Menurut akhbar-akhbar England, semalam AVB bertengkar dengan beberapa pemain Chelsea. Lebih dahsyat lagi, pertengkaran itu turut disaksikan sekali oleh Roman Abramovich.
Aku sudah agak, insiden ini pasti akan berlaku. KENAPA ? Jawapan aku mudah kerana pemain tidak hormat coach. Pemain tidak respek manager. Begitu juga dengan manager yang membuat percaturan mengarut yang mengundang kemarahan pemain itu sendiri.
Keadaan memang dah bertambah parah serta kritikal selepas kita kalah 2-0 di Goodison Park tempoh hari sambil AVB menyelar itu merupakan perfomance Chelsea yang paling teruk musim ini.
Pendapat aku, benda ini tanggung jawab bersama. Jika berlaku perkara yang tidak diingini maka tanggunglah bersama-sama. Kerana masing-masing sendiri buat hal. AVB juga harus dipersalahkan kerana beliau menyusun line-up & strategi yang tidak memberi kepuasan kepada pemain. Percaturan AVB, method & gaya pengurusannya sangat pelik. Aku pasti hampir 80% peminat Chelsea tidak berpuas hati dengan taktikal beliau.
Macam biasa :
- Kenapa AVB masih berminat untuk memainkan Bosingwa yang memang sejak dari awal musim lagi mempamerkan perfomance yang sangat hambar ?
- Kenapa AVB masih memainkan Meireles yang sudah lebih 4 game perform hancur ?
- Kenapa AVB tidak menggunakan Ivanovic di right back dan menggandingkan Luiz & Cahill di centre back sedangkan taktik itu sangat disukai oleh para peminat Chelsea ?
- Kenapa Ashley Cole makin lama makin teruk dia punya perfomance sejak AVB datang ?
- Kenapa bila dah cantik leading 1-0/2-0, tiba-tiba mengeluarkan pemain yang bagus & memasukkan pemain flop.
- Kenapa prestasi Torres semakin hari semakin tiada improvement ?
Jadi, sebab itu peminat tidak berpuas hati & segelintir pemain kita merasa marah dengan cara pengurusan beliau. Buat masa sekarang, yang back-up AVB hanya Pak Roman kita sahaja.
Ada yang bertanya kepada aku, kenapa ketika di Porto dulu, AVB tidak bermasalah seperti sekarang ini ? Jawapannya mudah kerana di Porto, pemainnya dengar cakap, tak macam player Chelsea. Ego pemain Porto tidak tinggi macam player Chelsea. Ditambah pula rata-rata pemain Porto pada waktu itu konsisten dan tidak flop. Segala selection yang AVB buat tidak ada gundah gulana kerana mereka semua memahami dengan teliti method yang dibuat oleh pengurus mereka.
Lagi satu, liga Portugal tidak sesukar l;iga England. Sebab itu Porto jadi jaguh kampung di sana. Kalau kuatpun, mungkin Benfica atau Braga sahaja. Berlainan dengan EPL, kerana semua team memang tough-tough termasuk kelab underdog seperti Sunderland, Bolton mahupun Blackburn.
AVB muda & tiada pengalaman. Disebabkan itu beliau tidak dihormati oleh segelintir pemain Chelsea. Bayangkanlah umur Lampard & Drogba hanya muda setahun dari dia.
Orang pertama yang kena selesai masalah ini ialah Roman. Pecat-memecat pengurus adalah satu perkara biasa. Orang kata habit gitu. 7 manager dalam tempoh 10 tahun. Itulah sejarah kelab bola sepak Chelsea versi Roman Abramovich.
Aku dengar cerita, Hiddink nak balik semula ke Chelsea ? Ini berita baik. Jangan tunggu sampai nasi dah jadi basi. Sekarang dah jadi bubur. Takkan musim depan nak tengok Chelsea main Europa League kot ? Fikir-fikirkanlah. (mention untuk Roman Abramovich)
P/S : Macam mana pula dengan Jose Mourinho ? Aku tidak rasa yang beliau akan kembali. Seperti tajuk lagu dari D'Lloyd "Tak mungkin kembali". JM ada tugas penting di Sepanyol. Kalau ye pun nak keluar, tunggu sampai habis musim ini lah. Sekarang Real Madrid dah cantik leading Barcelona 10 mata.
Jose Mourinho :
“Please don’t call me arrogant, but I’m European champion and I think I’m a special one.”
abis laaaaaa.... susah klu ada konflik cam ni, hajat nak tgk chelsea julang champion league tahun ni mungkin tak kesampaian
keadaan chelsea skrg mmg agak tenat.. bila dalam keadaan ni, tuduh menuduh itu adalah perkara biasa.. Bagi lulu, setelah berkali-kali tukar manager, ini bukan masalah manager lagi. rasanya owner kena fikir lebih luas.. perubahan perlu untuk memastikan chelsea kembali ke jalan yang lurus (kemenangan)
Despite ape yg berlaku, awal2 musim aku nmpk kecerdikan AVB dalam susunan & formasi 1st eleven Chelsea. Tp start akhir Oktober sehingga skrg, aku xrs itu adalah 'CHELSEA STYLE' - Komitmen, Spirit, Tough & winning. Cuma lawan Valencia je paling gempak & itu baru layak digelar CHELSEA. The rest... I cannot see why someday in the near future whether Roman axed all so-called STARS players or AVB himself. Ape pun, pada aku, AVB should maintain as the manager. MY BIG REASON on this because, dah 7 managers, bukan taik punye managers pun kene sacked pasal so-called STARS players tuh. So, even aku benci Alex Fuckgerson, tp dia bw club setan tu sampai jd world branding & wining club for decades, guys. AVB start game Napoli ni, kene straight firm & pakai youngsters dari player yg main asal boleh & tunjuk belang & xrespect fans tuh. Aku sygkan Chelsea, pasal player2 yg STARS nk mampos tu, kalau nak blah, silakan. Kene buang pun xpe. Chelsea pnh lalui zaman kegelapan. 1997-2000 antara tahun DOWN Chelsea. Dah proven Chelsea could survive. Come on Chelsea!!! Make a final WISE decision before its too late!
kna rombak skuad la...tukar pelatih byk2 x selesai masalah gak..player bajet star patut tendang kuar..
i dont tink its about age. kite pernah ade player-maneger dulu masa zaman ruud gullit & gianluca vialli.. ini pasal RESPEK. bila player lebih glemer/berpengaruh dr manager mcm ni la jadi nya.
so klu AVB nk gain blk pengaruh die, kn byk gugurkan player2 STAR n introduce youth player/ player bagus tp belum ternama.
kt defensive tgglkan terry as mentor, player lain -bertrand, cahill/luiz -
midfield, mata,romeu, ramires, josh, skali skala baru bg lampard/essien main
stiker bg lukaku n sturridge, torres. player yg ego2 tu jual awal2..nt boleh rosakkan keharmornian rumah tangga je
biasa la gaduh2 ni..mana2 club kalau dah jatuh mesti ada kes mcm ni..kena pulak chelsea ..plyer mahal2 ,,umur lak sebaya..cuma gaduh depan bos tu yg tk bleh blah tu..
JM tunggu musim depan la..kot2 ada rezeki..
kesian lak aq tgk AVB..tp 2 la..sbb taktik dy x bgus..klu dy bg player dlm posisi yg sesuai gn mereka..mst mereka x kn cm ni pnye..tmbh2 ag chelsea down teruk musim ni..ag la angin..sama ada tukar manager baru atau AVB tukar taktik serangan..klu player xde mood nk men..aq rse chelsea abis la musim ni..silap2 hari bln berada dlm kelompok bwh seperti wigan..di porto mmg la dy leh berjaya sbb team porto x setanding chelsea..aq x tw nk ckp pe ag..walaupepn chelsea always team no1 for me..
setuju dgn singkirkan player2 yg besar kepala, AVB ni ada bakat, cume mungkin tak biase handle player taraf star. harap roman bg masa kat dia cuma isunya sekarang, chelsea tak boleh miss UCL spot!!. harap dengan kembalinya drogba akan mantapkn serangan chelsea yg nmpk sgt buntu. tengah sangat tak kreatif, torres plak yg kena carik bola, cross, nak harap bosigwa cross, mmg harapan.. come on chelsea!!
You guys are all right! Whether Roman have to be so patient or AVB stand firm against his so-called STARS players as well immediate action on changing new base tactical, that's it. Sooner, AVB could help Chelsea back on track. If not, Chelsea compete for UEL je la. AND GO FUCK off to TRANSITION period!
player ternama biasa la,komen pun x boleh,semua level star...AVB asal bkn dr seorng pemain bola,setuju tampil kan muka baru n muda bermain,yang lama2 tu simpan je...