guna 1st team ? Kita perlu fikir risiko kecederaan dan kecergasan. Terry & Ivanovic dimainkan kerana masing-masing tidak beraksi pada 19 mei nanti.
  •  Jika anda lihat dari segi line-up... daripada 11 pemain itu, 8 di antaranya ialah pemain simpanan. Turnbull, Ferreira, Malouda, Sturridge menggantikan tempat Cech, Mata, Ashley Cole, Mikel, Kalou, Lampard, Drogba yang telah direhatkan. Maka tanpa key player, peratusan kekalahan itu sudah pasti ada. Tidak termasuk dengan dua pemain power kita yang cedera iaitu David Luiz & Gary Cahill.

    Cech direhatkan manakala Turnbull diberi main. Dan setiap kali Turnbull beraksi, ending nya mesti Chelsea kalah. Liverpool merobek gawang Chelsea sebanyak 4 kali dengan menewaskan keeper simpanan kita itu yang musim ni baru main dua kali. Jadi jangan hairan sebab apa kita mudah sangat bolos. Berbeza dengan apa yang berlaku pada minggu lepas, tandukan depan gol Andy Carrol pun berjaya diselamatkan oleh Cech. Kesimpulannya, Liverpool hanya mampu menang dengan skuad reserve Chelsea. Nak banding dengan apa yang berlaku pada final Piala FA dengan semalam bagaikan langit dengan bumi.

Berkenaan dengan apa yang berlaku pada perlawanan ini, aku hanya nak bagi  3 point :

 1-  Defend hambar
 2-  Keeper simpanan cuai
 3- Terry tergelincir lagi (musim ni dah banyak kali juga dia split)

 gol saguhati dari Ramires

Kemasukan Lukaku, menggantikan Sturridge membuktikan bahawa RDM menjadikan match ini sebagai training. Beliau memberi peluang kepada mana-mana pemain yang jarang diberi main 1st starter.

P/S : Macam yang aku beritahu sebelum ini, satu2nya jalan untuk Chelsea layak ke UCL musim depan ialah dengan hanya menumbangkan Bayern Munich. Itu sahaja. KTBFFH.

Chelsea juara Piala FA !

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 06, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tewaskan Liverpool 2-1, Chelsea juara Piala FA buat kali ke-7.

Menang nasib ? Tidak. Kita beraksi baik selama 65 minit. Selepas pada waktu itu, barulah Liverpool mengasak berhabis-habisan kubu pertahanan Chelsea. Untuk gol pertama The Blues dijaringkan oleh Ramires pada minit ke-11.

Aksi cemerlang kem Chelsea di separuh masa kedua berterusan apabila Drogba menjadikan kedudukan 2-0, selepas menerima umpanan dari Super Frank. Drogba sememangnya King of Wembley kerana dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 4 final Piala FA.

Luis Suarez, Stewart Downing, Craig Bellamy & Steven Gerrard masing-masing gagal merobek gawang Cech sehingga Kenny Dalglish terpaksa memasukkan Andy Carrol, pemain yang sebelum ini dianggap flop untuk mengubah rentak serangan. Dan ternyata strategi itu berhasil apabila kemasukan bekas pemain The Magpies tersebut berjaya menukar tempo permainan The Kops. Carrol yang sempat mengelirukan JT, pantas melepaskan rembatan kencang menewaskan Cech dan menjadikan scoreline 2-1. Sayang seribu kali sayang kerana gol berkenaan menjadi gol tunggal buat Liverpool sehingga ke akhir permainan. Phil Dowg meniup wisel penamat dan Chelsea ditabalkan sebagai juara Piala FA bagi musim 2011-2012.

Final macam ini memang tak sah kalau tak ada kontroversi. The Kops mendakwa pengadil sepatutnya mengesahkan gol kedua pasukan mereka selepas tandukan Andy Carrol melepasi garisan. Ya, memang betul ia melepasi garisan. TAPI, tapi anda harus tahu, dalam bola sepak, bola yang ditanduk atau ditendang haruslah melepasi garisan secara keseluruhan. Orang barat cakap full-line. Tandukan Andy Carrol tu memang masuk tapi hanya memasuki half-line. Bila half-line, maka gol itu tidak boleh disahkan. Gol hanya sah jika ia masuk penuh, full-line. Peraturan ini sudah termaktub dalam undang-undang FIFA. Tak percaya, boleh google sendiri.

Sila berfikir dengan professional. Kalau macam itu, aku pun boleh juga mengaitkan isu ini balik "Gol Luis Garcia yang belum melepasi garisan ketika menewaskan Chelsea di semi final UCL 7 tahun lepas, ape cerita ? Karma is karma."

Digalakkan rujuk balik rules bola sepak. Malu la kalau hanya bersandarkan pada tontonan aksi bola sahaja tapi tidak mengetahui undang-undang sukan tersebut.


Orang yang paling aku tabik sekali ialah RDM. Semasa menjadi pemain dulu, beliau juga pernah membawa Chelsea menjuarai Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 & 2000. Hari ini, saat ini, RDM sekali lagi membawa Chelsea menjuarai Piala FA tapi berstatuskan caretaker manager. "Magic from The Itallian Matteo"

Apa gunanya kalau menang dua kali  dengan Chelsea musim ini tapi tewas di final Piala FA. Apa gunanya menang di Stamford Bridge tapi kedudukan liga lebih teruk dari Chelsea. Chelsea mengecapi 4 trofi dalam masa 4 tahun, satu pencapaian terbaik yang tak mungkin boleh dibuat oleh kelab Liverpool itu sendiri.. Liverpool mungkin boleh berbangga dengan pencapaian zaman nenek moyang mereka, tapi jika melihatkan almari trofi mereka untuk 5 tahun terakhir ini, apa yang nak dibanggakan sangat ? 1 piala dalam masa 5 tahun ?. Satu kelab lagi itu, 6 tahun tak berpiala. Player baru tiap-tiap tahun datang, trofi bila nak datang tak tahu lah. Keep the faith la sangat. Inilah berbaloinya pecat manager. Kalau tak pecat AVB, masakan boleh masuk final Piala Fa & UCL ini ? Nak kekalkan manager sampai berjanggut jadilah macam kelab yang satu lagi tu.

Sekarang kita sudah juara Piala FA dan target piala seterusnya pula ialah trofi idaman Roman Abramovich, UEFA CHAMPIONS LEAGUE. Segalanya tidak mustahil jika anda sebahagian dari warga Chelsea. Kita sudah singkirkan gergasi bola sepak dunia, Barcelona dan semalam kita malukan juara mickey mouse, Liverpool. Jadi tak mustahil untuk menjuarai trofi yang belum kita kecapi lagi sebelum ini iaitu UCL. KTBFFH.

Satu fakta penting yang anda harus tahu :

4 tahun di Liverpool, Torres gagal meraih sebarang Piala. Namun di Chelsea, El-nino hanya mengambil masa lebih kurang setahun setengah sahaja untuk mendakap sebuah trofi agung, trofi yang lebih bertamadun dari carling cup a.k.a mickey mouse cup.







Chelsea 0 Newcastle 2

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 03, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang untuk merebut tempat ke-4 semakin tipis apabila kita tewas mengejut 2-0 kepada Newcastle United. Dua gol pemusnah dari Papis Demba Cisse membuatkan Chelsea hilang 3 mata dan terus kekal di tangga ke-6.

Kekurangan Chelsea dalam perlawanan ini ialah kita mengambil sikap sambil lewa. Chelsea ambil jalan terlalu mudah dan menyangka kita mampu menang dengan mereka. Tidak hairanlah dari segi line-up, RDM tidak menurunkan skuad terkuat, atas alasan untuk merehatkan beberapa tonggak penting menjelang aksi final Piala FA minggu depan. Kemasukan Drogba, Mata, Lampard pada lewat separuh masa kedua hanya mengubah sedikit tempo permainan. Kita beraksi lebih aggresif di separuh masa kedua namun tetap gagal merobek gawang The Magpies. Kredit buat anak buah Alan Pardew kerana mereka beraksi dengan baik. Benteng pertahanan mereka sangat kental & sukar ditembusi

Gol pertama Newcastle, berpunca dari kesilapan Bosingwa yang tidak marking hantaran Davide Santon. Gol kedua mereka memang superb. Papis Cisse melepaskan volley dari luar kotak penalti untuk kedudukan 2-0 memihak kepada The Magpies.


Rasanya memang sukar untuk rebut top 4 spot. Dengan hanya berbaki 2 perlawanan yang tinggal, peluang Chelsea untuk tuntaskan target berkenaan agak mustahil. Point Chelsea sekarang ialah 61, Tottenham yang menewaskan Bolton 4-1 berada di tangga ke-4 dengan 65 mata, berkongsi mata dengan Newcastle yang berada di tangga ke-5.

Satu-satunya jalan terakhir untuk Chelsea layak ke Champions League musim depan ialah dengan memenangi trofi tersebut pada 19 mei nanti. Itu sahaja alternatif yang kita ada. Jika berjaya melaksanakan misi itu, maka secara tidak langsungnya, Chelsea akan qualify. Manakala pasukan yang berada di kedudukan ke-4 liga akan diisytiharkan tersingkir.

Tapi sebelum itu, diharapkan agar Chelsea mengambil iktibar dari kekalahan kepada Newcastle ini. Jangan terlalu over-confident kerana ia hanya akan memakan diri sahaja. Perbaiki apa yang perlu kerana kita masih berada di tahap terbaik untuk melakar sejarah gemilang bagi musim 2011-2012 ini. Walaupun saingan domestik liga kurang memberangsangkan namun Chelsea masih ada dua lagi misi penting iaitu menjuarai Piala FA dan UEFA Champions League. KTBFFH.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png