Peter Kenyon dikhabarkan bakal meninggalkan Chelsea selepas dia mengalami masalah dalam kostum penajaan baru Chelsea.Chelsea dan Samsung sudah memanjangkan lagi kontrak selama 5 tahun.
Akhbar The Times melaporkan bahawa Kenyon yang berjaya membawa Chelsea dengan mendapat penaja dari Samsung mula berasakan bahawa sudah masanya dia meninggalkan Chelsea.Sejak kebelakangan ini, Kenyon berasa mula dipinggirkan oleh pengurus kelab lain.
Khabarnya lagi, Kenyon dikatakan tidak terlibat langsung dalam pengurusan Chelsea sejak Chelsea mengambil Ancelotti sebagai pengurus Chelsea yang baru.
Keadaan tersebut menjadi lebih sukar lagi kepada Kenyon lagi dengan kehadiran Frank Arnsesen yang menjadi ketua pengurusan kelab Chelsea itu.Kehadiran Arnesen ini semakin menyukarkan lagi peranan dan tugas Kenyon yang biasanya ditugaskan untuk memburu pemain bagi setiap jendela perpindahan pemain dibuka.
Manchester City khabarnya mahu mengajak Kenyon menyerati kelab mereka dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak lagi pemain-pemain bintang.Namun, Chelsea mungkin tidak mudah untuk melepaskan Kenyon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Kenyon Mahu Tinggalkan Chelsea ?'