Sebenarnya kita patut kalah lebih dari 3-1.
Kenapa aku cakap macam ni ?
Chelsea beraksi hambar. Cuba lihat bahagian defensive & midfield. Bahagian pertahanan kita bocor. Gandingan Luiz & Cahill tidak menjadi. Ivanovic banyak buat mistake. Ashley tidak cergas. Di bahagian tengah pula hancur. Meireles macam biasa tidak berfungsi. Ramires kaku, control ball tidak kuat, banyak buang bola. Ingatkan bile Torres tak main, serangan akan okey tapi keadaannya sama sahaja. Kembalinya Drogba tidak membawa apa-apa perubahan yang positif kepada attacking Chelsea.
3 gol Napoli membuktikan bahawa mereka memang serius untuk mara dengan lebih jauh dalam kompetitif eropah musim ini. Dan 3 gol mereka itu juga berpunca dari defensive Chelsea yang tersangat longlai. Gol pertama Napoli berpunca dari Meireles yang hilang arah. Gol kedua Ivanovic tidak marking Cavani. Gol ketiga dari Lavezzi, David Luiz lost control ball. Kita bernasib baik untuk tidak kalah 4-1 jika tidak kerana Ashley Cole yang berjaya menyepak keluar percubaan depan gol Maggio, pemain sayap kanan pihak lawan.
Pada awal permainan, kita bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-27. Hasil kesilapan kapten mereka, iaitu Paolo Cannavaro yang gagal mengeluarkan bola dengan betul dan Mata menyempurnakan peluang tersebut untuk kedudukan 1-0 memihak kepada Chelsea. Namun selepas pada itu, semua pergerakan pasukan Chelsea serba tidak menjadi dan Napoli menghukum kealpaan benteng pertahanan kita dengan 3 gol kilat mereka. Secara jujurnya, Napoli berhak menang dalam perlawanan ini. Counter-attack mereka power & pemain-pemain seperti Cavani & Lavezzi layak diberi pujian atas kecemerlangan mereka berdua "membuli" defender kita.
Aku mengaku yang ketiadaan kapten marvel, Terry banyak memberi efek buruk kepada tembok pertahanan Chelsea. Tidak seperti perlawanan yang sebelummnya, hari ini Ivanovic beraksi gugup. Sebelum game bermula, AVB cakap defender Chelsea harus berwaspada dengan 3 striker Napoli iaitu Hamsik, Cavani & Lavezzi tapi perkara itu tidak berlaku. Cahill & David Luiz tidak menjalankan tugas marking mereka dengan baik.
Macam mana aku tidak bengang dengan AVB. Lihat line-up yang beliau buat. Kenapa Meireles & Malouda harus sentiasa main 1st starter ? Kenapa bila scoreline 3-1 baru nak masukkan Lampard & Essien ? Dah letih sebenarnya nak cakap benda sama ni..letih, penat !
Apa pun kekalahan 3-1 ini masih belum berakhir buat Chelsea. Kita masih ada 2nd leg di Stamford Bridge. Nasib Chelsea mungkin tidak seteruk Arsenal yang dah kalah 4-0 dalam 1st leg. Kita ada 1 gol bekalan dan sekurang-kurangnya untuk mara ke peringkat seterusnya, kita wajib menjaringkan 2 gol atau lebih daripada itu. Tapi persoalan hangat sekarang ini ialah mampukah kita berbuat demikian ?
Tunggu 14 Mac nanti. Pada waktu itu, kita akan tahu masa depan sebenar AVB & juga team Chelsea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro, lampard dengan essien tak fit. kena jaga jugak tu. dah boleh agak pon actually.
tapi aku heran nape romeu tak main.
tapi aku setuju la tentang defensive error tu, betrand dah boleh ganti cole ni.
ivanovic kena stick pada rb jek, develop cahill-luiz dulu.
ape pun tak boleh AVB nie...yang muda2 xnk diketengahkan...nie pakai jgk yang mmg main x cun..
@sergeant keroro
- essien dengan lampard dah fit 100%..yang tak fit cume ashley cole dengan ramires, sebab tu perform ala kadar..tapi takkan tak tahu, AVB kan suka drop kan lampard di bench...match2 terdahulu kalau ade yang masih ingat, some important game dia letak lampard di bench...essien bukan sebab fit atau tidak, tapi posisi essien tu AVB lebih percaya dengan Meireles... takkan tak perasan kot dah berapa game Meireles 1st starter wlpn dia main hancur sekalipun..lawan everton pun AVB keluarkan essien dan masih stick dgn flop player...
benda ni kdg2 buat aku confuse..sangat2 confuse..
Drogba thinks like always been a good leader..What leader? Malouda not worth to wear that shirt. Why only Mata wanted to add goals? No teamwork, Sturridge also being a fucking diver. Wallaaweh..~ Hell yeah, midfielder & defender did not have good chemistry. Wonder how fuck AVB right now to keep his job.
By the way, should we all worry as the gooners stamped by Milan 4-0? No, we can beat them! Stamford Bridge is our warplace. I still wanted to see we are going to lift that famous trophy. Up blues! KTBFFH!
@maman
- support or not support him, i think he is like a dead man walking..
ramai pengurus lain mengkritik cara AVB menyusun line-up tidak betul...ramai yang mengatakan keputusan AVB menjadikan sesuatu keputusan itu buruk...ada yang berkata "jika ashley cole baru fit sampai 90%, keadaan dia lagi bagus daripada bosingwa yang sentiasa fit 100%."
oh ye sebelum game semalam, AVB mengaku yang dia ada bergaduh mulut dengan lampard,ashley cole & player senior yang lain..
jadi faham2 lah sebab apa lampard,essien tak main 1st starter pagi tadi....
why meireles avb why..ak tau la die owng portugal..sme arh ngan bosingwa 2..
xmampu...kalu avb tukar pemaen ngan formtion mgkin dpt klah kan napoli
abis la chelsea thn ni klu still avb jd manager..2 je yg leh aq comment..