1. Tak sampai 3 minit perlawanan berlangsung, Chelsea sudah mendahului 1-0, hasil daripada tandukan cantik Abang Torres selepas dia menerima umpanan Azpilicueta.
2. Pada minit ke-29, kita menggandakan lagi kedudukan. Kali ini melalui sepakan percuma yang agak style dari David Luiz. Buat kali kedua, Rafa memainkan Luiz sebagai pemain tengah., dan taktik ini sangat berhasil. Dan tahukah anda, setiap kali David Luiz menjaringkan gol, Chelsea tidak pernah kalah. (3 menang, 1 seri).
3. Chelsea mengukuhkan lagi kedudukan dan kali ini gol yang seterusnya pula dijaringkan oleh seorang lagi pemain pertahanan iaitu Branislav Ivanovic. Ivan memanfaatkan bola rebound Cahill untuk meletakkan Chelsea selesa 3-0 pada separuh masa pertama.
4. Gol ke-4 sangat istimewa kerana ia dijaringkan oleh pemain yang membuat penampilan ke-500 dalam Liga Perdana Inggeris. Siapa lagi kalau bukan Super Frank. Lampard merembat dari jarak 25 meter untuk menyempurnakan gol yang ke-130 beliau bersama The Blues.
5. Tak cukup dengan 4, Chelsea tambah 1 lagi menerusi pemain yang baru masuk menggantikan Super Frank iaitu Adik Ramires.
6. Pada minit ke-79, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Oscar dikasari oleh pemain lawan. Oscar menyudahkan sepakan penalti itu untuk meletakkan The Blues semakin mengganas dengan scoreline 6-0.
7. Hazard juga turut serta dalam pesta gol Chelsea apabila dia menyumbang gol ke-7. 7th heaven !
8. Ramires menutup upcara membantai budak2 Villa dengan menambah gol keduanya pada masa kecederaan. Chelsea menang besar 8-0.
Secara keseluruhan, Chelsea boleh menang lebih dari 8 gol, mungkin 10-0, 11-0. Kita dapat lihat dalam perlawanan ini, Chelsea bermain dengan penuh efektif, high vision, tempo rancak serta hantaran yang begitu berkualiti. Tidak lupa juga kekuatan teamwork yang memainkan peranan penting dalam kemengan besar ini.
Aku terpesona melihat perfomance Piazon. Walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti namun dia telah menyumbang assist kepada gol ke-5 Chelsea. Pemain muda yang umurnya sama dengan Nazmi Faiz ini turut mempamerkan skill dribble yang menarik.
Kredit juga buat Cech kerana menyelamatkan satu percubaan bahaya dari pihak lawan & meraih clean-sheet.
Rafa telah improve sedikit demi sedikit perfomance pasukan kita. Ada yang ingin lihat David Luiz bermain sebagai pemain tengah, beliau telah laksanakannya. Rafa juga telah memberi saranan kepada pemain tengah kita supaya lebih support Torres dan dalam game ini, kita lihat ada beberapa hantaran yang kemas di-supply kepada Torres.
Jika kita berterusan mempamerkan aksi seperti ini, aku percaya kita boleh juara liga. Bukan senang untuk meraih kemenangan besar seperti 8-0 ini. Kali terakhir kita melakukannya ketika di zaman Carlo Ancelotti. Pada waktu itu juga, Chelsea menjuarai EPL & Piala FA.
Mengenai Aston Villa, mungkin ada yang akan cakap mereka ni team ayam. Tapi kalau Aston Villa ni team ayam, Liverpool lagi lah cap ayam kerana kalah dengan mereka 3-1 di tempat sendiri minggu lepas.
Diharapkan agar pemain kita tidak leka kerana perlawanan selepas ini akan menguji tahap konsistensi & mentaliti yang sebenar. 26 hari bulan iaitu pada hari rabu ni, kita akan berkunjung ke Norwich & 4 hari berikutnya pula di Goodison Park. Dua lawan yang bakal memberi cabaran yang sengit buat kita. Mohon kekal konsisten.
Game yang amat bagus awal pagi tadi,Hilang mengantuk bila 45min pertama dah 4-0,kalau Chelsea Form mcm nie mmg leh simpan 4 trofi untuk tahun 2012/2013..mcm kate KC team Chelsea leh menang 10-0,11-0..
TQVM pada Rafa Banitez sbb turunkan LUCAS PAIZON(kembar Oscar sekali tengok muka lebih kurang sama je tp style rambut je berbeza)and best setup game..
Benteke dgn dunia Offside dia yg penuh 'fantasy' tu, yg lain hanya budak akademi Aston Villa yg telah giveup awal2, tp bukan Guzan, Gk yg telah sedaya upaya mengekang jaringan dr pihak Chelsea.
Aku selalu impikan yg Luiz akn berada di DM, Moses boleh jd striker bila Torres dikeluarkan, & Lucas Piazon yg mmg muda, unik, pacey & got superb vision dpt main utk 1st eleven Chelsea.
Kenapa RDM xberani promote players yg pada aku, even fans pun tahu player2 tu boleh berubah post & yg muda boleh diterap dlm permainan senior? If not, dgn begini diplay Chelsea, RDM boleh menang dgn sesiapa je. Mungkin Benitez xnk buat silap mcm kat Liverpool or Inter, dia letak je sesiapa yg perform, yg mmg ada komitmen.
Best part, 20 shots on goal, no yellow or red card & yet, we not conceded. KTBFFH!
Chelsea sudah kembali
Yeah Chelsea menang bergaya... mereka raikan krismas dengan penuh gembira dan kita gembira kerana dah lama kita tak menang bergaya dan perform habis -habisan... Rafa Benitez walau tak disukai, berjaya menggunakan semua player yang ade dan maksimunkan penggunaan mereka... aku kagum dengan dia yang corak permainan sentiasa bertukar...
Walau bagaimana pun, masih ada yang perlu dibaiki oleh RB kerana player banyak out dari posisi mereka dan semua hendak menjadi striker... bukan nak lebihkan torres, tapi melihat hampir semua player chelsea skor gol semalam dan ramires skor 2 gol, ape guna lagi kita beli ramai striker tapi sume player nak merasa jadi striker dan skor gol... kita harus maksimunkan penggunaan striker dan kalau falcao datang, lagi haru biru di bahagian serangan... bukan tidak baik, tapi harus dikurangkan kerana kita banyak kalah di 3 kejuaraan sebelum ini adalah akibat masalah ini selain dari torres tak perform...
Pape pun, good performance malam tadi dan harap diteruskan bila menentang kelab Swansea... maksimunkan semua player, David Luiz maintain DM dengan Lamapard/Mikel dan kawal bahagian tengah dan kreatif... lepas tu, Chelsea akan terus menang dan menang... KTBFFH!!!!
Yeah, come on, Lamapard! Hahahahahaha