Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti (gambar) bengang apabila pihak pengurusan skuad The Blues itu masih belum lagi membeli pemain berstatus bintang pada musim perpindahan ini.
Bekas jurulatih AC Milan itu bimbang, pemain bintang yang dijanjikan kepadanya masih belum ditunaikan oleh pengurusan The Blues.
Chelsea bukan saja kehilangan Kaka yang memilih menyertai Real Madrid, malah tawaran £31 juta (RM179.2 juta) ke atas penyerang Alexandre Pato, 19, juga ditolak oleh Milan.
Ancelotti juga mendedahkan, pemain legenda Itali dan Milan, Paolo Maldini, 41, turut menolak permintaannya untuk menyertai tenaga pembimbing di Stamford Bridge.
"Saya telah membuat tawaran kepada Paolo tetapi dia mahu diberikan sedikit masa. Selepas bertahun-tahun bermain, dia mahu berehat.
"Tetapi jika saya boleh membawa sesiapa saja ke Chelsea, saya akan bawa dia," kata Ancelotti yang baru memulakan tugasnya di Stamford Bridge kelmarin.
Sementara itu, Chelsea dilaporkan bersedia mendapatkan penjaga gol Middlesbrough, Ross Turnbull secara percuma.
Turnbull yang menolak kontrak baru di Boro bakal menjadi antara pemain baru Chelsea selain bintang Rusia, Yuri Zhirkov dan pemain Manchester City, Daniel Sturridge.
Jika Turnbull menyertai Chelsea, dia akan menjadi penjaga gol simpanan kepada Petr Cech, manakala masa depan penjaga gol dari Portugal, Henrique Hilario pula masih belum diketahui

SUMBER RUJUKAN : KOSMO.COM.MY
ha'ah...akupun bengang gak,biler chelsea nak beli player baru ni,smpi skrg ni lgsung xdgr berite