Lagi sekali kita tercicir mata dan lagi sekali kita seri dengan Spurs. Walaubagaimanapun keputusan seri 1-1 ini tidaklah seburuk yang disangka. Seperti yang aku selalu berbicara, bukan senang nak menang di WHL. Arsenal, Liverpool pun kalah. Hanya pendahulu liga, City satu-satunya team yang mampu menang di venue itu.
Dari segi persembahan, okey. Semua memainkan peranan. Walaupun ada some mistake tapi itu perkara biasa dalam bola sepak. Ekceli, kita boleh menang cume peluang untuk score disia-siakan. Bahagian pertahanan Chelsea hari ini solid. Kita berjaya mengekang asakan lipas kudung, Bale. Rasanya MOTM ialah JT. Jika tiada die, berkemungkinan besar kita akan kalah 2-1. Adebayor hampir memberikan kemenangan kepada Spurs pada last2 minit namun shoot tersebut di-halang dengan baik oleh JT. Kes racism langsung tidak memberi efek kepada perfomance kapten kita dan hari ini dia beraksi dengan cukup cemerlang.
Bile tengok line-up starter, kurang best kerana AVB memainkan Mikel & Bosingwa. Tapi aku faham, Bosingwa diberi main kerana David Luiz masih belum cergas dan diketepikan lagi sekali minggu ini. Dan Mikel hanya sempat bermain 40 minit pertama kerana die mengalami kecederaan/kekejangan otot dan terpaksa keluar awal. Oriol masuk, menggantikannya. Begitu juga dengan Ivanovic yang juga terpaksa keluar awal kerana mengalami kecederaan dan tempatnya diambil alih oleh Ferreira. Penampilan EPL pertama musim ini untuk right back Portugal yang semakin berusia itu.
Torres sempat main. Tapi ape yang boleh diharapkan dengan 10 minit terakhir ? Kate pengulas, 10 minit terakhir untuk Torres susah untuk bagi impak kepada permainan. Tambahan lagi, dalam game sebelum ni, die tak main langsung. Drogba kerap kali di-kawal oleh bek lawan dan aku mengharapkan lebih dari Super Drogb sebenarnya.(im expect more from him)
Berkenaan dengan gol pula, punca kita bolos macam biasa set-piece yang menjadi duri dalam daging. Bosingwa memang susah nak halang kepantasan Bale dan cross mamat Wales itu memang superb. Die hantar bola, terus tepat kepada Adebayor yang menyondol bola menewaskan Cech untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-8. 15 minit kemudian, kita berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada pemain top form, Sturridge. Ashley Cole membuat low cross dan Sturridge yang pada waktu itu tidak di-kawal menyudahkannya dengan voley shoot menewaskan keeper lawan, Brad Friedel.
Bile tengok carta terkini liga, makin lama makin jauh Chelsea tertinggal. Perbezaan 11 mata dengan City, 9 mata dengan MU, 2 mata dengan Spurs yang masih ada 2 game in-hand. Dan kita berkongsi mata dengan Arsenal dengan 32 point. Harus berpijak di bumi yang nyata dan perlu lebih realistik. Game masih banyak, tapi kalau kita asyik drop point, maka kesudahannya sama sahaja, iaitu terlopong melihatkan team rival menjuarai gelaran liga. Fixture yang seterusnya ialah menentang Fulham (hari isnin). Satu lagi pertarungan derby london dan kita wajib menang jika mahu terus kekal dalam title race.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We could win for 5 goals against Spurds. Ramires with 2 near post chances, Drogba hit the woodwork, Romeu shoot just centimeters wide from goal, but only goal from Sturridge remain there. I know we hardly win the ball possession but for all chances we create are superbly more dangerous than Spurds. They can say their luck is more than us. JT incredibly a world class defender for the game & MOTM.
11 points adrift. Masuk ni dah kali kedua krimas, Chelsea tertinggal 11-12 mata. Badi November & Disember masih menghantui Chelsea. Adakah kebanaan player2 itu sendiri ATAU memang xde manager yg mampu ubah perjalanan Chelsea? last time, Mourinho got us 95 points to win EPL. That season is the only season we keep winning before new year coming.
lmpard x maen ? kahkah... setuju dgn admin, j.terry MOTM.
11 points ? we'll see after new year about diz
asyik2 bosingwa yg buat error, tak de org lain...puiih!
@maman
- ya aku pun rasa benda yg sama juga...memang bulan 11 & 12 chelsea punya different point asyik2 11 mata dgn pendahulu liga...well last year, aku puji spirit chelsea... dari 11 mata tertinggal, dapat catch balik kepada 3 mata..satu race yg sangat sengit musim lepas... tapi utk musim ni pengaruh city lebih power dari MU..dan aku rasa nak kejar 11 mata ni agak susah...mungkin perlukan luck... bukan senang nak tgk city drop point...
Yep, @KC. But we will be there again. I trust Chelsea current squad still have the hunger of success!