Lawan Arsenal tempoh hari, aku tengok Chelsea mengamalkan corak permainan yang bersahaja. Tak perlu bekerja keras & mengeluarkan keringat, hanya setakat 2/3 percubaan sahaja mampu menewaskan budak2 Arsene Wenger. Dua gol semuanya berpunca dari set-piece. Kata orang tua, lawan dengan budak2 ni tak payah bersungguh sangat. Torres yang tak konsisten itu pun mampu menjaringkan gol, nampak sangat defend arsenal bermasalah. Agak kelakar menang dengan Arsenal tanpa perlu mempamerkan prestasi terbaik. Bayangkan kalau Chelsea berada dalam kekuatan yang sebenar, dah lauk dah arsenal kat emirates tu.
Menjelang pertemuan menentang Sang Kenari malam ni, Chelsea diberitakan tidak mengalami sebarang masalah dari segi kecederaan. Marin sudah sembuh, manakala Sturridge dalam proses untuk fit selepas sebelum ni dia mengalami hamstring.
Dari segi statistik di Stamford Bridge, Chelsea menang semua 5 perlawanan terakhir menentang Norwich.
Pemain yang perlu diawasi
Ingin aku jelaskan lagi yang ketika ini Chelsea belum berada dalam prestasi yang terbaik, namun kita masih mampu memimpin carta liga tanpa sebarang kekalahan. 16 mata dari 6 perlawanan. Ia boleh dianggap permulaan musim yang memberangsangkan. Berbeza dengan pasukan Norwich, mereka hanya mengutp 3 mata sahaja dari 6 perlawanan.
Line-up kemungkinan :
(4-2-3-1)
Cech
Ivanovic, Terry, DL, A.Cole,
Ramires, Mikel,
Mata, Oscar, Hazard,
Torres.
Mikel lebih baik tanpa Lampard dan Lampard juga lebih baik jika tiada Mikel. Ibaratkan mereka berdua ini tak boleh diganding bersama. Torres seperti biasa akan mengemudi di bahagian serangan, dibantu oleh pemain2 lincah seperti Oscar Mata Hazard. Sebut pasal Torres, setahu aku lah RDM tak pernah merehatkan dia walau 1 game sekalipun. Tiap2 match dia main, termasuk sekali game yang kita menang besar 6-0 ke atas Wolves.
P/S : Soal persaraan JT & dia digantung 4 perlawanan itu mungkin aku akan ulas lain kali.
keep the faith
Jangan takbur, KC. Maintain humble. Kita masih ada "sejarah badi" bila kemasukan bulan November, Disember & January. Kalau Chelsea lepas halangan 3 bulan tersebut, akan jadi pemangkin terbaik utk Chelsea merebut gelaran juara.
Ape yg perlu, RDM kene pandai rotate players, aku takut, push Torres, Luiz, Ivan, ACole, Hazard etc. utk main setiap game, boleh beri serangan kecederaan dalaman yg lebih lama & mungkin parah.
Ingat Essien & Joe Cole, dari zaman JM, both players mesti 1st eleven, then bile injured, bukan biasa punye, skali kene long-terms injury bai.
The lesson told us many. We must start to use Sturridge to break games like against Norwich & minnows, or Moses can be a central forward too, so that Torres can rest. Lampard also play upfront, replace Oscar, then DM occupying by Romeu & Ramires. Cahill pun ada, Azpilicueta & Betrand ada, aku harap bila dah lead 2-0 & above, berilah 15 mins terakhir utk subs masuk.
skrg aku gembira dgn corak formasi RDM. Maybe RA ada "advise" dia utk stand firm kalau nk bagi player2 tertentu main. This new mentality, will raise up our game & motivation. Chelsea the best!
daniel x leh main utk lawan norwich city ....nanti leas international break baru le main tu kata RDM kat chelsea website tadi aku baru jenguk2 ehhehehe....
apapun mmg kena rotate player dr masa ke semasa mengikut lawan
so bagi aku kalau macam ni kita kena turunkan pemain muda utk bagi mereka pengalaman tapi x leh la semua muda mudi nanti hancur pulak...kena ada 4-6 org lama main sekali lain2 tu bagi yg muda mudi main ......
macam moses , marin , oscar , hazard , cesar , ryan , oriol dan lain2 lagi la.......
apapun good luck utk the blues
pasal torres ni mmg rdm akan turun kan abg nando ni setiap kali perlawanan utk memulih semangat torres yg pudar.....lagi pun mmg dia la striker buat masa skrg ni mampu mengambil alih tpt drogba ...nak harap sangat daniel , moses tu buat masa skrg ni blum cukup lagi ....
apapun aku hepi utk nando sbb bole kata setiap match ada goal walaupun sebijik ehheheheh.... drpd langsung tada masa last season ..........
torres lebih nampak pentingkan teamwork...dia x suka bawa bola melulu terus ke kotak penalti dan tendang bola tu .....itu yg aku suka heheheheh
apapun torres skrg ni penjaring terbanyak aku d liga epl kat dalam PES2013
tak perlu mainkan torres every game... die bukan defend, dia striker... kena ada rotation juga... pemain bola ni bukannya robot, dia manusia macam kita juga... ada penat lelah... semua manager termasuk JM, Mancini, Alex Ferguson, mereka sentiasa rotate striker mereka tiap2 game.
sturridge mungkin dah fit 100% minggu depan... nak kata torres seorang je striker yg boleh diharapkan rasanya tipu lah...
moses boleh jadi striker... lucas piazon pun okey... ... lucas piazon tu ada potential utk jadi top class striker, sayang lah kalau bakat dia tu hanya dipersembahkan di bench...
That's right! Lucas Piazon!
Looking forward to this newcoming superstars.