1) Derby London
2) AVB
Derby London. Sebut pasal derby, ia pasti akan menjanjikan satu perlawanan yang mendebarkan kerana ia melibatkan dua kelab kota tinggi London. Walaupun fans Arsenal selalu mengatakan hanya kelab mereka sahaja yang terbaik di London namun mereka lupa, team london pertama yang memenangi Champions League ialah Chelsea dan team pertama yang mengalahkan mereka di Emirates musim ini juga ialah Chelsea.
Tottenham Hotspurs ni antara rival yang payah Chelsea nak tumbangkan. Musim lepas dua kali seri. Mereka juga boleh dikatakann badi buat Chelsea kerana bila kali terakhir kita menang di WHL beb haha... zaman Special One dulu2, itu pun masa saingan Piala FA yang Shevchenko score gol lawa.
Spurs bertambah kuat selepas kemasukan uncle Lampard iaitu Harry Reknapp. Buktinya mereka berjaya menembusi zon Champions League pada musim 2010-2011. Tapi sayang selepas Chelsea menjuarai UCL musim lepas, Redknapp dipecat. Atas sebab kerana Spurs gagal layak ke UCL walaupun mereka sudah berjaya menjaminkan kedudukan 4 teratas liga.
Redknapp dipecat & AVB ambil alih. Levy, chairman Spurs membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana beliau telah menyingkirkan pengurus yang paling banyak mendapat support dari fans mereka & melantik orang yang telah di-reject oleh Chelsea.
Bila AVB masuk, dia telah membuat sedikir rombakan dengan melepaskan dua perancang yang paling disayangi oleh Redknapp iaitu Van der Vaart & Luka Modric. AVB juga memasukkan beberapa muka baru yang seperti Hugo Lloris, Clint Dempsey & Moussa Dembele. Tapi secara keseluruhannya skuad yang ada pada dia sekarang masih "anak buah" Redknapp. Mungkin AVB nak teruskan legasi Redknapp, aku tak tahu lah sebab kekuatan Spurs first factornya ialah Redknapp itu sendiri. Kalau AVB nak rombak habis, takut tak menjadi pula kan ?
Selain Derby London, AVB juga telah menjadi daya tarikan untuk perlawanan malam ni. Roman lantik AVB pada 22 jun 2011 & memecatnya pada 9 bulan berikutnya. Sebab dipecat of course lah kerana dia gagal improve team, gagal mencapai result yang baik. Satu lagi kegagalannya ialah dengan tidak memilii hubungan face to face dengan pemain senior, yang mana benda itu paling mustahak dalam kelab bola sepak Chelsea.
Aku tak menyalahkan AVB sepenuhnya tapi... ada tapi lah kan.. kalau dia gagal menjalinkan hubungan dengan pemain, itu masalah besar. Tak kira anda latih kelab mana sekalipun, kalau anda tidak berkomunikasi dengan baik dengan pemain, anda tak kan kekal lama. Memang ada pemain Chelsea yang mempunyai ego yang tinggi namun kita sebagai pengurus harus tahu mengawal situasi tersebut. Jose Mourinho lebh 4 tahun di Chelsea & dia tidak mempunyai masalah pun dengan pemain. Mourinho anggap pemainnya macam anak sendiri, that why dia boleh berjaya bersama kita. Tapi kenapa AVB tak boleh ? kenapa AVB gagal ?
Macam yang aku cakap lah, dia gagal berkomunikasi dengan pemain senior. JT, Cech, Lampard, A.Cole, Drogba antara pemain veteran yang telah banyak berjasa & mereka juga menjadi faktor utama kepada kejayaan Chelsea selama lebih 1 dekad. Bagi AVB, dia tidak mempeduli hal sebegitu. Dia nak buat ikut suka dia. Dia pinggirkan pemain senior & kesannya Chelsea gagal juga mencapai result yang diinginkan.
Bukan faktor usia tapi faktor humour sense AVB dengan pemain Chelsea itu tiada yang menyebabkan dia dipecat awal. Jangan terlalu menyalahkan Roman kerana setiap pengurus yang membimbing Chelsea ada risikonya jika perfomance pemain hambar. Selepas AVB dipecat, RDM diberi kepercayaan buat sementara waktu untuk mengurus Chelsea. Pada waktu itu & sekarang ini kita dapat lihat pemain senior mempercayai RDM. Hubungan RDM dengan pemain bertambah erat dari semasa ke semasa & benda itu yang menjadi penyebab kenapa RDM dilantik secara permanent. Tiga perkara yang akan membuatkan pengurus itu kekal di Chelsea dalam satu tempoh yang panjang.
1) Jalinan mesra dengan pemain
2) Result
3) Trofi
3 syarat ini telah berjaya dilepasi oleh RDM . Musim ni tak tahu lah jalan ceritanya sama macam musim lepas atau tidak. Kalau tak konsisten, nasib RDM pun akan jadi macam AVB juga. Itulah risikonya dalam menjadi pengurus kelab bola sepak Chelsea. Roman tak pentingkan history2 yang lepas, beliau mahu nilai pencapaian semasa. Masa depan ditentukan pada pencapaian semasa. Tak perlu tunggu sampai 6 tahun baru nak pecat, itu sudah kira tahap bangang yang amat sangat.
Apa pun aku harap AVB akan berjaya di Spurs. No hard feeling & tiada simpan dendam apa2 kat ex-manager. Untuk game malam ni seperti biasa aku nak Chelsea menang. 3 mata itu penting, especially kita sekarang top of the league. Harap momentum kemenangan berterusan walaupun misi kali ini sangat mencabar selepas Arsenal dua minggu lepas. KTBFFH.
P/S : Kick-off jam 7.45 malam. Mungkin aku akan sempat tengok first half sahaja kerana orang rumah aku nak tengok final Piala Malaysia, Kelantan lawan ATM.
malam ni lepas balik dr keja aku terus balik umah tgk live chelsea kat internet je ...maklum laa astro takde ehhehehe
apapun mmg malam ni pertemuan antara AVB VS RDM ....
walaupun kita seri dgn spurs home n away ....tp kita belasah spurs masa fc cup musim lepas hehehehe
[img]http://www.footballuser.com/formations/2012/10/553199_Chelsea.jpg[/img]
kita akan menang dalam perlawanan ni....
Pangkah Lennon, Bale & Dembele, lumpuh la serangan Totenhamburger Spuds.
Mcm mane pun, aura kemenangan 5-1 final FA Cup season lepas dgn Spuds akan menjadi sandaran momentum serangan Chelsea.
JT start kene gantung 4 games, Lampard ada calf injury, maknanya, Cech akan jd El-Capitano. My formation is gonna be 4-1-4-1, (without Mikel);
---------------Cech(C)-------------
Ivanovic---Cahill-----Luiz----ACole
--------------Ramires--------------
Moses-------Mata----Oscar----Hazard
---------------Torres--------------
Moses akan tolong Ivanovic track back Bale, Hazard akan tolong track back Lennon, Mata & Oscar mcm biasa robek bhgn tgh, Ramires shj yg genuine CDM player yg kite ada kali ni, dgn pace & aggressiveness yg dia ada, biar dia lumpuhkan serangan Spuds, & Torres boleh teruskan kerja dia, jgn jd Diva memanjang.
SUB: Azpilicueta, Mikel, Romeu, Piazon, Marin, Ferreira, Turnbull