Baru sahaja menonton Four Four Two di saluran Astro 831.
Dan aku bersetuju dengan kata-kata dari pundit dalam program itu, Dez Corkhill. Mat salleh ni suaranya kita biasa dengar di Astro Arena & Astro Super Sport. Dia punya ulasan sangat passionate mengenai bola sepak Malaysia berbanding sesetengah rakyat Malaysia sendiri termasuk aku.
Dia kata "Chelsea club does not have the physical strength. They do not have leadership spirit after the absence of Terry & Lampard. The Blues have lost winning mentality."
100% aku setuju dengan kata-katanya.
Pertama mengenai physical strength. Pemain Chelsea tidak mempunyai banyak kekuatan fizikal. Hanya Mikel seorang sahaja yang dapat handle perkara itu, pemain2 lain mudah sangat dibuli oleh pemain lawan. Kekuatan di bahagian tengah seolah-olah pupus. Sebelum ini kita ada Meireles, Essien, Ballack, Malouda, Drogba dan di zaman Mourinho, kita ada the beast of Makelele. Pemain2 seperti ini ialah pola bagi kekuatan fizikal satu team.
West Ham menjinakkan pasukan kita kerana aspek itulah. Kita dapat lihat Sam Allardyce memasukkan dia punya "haiwan liar", Diame di bahagian midfield dan dia menggunakan ketinggian & kekuatan badannya memporak-perandakan defensif Chelsea. West Ham mempunyai banyak player2 negro, player2 lasak, fizikal kuat. Itu antara sebab kita gagal menewaskan mereka. Skuad Chelsea sekarang ini mempunyai ramai pemain berbakat, lincah & licik tapi kita tidak mempunyai banyak player yang ada fizikal body yang strong.
EPL ialah kompetitif yang sangat mencabar serta menguji daya fizikal & mental setiap pemain. Jadi jika Chelsea kekurangan aspek tersebut, kita akan sentiasa dijatuhkan oleh lawan yang mempunyai fizikal body yang kukuh,
Sebab itu aku mahu Chelsea beli Falcao. Striker ini ada physical body yang kuat macam Drogba. Kita perlu striker2 macam ni di EPL & UCL. Setakat striker jambu Chelsea no 9 itu, bagi defends lembik pun boleh buli dia.
Dez Corkhill memuji perfomance Lukaku. Dia kata setiap team perlu ada striker2 besar seperti ini. Ia dapat memberi pressure yang kuat kepada bek2 lawan.
2) Ketiadaan Lampard & Terry
- Dua player ini adalah nadi utama pasukan Chelsea. Mereka ialah kapten, mereka pemberi semangat, mereka ini akan push up apa yang tak kena jika berlaku something wrong di atas padang.
Ketiadaan mereka berdua ini lah yang menyebabkan kita hilang leadership & strong character. Ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi team.
Sebagai contoh musim lepas. Kalau Drogba, Terry, Lampard tiada. Susah Chelsea nak beat Barcelona. Lawan top team, kita perlu ada true leader, kita perlu ada player yang experience. Jika Terry tiada, Lampard harus ada. Jika Lampard tiada, Terry harus ada. Seorang di antara mereka perlu ada. Sekarang ini dua2 pun tiada.
Captain, Leader & Legend
So sekarang ini kita kehilangan "aset" tersebut.
Menjelang pertemuan penting hidup & mati menentang Nordsjaelland, kita hanya perlu meraih kemenangan sambil mengharapkan Juventus kalah di Donetsk.
Jika Shakhtar & Juventus draw, ia akan jadi satu keputusan yang buruk buat Chelsea. Namun dalam bola sepak apa2 boleh berlaku. Aku harap luck akan bersama dengan Chelsea. KTBFFH.
ya mmg betul tu...seperti yg aku selalu katakan sebelum ni "ketiadaan lampard dan terry" mmg bagi impak teruk kepada chelsea bermain d halaman sendiri atau pun tempat lawan...
belum ada pemain yg dapat gantikan posisi sebagai "ketua" x kira la 1st ada 2nd tu ....
kalau ada terry kat padang semua pemain takut nak tinggal posisi lain sbb terry atau lampard akan marah dan arah dorang balik ke posisi asal .....tapi semenjak takde kapten semua pemain suka hati ke sana ke mari posisi asal pun x jaga dgn betul ....
apapun malam ni harap2 nasib baik bersama chelesa utk mempertahankan kejuaraan musim lalu ....
semalam aku mimpi shaktar menang lawan juve 3-1 ...lepas kita pulak menang lawan nord 8-6 bangkit lepas ketinggalan 0-6 hahahahah....ni mimpi bola la pulak hheheheh
Ramai yg ckp if Chelsea menang besar pun (let's say with 8-0) tp Juventus draw dgn Shakstar, Chelsea masih xdpt pergi ke knockout stage, which mean UEFA prefer Head-to-Head records drpd Goal Differences. WTF to that.
This is not EPL nor La Liga nor Serie A etc, but this is UEFA Champions League. kalau Chelsea xpnh menang dgn Juventus, diguna pakai utk menidakkan Chelsea nanti, aku rasa mmg xpayah la Chelsea sungguh2 sgt. Dah boleh re-focus kpd Euro League jela kan.
Ish.. aku xpuas ati. Tgk jela pg nanti camane...
Carefree, the Blues! KTBFFH!
adess..dgr citer lampard nk kne pindah dh..so tggl terry je larh...ssh la klu cm nih...klu aq tgk lampard or terry jd captain mst de sorg dual kne mrh gan depa..haha..roman dy keje nk rombak pasukan je..tp kne tgk gk..player2 yg terbaik..cm meireles..dy bgus kot..tp syg...kne jual..essien..the bison...sorg yg badan dy taf..klu berganding gan mikel pergh..terbaik la..tp syg..d loan kn...haish..skrg dh jd huru hara..come on chelsea..push up la..push up..result mlm nih ikut takdir je la..klu dh d takdir kn chelsea out..out la..klu chelsea d takdir kn msk ke peringkat kalah mati..melompat la..hahaha..
@mannerohady
"kalau ada terry kat padang semua pemain takut nak tinggal posisi lain sbb terry atau lampard akan marah dan arah dorang balik ke posisi asal .....tapi semenjak takde kapten semua pemain suka hati ke sana ke mari posisi asal pun x jaga dgn betul ...."
ya, ini sangat betul. kalau diorg buat mistake, terry akan marah & tegur..so skrg dua kapten xde, jadi player2 lain main sambil lewa..ade plak yg main xpakai akal..keluar posisi sesuka hati... Cech xnampak true leader dia walapun dia handle armband... hanya terry & lampard yg boleh menanggung beban itu"
@ maman
- aku lupa nak inform mengenai rules baru UEFA tu, head to head... ,memandangkan UEFA dah tetapkan rules tu bagi mana2 team yg same point dlm group, memang sampah lah kalau mane2 team yg score berpuluh-puluh gol pun sebab skrg ni kira rules head to head...
juevntus mmg ada kelebihan dr segi head to head sebab mereka draw di Chelsea & tewaskan Chelsea 3-0 di tempat mereka... so head to head lebih memihak kepada juventus..
jadi mengharapkan keajaiban berlaku malam ni... shakhtar beat juventus, chelsea beat nordsjaelland...
juventus lwn nordsjaelland kat away pun tak leh menang... lawan shakhar kat tempat sendiri pun xleh menang... memang diorg xlayak sebenarnya ke pusingan kalah mati.. apa yg menyebabkan mereka atas sikit dr chelsea sebab mereka beat chelsea di tempat mereka.. kalau keputusan di turin seri, memang juventus skrg ni boleh kemas beg main europa league..
so point aku nk ckp kat sini, juventus mmg xlayak bermain di pusingan seterusnya... harap benda ni dapat ajar mereka di donetsk pagi nanti..
@mohd aslam
- kesilapan sebenarnya menjual meireles... bila meireles xde, bahagian defensive midfield jadi xkukuh... xstrong... romeu xde physal strong,..dia bukan centre midfielder yg kita harapkan... at least perlu ada dua org yg badan macam mikel di bahagian tengah...
essien pun dah balik semula ke chelsea..tapi xde guna sebab dia injured..