LONDON - Kapten Chelsea, John Terry dilaporkan hampir pasti kekal di Stamford Bridge musim depan.
Masa depan Terry kini menjadi persoalan selepas Manchester City membuat tawaran £30 juta (RM175.5 juta) ke atas kapten skuad kebangsaan England itu.
Begitupun, pemain tengah Chelsea, Michael Ballack yakin tawaran City itu hanya sia-sia.
"Saya telah bercakap dengannya (Terry). Saya tidak mahu beritahu banyak mengenai perbincangan kami tetapi saya dapat rasakan yang dia akan kekal di Chelsea tahun depan," kata Ballack.
Ketua Eksekutif Chelsea, Peter Kenyon pula terus mengulangi pendirian kelab itu dengan menegaskan: "John Terry tidak akan dijual pada sebarang harga.
"Saya tidak mahu tahu berapa tawaran mereka tetapi saya yakin John akan terus bersama kami.
"John adalah azimat kelab ini. Dia adalah tonggak pasukan Chelsea. Dia bermula dari akademi kelab, dia juga kapten kami dan England.
"Kami yakin John akan terus menjadi kapten Chelsea," jelas Kenyon. - Agensi

yeah kami semua sayang terry...
media2 bangang je wat kluar statement terry nak keluar dari chelsea,actually takpun.terry still 4eva chelsea