Aku sebenarnya sudah cuak dengan Torres seorang ini. Kalau setakat lawan Nordsjaelland, Sunderland kau mampu score tapi big game, "bangang" kau datang balik, memang masaklah Chelsea musim ini. Lawan Corinthians semalam, dia mensia-siakan peuang keemasan untuk score. one by one dengan keeper pun tak boleh nak score. Buat malu kat Falcao je, yang score cantik selepas one by one dengan Valdes. Kalau tak score, at least biar ada sumbangan, macam bagi assist ke, turun bawah tolong defend macam yang selalu Drogba buat. Ini duk atas padang, berlari tak tentu arah. Kejar bola macam kejar ayam. Sape tak bengang, kalau pemain yang dibeli dengan harga mahal, dibayar dengan gaji yang tinggi, tapi perform macam budak baru belaja main bola. Mohon konsisten & mohon jadi "Big part of the big game". Kalau game standard sahaja mampu score, maka standard lah pencapaian Chelsea musim ini.
MU ada 4 striker, yang mana 3 di antaranya sangat power. Begitu juga dengan City, yang mana 3 di antaranya power, dan seorang lagi perform macam Torres je aku tengok. Bagi Chelsea, kalau no 9 itu flop, kita sudah tiada option lagi di bahagian striker.
Berkenaan dengan perlawanan semalam, Lucas Piazon pun meluahkan rasa kecewanya dengan perfomance Chelsea :
"We played without any determination, without a love for the shirt. Nobody wanted to play football. At least Oscar did try,"
"I won't name names, but the team played with no will. You can't play a final like this without the will to play. That's unacceptable.
"We lacked a lot of things, especially the will to be a champion. I think Ramires, David Luiz, just the Brazilians were the only ones that gave their everything, showed character and that is why they are sad."
Chelsea beraksi seolah-olah macam sudah yakin menang. Sebelum game, aku bajet player2 kita ni semua dah over-confident & mungkin akan cakap "alah kita akan juara, apalah sangat corinthians tu". Terlampau yakin, sehinggalah memakan diri sendiri. Piala yang sepatutnya boleh dibawa balik ke London akhirnya dirembat oleh kelab Brazil.
Tiada team-work, bahagian tengah serta striker hanya nak tonjolkan skill individu mereka kepada umum.
Torres pula jangan nak cakap tak ada orang pass lah kat dia, tak ada orang support lah dia. Itu semua mengarut. Semalam Lampard dah passing cantik, tapi dia sia-siakan. Kalau ada Drogba semalam, Chelsea boleh menang mudah sahaja dengan Corinthians.
Hari rabu ini, kita akan ke Elland Road untuk saingan suku akhir Capital One Cup. Dilaporkan bahawa Lees United tidak akan menurunkan skuad utama mereka. Atas sebab apa, sukar untuk dijelaskan. Mungkin mind game dari manager mereka, aku tak tahu. Tapi tak logik bagi team seperti Leeds yang sudah masuk ke quarter final, akan menurunkan skuad kedua menentang Chelsea. Kalau macam Chelsea, logiklah juga kita akan turunkan 2nd team sebab musim ini, kita akan bersaing dalam 3 lagi kompetitif yang lebih penting. Memanglah Capital Cup ni piala yang tidak berprestij, sebab itu orang cakap ia mickey mouse cup, namun kita sebagai big club, harus merebut piala yang ada, walaupun ia hanya sekadar piala2 biasa sahaja.
Mereka nak turunkan skuad utama ke skuad kedua ke, aku tak kisah. Yang penting, Chelsea jangan buat onar. Cukup Arsenal sahajalah yang dipermalukan oleh team divisyen ke-4. Jangan kita pula yang ikut jejak bebudak Wenger. Leeds ni, team dari divisyen kedua. Dan mereka bila2 masa sahaja boleh upset big team macam Chelsea ini. Lebih2 lagi hari rabu ni kita akan lawan di tempat mereka. Itu satu kelebihan buat anak buah Neil Warnock.
Aku tahu Rafa ni takkan lama di Chelsea. Padanlah dengan status "interim manager". Cuma sebelum dapat duit pampasan itu, at least biar ada jasa. Jangan keluar tanpa sebarang sumbangan. Macam CA & RDM. Walaupun dipecat, namun mereka tetap menjadi ingatan fans Chelsea kerana pernah membawa kita menjuarai dua trofi dalam 1 musim.
Aku tak anggap ini musim malang bagi Chelsea, kerana kita masih berpeluang untuk merebut sekurang-kurangnya 1/2 trofi dari 4 trofi yang tinggal.
Sebelum aku berhenti menaip, aku nak pesan satu lagi kepada beberapa player Chelsea. Perfomance ni biar padan dengan gaji yang diberi. Main untuk club & bukannya untuk kepentingan individu. Gaji £175,000-per-week tapi kalau hanya score lawan team standard, buat malu je kat striker2 divisyen bawahan.
Aku pun xsangka old-habit-poor Torres kembali terjadi.
Bile semua dah letak hrpn tinggi pd Torres, dia jd "invisible".
TAPI, hampir kesemua xkuat desire nk menang tu, lebih kpd "etnik Irama malaysia ala-ala Noraniza Idris" je.
Lampard kene buli & jd kelam kabut, Ramires & Luiz patut partner dr awal game mcm lawan Monterrey.
"Keselesaan & kemewahan" yg dipamerkan oleh Torres & co. menunjukkan betapa xpentingnya cup ni, mcm adik Piazon ketengahkan, iaitu isu komitmen & determination.
Lepas ni, ada 4 lg cups, kalau bana abadi, mmg bukan Manager atau Coach, its all about the players instead.
Kecewa..aku dah bosan nk tgk game..kejap bagus kejap hampeh..Bhgn striker mmg jd mslah kat Chelsea,cari striker lain pun takot jadi macam no.9 gak...harap2 jgn jd mcm Gunners and The Reds..
Aku ade tengok game semalam... dan aku rase la, ia bukan tentang torres flop datang balik atau tidak, tapi lebih kepada die tak mau perform... ni kerana dalam 30 minit pertama, sume midfield nak shoot sendiri dan taknak passing kat die... kalau passing, sume bola nak bunuh dia... boleh tengok style torres kalau sume orang nganjing die, memang die nganjing sume orang la lepas tu...
Itu cerita pasal torres, belum cerita pasal midfield lagi... masalah dengan chelsea yelah bila hazard, mata dan oscar sume nak shoot sendiri, nak gol sendri... bile bubuh moses, pun jadi selfish gak, tu yang masalah tu... tapi yang pelik nape tak turunkan marin ataw piazon, diorang ni leh support di bahagian midfield...
Ape pun, harap chelsea perform la lepas ni... bukan nak sangat piala tu, tapi ia menyakitkan hati... kalah community shield, leh terima... kalah uefa super cup, leh terima... out dari Champion League, leh terima walau pedih.. tapi kalah semalam, membuat rase sangat kecewa... tapi pape pun, KTBFFH!!!!
playar chelsea bnyak main simpan bola,dan skill individu..mcm Hazard,Oscar,n Mata..dpt nama Torres jugak..
x syak lagi kita perlukan penyerang yg baru.
Statistik pun ada yg mana if Lampard main, Torres sgt2 susah nk skor & jd xhepi sbb Lampard nak keutamaan hanya pd dia sorg.
(Mungkinkah benar yg dia antara key player yg menyebabkan ramai manager dipecat???)
Tp betullah ape yg korg ketengahkan.
Especially nak "publisiti murahan", more on individuality, confident menang mcm si bana Cahill (aku xpuas ati yg dia ckp FIFA Club WC ni ganggu EPL mcm TERPAKSA main pulak), last but not least, mcm old2 Chelsea 7 games xmenang under RDM tu dah terjadi balik.
#Gosip Mantop! Chelsea & Falcao agreed utk 48juta pounds & gaji 175k seminggu di Stamford Bridge. Entahlah...
Ckp MM tu betul juga,Senior player nie kdg2 teruk,Mcm Lampard tu ade jgk betul nye..dah masuk penghujung zaman dah Lampard tu,
lampard dan cole akan keluar dr chelsea memandang dorang x sign kontrak baru dgn kita hehehee.....
aku pun pening gak dgn prestasi kita skrg ni...jap ok jap x ok....
aku da naik bosan nak tgk live lagi ....sbb aku asal tgk live mmg chelsea seri atau kalah...tp kalau ada live aku x tgk chelsea pulak menang....badi chelsea mmg mcm ni...