3 minggu seri, 3 minggu drop point. Lagi sekali kita mencatat keputusan yang mengecewakan dalam derby London minggu ini. (minggu lepas di WHL ) Rasanya dengan ini aku mengisytiharkan perjuangan meraih gelaran liga sudah berakhir untuk Chelsea. Lebih baik kita fokus kepada UCL & FA cup sahajalah. Sudah jauh kita tertinggal dalam kempen liga. Mungkin title race hanya 3 penjuru iaitu sama ada City, MU ataupun Spurs. Dan bukan Chelsea. Kita kerap kali tercicir mata & tidak konsisten. Dengan keadaan sekarang ini, ada baiknya kita fokus benda yang lebih realistik. Nak mengharapkan pasukan lain cicir mata, tapi kita yang asyik cicir mata.
Dari segi persembahan, memang mendatar. Peluang banyak tapi macam biasa disia-siakan. Bosingwa sangat menghampakan. Kita mengharapkan cross & deliver pass dari sayap kanan, tapi tak cukup efektif. Bahagian tengah tidak berfungsi tanpa Ramires. Lampard.... malas nak ulas panjang. (patutlah kau keluar awal ye). Torres ? Torres perform bagus, jadi aku tak boleh nak kutuk dia. Torres ada buat set-up kepada team-mates & nyaris-nyaris juga nak score gol namun sayang keeper lawan sangat tangkas, menafikan pelbagai percubaan bahaya dari player kita. Jangan lupa, gol Mata, assist dari beliau.
Fulham datang ke SB bukan untuk menang tapi untuk seri. Hampir 90% mereka memperagakan corak bertahan dari awal hingga ke akhir permainan. Dan disebabkan itu mereka berjaya mendapat keputusan yang mereka inginkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hate to say this, but AVB & Lampard really disappointing me. Malam semalam, game seolah2 Fulham lagi power dari Chelsea. Kenapa Lampard xnak tolong pressure bhgn tengah? Kenapa Lampard main smpi minit ke 65+? Aku xtau la kenapa AVB xpush mentaliti player2 smlm. Harapkan Terry, Luiz, Cole, Meireless, Mata, Sturridge & Torres tunjuk commitment yg kukuh. Lain? Xtau la. Cech & Bosingwa ni aku xtau ape dlm fikiran diorg. Bosingwa madah cross mcm gampang. Semalam mmg game paling lemah & xbersemangat Chelsea main. Stress tgk. Schity & MUnyet dah kasi gap 11 points. Masih ada harapan sebenarnya. Come on blues!
@maman
- ya masih ada harapan tapi perfomance semalam dan untuk 2 minggu yang sudah membuktikan bahawa chelsea tidak layak dicalonkan sebagai juara liga musim ni WALAUPUN GAME MASIH BANYAK...tidak konsisten & kerap kali drop point menunjukkan betapa chelsea hanya mengejar top 4 spot & not champions spot...
seriously nasib baik semalam game kul 9..kalau game start pukul 12/1 pagi, aku dah lama tertido pasal tempo game yang sangat bosan...shoot semua berterabur...malas nak kutuk AVB dah, takut nanti orang cakap aku bias... ok peace yo !
A'ah, @KC. Kalau lewat malam ke awal pagi tp main cam Harem, lagi sadis. Kalau nak kacau champion spot, Chelsea kene buat kenduri tahlil untuk menang selalu, & kasi black magic kat Schity & MUnyet. Kelakar betul.