Chelsea main sangat teruk. Itu sahaja yang boleh aku bagi rumusan mengenai apa yang berlaku di Liberty Stadium pada pagi rabu lepas. Ketiadaan Lampard, Ramires, Terry & Drogba tidak boleh dijadikan alasan utama kerana secara professionalnya, perfomance Chelsea tetap tidak normal. Kata pengulas, hantaran Chelsea sangat slow dan tidak aggresif. Lawan seperti Swansea sepatutnya diakhiri dengan kemenangan yang mudah jika nak ukur tahap kualiti pemain kita dengan pemain mereka.
Gol Swansea dijaringkan oleh Scott Sinclair manakala jaringan penyamaan dari Bosingwa pada minit-minit akhir perlawanan mengelakkan Chelsea dari pulang dengan tangan kosong. Walaupun tidak semahal Torres, namun Scott Sinclair lebih mempamerkan prestasi terbaik bersama kelab Swansea musim ini. Bekas pemain kita itu dengan bijak menewaskan Cech dengan top corner shoot yang cantik. Torres ? perfomancenya sangat kaku. Hanya tahu kejar bola dan tidak mampu membuat apa-apa.
Seri dengan Swansea merupakan satu keputusan yang kurang baik kerana kita sekarang dalam proses untuk kekal dalam top 4 spot. Minggu lepas seri dengan Norwich, minggu ini juga seri.Jika terus tercicir mata seperti ini, nampak gayanya peluang untuk main di eropah musim depan memang tipis lah. Di tempat ke-3 Spurs terus maju ke hadapan dan meninggalkan kita sedikit demi sedikit., Tidak lupa Arsenal, Liverpool & Newcastle juga sedang berebut untuk merampas kedudukan ke-4 kita.
Heran juga kerana musim ini Chelsea hanya mengejar slot UCL dan bukannya title race. Terlalu banyak drop point menyebabkan kita semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu liga, City & MU. Seteruk-teruk musim lepaspun, Ancelotti mampu memberikan Chelsea tempat kedua dan hanya beza beberapa mata sahaja dengan juara bertahan, MU. Namun sekarang, apa sudah jadi ? Nasi sudah jadi bubur.
Terumbang ambingnya prestasi Chelsea sejak kebelakangan ini berpunca sama ada dari kesalahan pemain Chelsea itu sendiri ataupun AVB. Bila bercakap mengenai AVB, sudah tentu aku akan fokuskan mengenai cara beliau menyusun line-up yang tidak masuk akal. Malouda, Meireles perform hambar dan persoalan sekarang ialah bila dah main hampeh, kenapa dan mengapa AVB masih hendak turunkan mereka berdua ? Satu hal lagi ialah pemain yang baru dibeli iaitu Gary Cahill. Mati-mati aku ingat dia akan main lawan Swansea, tapi last-last full-time di letakkan di bangku simpanan
Semalam AVB ada beritahu kepada sidang media yang beliau sulit untuk "menjaga" dan menguruskan pemain-pemain star Chelsea. Kerana usianya yang muda dan kurang pengalaman, AVB kurang dihormati oleh pemain kita.
Ini juga satu masalah yang sememangnya sejak dulu lagi sukar di-bendung iaitu keegoaan barisan pemain kita yang kononnya berlagak star. Ancelotti juga pernah menyuarakan mengenai hal ini. Beliau mengatakan yang sebilangan pemain star Chelsea susah nak dengar cakap.
Aku dah boleh agak sapa golongan yang susah nak dengar cakap itu. Pemain-pemain macam itu seeloknya keluar sahaja dari kelab Chelsea. Salah satu pegangan/motto yang dibawa oleh Jose Mourinho di Chelsea dulu ialah beliau tidak suka walaupun seorang pemain Chelsea yang berlagak star. Kata JM, "kalau anda nak berjaya, anda tidak boleh anggap diri anda seorang super-star & kurangkan publisiti murahan. Kalau anda buang perkara itu, anda akan berjaya bersama saya."
Sebab itu Mourinho berjaya di Chelsea dan pemain-pemain kita tiada masalah dengan cara pimpinan beliau.( kenapa aku rasa bersemangat bila baca link ini )
Next game ialah lawan MU di SB. Macam biasa, setiap game memang Chelsea kena wajib menang. Kalau cicir mata lagi, tak tahulah aku nak cakap apa lagi. Apa pun selamat maju jaya Chelsea. KTBFFH.
P/S : Untuk transfer window bulan ini, Chelsea hanya beli dua orang pemain iaitu Gary Cahill dan seorang lagi ialah Kevin de Bruyne dari kelab Belgium, Racing Genk. (itupun terpaksa di-loankan balik ke kelab asalnya itu dan Bruyne akan come-back ke Chelsea bulan Jun, iaitu musim depan 2012/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kerana sudah kembali buat ulasan.. harap ia berterusan..
Ulasan