Wigan 1 Chelsea 1 : Kesilapan di minit-minit terakhir mengundang padah
Posted by
KampungChelsea
On
Sunday, December 18, 2011
Minggu yang agak mengecewakan bagi kita apabila kem Chelsea hanya mampu seri 1-1 dengan Wigan di JJB Stadium. Gol Chelsea dijaringkan oleh Sturridge manakala tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada dua minit terakhir permainan menerusi pemain tengah, Jordi Gomez.
Kesilapan yang berlaku hari ini berpunca dari susunan & taktikal AVB sendiri. AVB telah melakukan 3 substitution yang tidak kena dengan situasi yang berlaku. Goalscorer, Sturridge dikeluarkan dan digantikan dengan Malouda. Kemasukan Mikel dan Kalou tidak memberi apa-apa fungsi kepada bahagian serangan Chelsea. AVB sepatutnya memasukkan Torres dan mengeluarkan Drogba yang kurang menjadi hari ini. Kesian juga dengan Torres, dia sudah warm-up tapi tiba-tiba diletakkan di bangku simpanan balik.
Untuk gol penyamaan Wigan pula, memang mistake dari Bosingwa dan Cech. Macam biasa, Bosingwa memang bermasalah bile cuba nak block serangan high ball pihak lawan. Cech juga perlu lebih peka dalam menangkap bola dengan kemas. Last-last minit ini keeper kita tidak boleh gabra. Aku nampak Cech sangat gabra,gopoh & tidak concentrate.
Keputusan seri ini secara keseluruhannya adil bagi Chelsea mahupun Wigan. Walaupun aku tengok, pasukan lawan bermain lebih baik dari pasukan kita. Solid defensive dan mereka juga melancarkan serangan yang merbahaya dari setiap sudut.
Hasil seri ini meletakkan Chelsea masih lagi di tangga ke-3 dengan 32 mata. Namun pencabar terdekat, Arsenal & Spurs bila-bila masa sahaja akan memintas balik standing kita jika mereka mencatat kemenangan ke atas lawan masing2 malam ini.
Kecewa itu memanglah tapi ape boleh buat, benda sudah berlaku. Jom kita fokus untuk next match pula iaitu lawan Spurs di WHL (pagi khamis). KTBFFH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Wigan 1 Chelsea 1 : Kesilapan di minit-minit terakhir mengundang padah'