Semuanya Salah Set-Piece.! (METRO)

Posted by KampungChelsea On Saturday, February 06, 2010
LONDON: Skandal yang membelenggu masa depan John Terry sebagai kapten England bukanlah satu-satunya masalah yang perlu diatasi Carlo Ancelotti ketika ini.

Pengurus Chelsea itu juga perlu memikirkan betapa mudahnya pasukan itu melepaskan gol kepada lawan menerusi sepakan percuma dan beliau bimbang kelemahan itu pasti membawa padah andai tidak diperbaiki.

Aksi mantap Chelsea ketika ini menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada tangan Manchester United.

Begitupun, dengan keadaan United yang mula menunjukkan kebangkitan, masalah Chelsea ketika mempertahankan sepakan sudut serta sepakan percuma sekali lagi menjadi buah mulut ramai dan itulah yang membuatkan Steven Mouyokolo berjaya menanduk masuk gol pendahuluan Hull ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium KC, Selasa lalu.

Didier Drogba menyamakan kedudukan tetapi Hull hampir mencuri tiga mata jika Anthony Gardner tidak melepaskan peluang hasil sepakan sudut Tom Cairney.
“Saya sedar berapa banyak gol yang sudah kami lepaskan menerusi sepakan percuma atau tendangan sudut.“Setiap pasukan di England mempunyai pemain yang mampu membuat tandukan yang baik juga penyerang hebat dan bila-bila masa saja anda boleh bolos.” “Kami menjaringkan gol tetapi kami juga melepaskan gol. Memang kami sudah melakukan yang terbaik tetapi perlawanan itu memang sukar dan kami tertekan," kata Ancelotti.
Pengurus Hull, Phil Brown mengakui beliau sudah mengenal pasti kelemahan Chelsea dan kerana itulah skuadnya hampir menang.
“Adalah menjadi tugas saya untuk menyelidik bagaimana kami boleh menjaringkan gol ke atas Chelsea dan sembilan daripada 10 gol yang mereka lepaskan adalah berpunca daripada sepakan percuma atau tendangan sudut,” kata Brown.

1 Response to 'Semuanya Salah Set-Piece.! (METRO)'

  1. Aidi-Safuan Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/02/semuanya-salah-set-piece-metro.html?showComment=1265422999399#c7515920736517436420'> February 6, 2010 at 10:23 AM

    huhu...well, come on chelsea!

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png