Kita tewas 2-1 di Donetsk.
Mengejutkan ? Tak. Kekalahan ni tak ada mengejutkan kerana Shakhtar Donetsk sememangnya pasukan yang hebat, lebih2 lagi beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri. Tahukah anda, juara Ukraine 3 musim berturut-turut ini mempunyai rekod 11 bulan tanpa kalah. Sama ada away atau home, mereka unbeaten. Kali terakhir bekas juara UEFA Cup 2009 ni kalah iaitu dengan Porto pada November 2011.
Dalam perlawanan ini, Shakhtar control game, dari mula sampai habis perlawanan. Tak ada istilah parking bus dalam kepala otak manager mereka ini, Shakhtar mengasak kubu kita habis-habisan. Sebelum game start, aku predict match mungkin akan seri tapi akhirnya kita kalah. Shakhtar pasukan yang kuat & mempunyai kualiti untuk tumbangkan kelab2 besar. Dan tadi mereka telah buktikannya.
Bagi Chelsea, ia satu perfomance yang hambar. Terutama sekali kita dapat lihat di bahagian pertahanan. Kesilapan demi kesilapan yang dibuat oleh bek2 kita memang memberi impak yang buruk kepada result. Minit ke-3 lawan sudah dapat gol, dan lepas pada itu aku nampak defensive Chelsea jadi makin kelam-kabut. Dalam kepala otak aku, aku fikir "aih lawan Spurs defends tak macam ni.". Kalau tak kerana Cech, rasanya kita boleh bolos sampai 3/4 gol lagi.
Gol lewat Oscar tak cukup untuk Chelsea bawa pulang 1 mata & yes, Shakhtar deserved to win this game.
Attacking kadang2 bagus kadang teruk. Yang mengeruhkan jentera serangan kita ialah Torres. Aku tak faham dengan mamat diva ni. Bila tak main, merepek sampai keluar press conference, bagitahu kat media. Bila sudah main, form dia flop pula. 2 faktor kenapa Torres susah sangat nak score, pertama kerana dia banyak sia2 kan peluang. Team-mates sudah bagi hantaran yang cantik tapi dia tidak memanfaatkan peluang tersebut. 3/4 pass yang cantik tapi dia gagal menyudahkannya. Takkan nak tunggu sampai 10 peluang baru boleh score 1 gol. Kedua, dia tidak berada di posisi yang betul. Ketika kita lancar serangan, dia tidak berada di tengah, dia kerap bergerak ke kiri. Torres kena tahu dia striker bukannya winger.
Harap maaf lah, bagi aku dalam match ini yang flop ialah Torres & bukannya Mikel. Lepas Sturridge masuk, baru attacking kita aggresif sedikit. Sturridge masuk pada minit ke-70, menggantikan Torres. 20 minit terakhir Sturridge itu lebih baik jika nak banding dengan 70 minit Torres. Apa yang dia buat selama 70 minit kat atas padang itu aku tak tahu lah. Fizikal body sudahlah lemah, tak ada rempuhan pun tiba2 boleh jatuh. Sebab itu selalu aku cakap yang Torres ni tak function dalam big game. Di saat2 genting dia tiada, berbeza dengan Drogba. Drogba ada pada waktu yang kita harapkan. Torres ? lebih banyak beri perhatian di sidang media dari di atas padang.
Bagi Terry pula, aku tak rasa yang problem dia mempengaruhi perfomance hambar Chelsea. Dua gol yang Shakhtar peroleh itu bukan 100% berpunca dari dia. David Luiz yang banyak cuai, kerap keluar posisi. Terry lebih sesuai partner dengan Cahill yang tengah hot-form sekarang.
Lampard pula cedera, hanya sempat main selama 17 minit & kemudiannya digantikan dengan Hazard. Tak tahulah keadaan injury dia itu parah atau tidak. Semoga cepat sembuh sebelum game dengan MU hari ahad ni.
Apa pun aku harus bagi kredit kepada team Shakhtar Donetsk. Mereka layak menang. Pemain2 seperti Willian, Fernandinho, Mkhitaryan betul2 kucar-kacirkan defend kita. Willian, pemain yang dikaitkan dengan Chelsea itu macam lipas kudung. Laju & memang susah nak kekang mamat afro itu.
Kata RDM,
"we have to win our home game against Shakhtar.’
Ya, kita wajib menang dengan mereka di Stamford Bridge nanti. Kekalahan di Donetsk ni tidak memutuskan lagi sama ada kita layak atau tidak ke pusingan kalah mati. Masih ada 3 game & kalau kita menang dua daripadanya, sudah pasti kita akan ke fasa yang seterusnya. Cuma Chelsea bernasib baik kerana Juventus seri 1-1 dengan Nordsjaelland. Ini meletakkan Chelsea berada di tangga kedua dengan 4 mata, 1 mata memisahkan kita dengan juara Itali itu yang meraih 3 kali keputusan seri berturut-turut.
mmg teruk kita semalam kena belasah nasib baik ada gol sagu hati ....
dar bawah sehingga la ke atas semua pemain mmg teruk sangat...cuma ada 2-3player yg mmg masi menten lagi ....
aku g keja skrg ni ngantuk2 lagi ...semalam bangun tgk live tp kecewa sbb kalah....takpela da mmg lumrah main ni ada kalah ada menang ada seri
nasib baik juventus semalam seri .....
apapun ada baki 3match lagi...kita kena menang semua match tu ....sekurang-kurangnya 2 menang 1 seri mmg cukup utk ke next stage
ya..aku setuju dgn @mannerohardy n kc.
performance team kita boleh dikatakan keseluruhannya tak memuaskan.
adakala, dr perhatian aku, player mcm terpinga2 nk buat passing dekat siapa.n ya,bhgian defender pun buat clearance tak smart mcm sebelum2 ni.
aku harap sangat dlm training diorg in future, dlm ghairah mereka nak terapkan attacking football, defending part jangan diambil mudah.
and ya, torres!game ni betul2 buat aku pissed off dgn dia.cara dia bermain,seolah-olah tak menunjukkan dia betul2 bermain / berjuang utk kelab.tk ada passion.ni yg susah kalau striker takde blue blood mcm legend drogba.
aku mmg kagum dgn shakhtar.mereka punya finishing jauh lebih baik dr kita kali ni.
aku mengharapkan perfomance lebih baik utk match yg akan datang.
torrs tk berada pada posisi yg btul..lihat masa ramires bg..torres mcm keliru..torres ni hidup dalam kekeliruan..mana tmpat harus dia pegi...
xpe ada 3 gme lg..2 tmpat sndiri..rasanya boleh menang..lawan jventus seri ok dah..
Torres????mcm baru belajar....walau apa pun,chelsea ttp d hati
terkejut tgk game smlm,Shakhtar Donetsk mmg bukan calang2 pasukan,diorg belum kalah 12 game liga ukraine+2 game champions league....
harap chelsea dpt bangkit lawan Manyoo weekend nie #KTBFFH#CTID