Chelsea, sebuah kelab yang sukar dijangka

Posted by KampungChelsea On Tuesday, December 04, 2012

Kadang-kadang kelab besar akan mengalami zaman jatuh bangun mereka. Tak mustahil kerana Chelsea telah mengalaminya. Bukan sekali tapi sudah banyak kali. Cuma bila jatuh, kita akan bangun balik. Ada satu kelab itu, masih lagi berstatuskan top club tapi kerap kali jatuh. Bila jatuh tak bangun2. Dulu selalu main UCL, sekarang ini hanya EL sahaja. Fans mereka tetap bersandarkan pada sejarah, dan selalu bercakap tentang kebangkitan Istanbul. Rasanya elok juga mereka tengok filem Istanbul Aku Datang itu. Itu sahaja yang mampu memuaskan hati mereka.

Chelsea tidak macam itu. Memang Chelsea sekarang sudah jatuh, namun kita tidak jatuh dengan teruk. Seperti musim lepas, kita juga jatuh namun bangkit di saat genting. Kalau tak bangkit, masakan boleh juara Piala FA & UCL ? Sekarang ini walaupun lebih 3 game tanpa sebarang kemenangan, tetapi Chelsea masih di top 3. Masih berpeluang untuk merebut 4 trofi, tidak termasuk trofi World Cup Club di Jepun.

Teruk kah itu ? Pelik kah itu ?

Tidak. Benda itu tidak perlu dihairankan sangat. Yang nak hairan, lebih baik hairan dengan badan induk FA England. Tiada seorang pun di antara mereka yang pernah bermain bola secara professional. Mereka punya Vice-chairman pun ketua Eksekutif MU. Jadi sebab itu kenapa Alex Ferguson sering terlepas dari beberapa hukuman.

Ramai yang anti dengan Roman di atas pemecatan RDM. Dalam hal ini, aku harus setuju dengan response dari fans Chelsea di London. Di samping aku terpaksa juga back up Roman.

Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak berperikemanusiaan dengan memecat seorang pengurus yang telah menghadiahkan dua trofi berprestij kepada Chelsea dalam masa 3 bulan.


Sampai hati memecat seorang legend bertaraf low profile yang berjaya membentuk chemistry yang dengan pemainnya sendiri.

Tetapi harus diingat, dalam hati Roman tiada taman. Zaman empayar King of Roman Abramovich, kita tak boleh hanya bersandarkan pada kasih sayang & kenangan. Roman tidak pentingkan hal2 sebegitu, termasuk gelaran2 yg lepas. Apa yang penting sekarang ini ialah result.

Manager gempak mana sekalipun, kalau gagal memberi result yang baik kepada Chelsea, lambat laun akan ditendang oleh Roman juga. Roman mengamalkan prinsip sejarah didahulukan, pencapaian diutamakan.

Usaha kuat mana sekali pun, kalau result teruk, nasib pengurus itu akan terus diputuskan dengan segera.

Kalau anda mempunyai prinsip lain seperti kelab dipinggirkan, sejarah diutamakan. Anda boleh sokong Liverpool. Tak menang EPL pun tak apa, janji dapat bersaing dengan Arsenal untuk merebut tempat ke-10 dalam liga.

Bercakap tentang Arsenal, sudah lebih 6 tahun tak menang cup baru fans mereka buat protes jalanan nak kick Wenger & Chief. Orang lain dah lama sedar, mereka baru nak sedar. Ibaratkan sudah terhantuk baru terngadah.



Roman ialah pemilik Chelsea. Beliau berhak melakukan apa yang dikehendakinya dengan pelaburan yang beliau telah tabur kepada Chelsea. Sebagai manager, anda harus memenuhi keinginannya. Setiap pengurus Chelsea dibayar dengan gaji yang tinggi. Kalau team tak perform & result berterusan teruk, berhak kah anda menerima gaji mahal itu ? jadi Roman berhak melakukan pemecatan.

Seperti manager2 sebelum ini yang telah dipecat macam Claudio Ranieri, Avram Grant, Scolari, Ancelotti & AVB. Pemecatan mereka ibaratkan pemecatan seorang pekerja yang gagal menunjukkan hasil kerja dengan sempurna untuk bos mereka.

Bagi kes RDM pula, ada pro & kontra di sebalik pemecatannya. Nak salahkan RDM 100% tidak boleh juga kerana musim ni Chelsea mengalami masalah dengan seorang striker yang telah merudum prestasinya. Striker itu telah menjatuhkan moral satu team. Dan boleh dikatakan striker itu antara penyebab RDM dipecat. Penyebab lain seperti ketiadaan beberapa tonggak utama yang sedikit sebanyak memberi efek buruk kepada prestasi Chelsea.

Kita harus akui Roman seorang diktator. Suka campur tangan dalam urusan pemain & manager. Cuma kesilapan beliau ialah kerana tidak bersabar dengan seseorang pelatih. Itu sahaja, lain2 Roman sudah banyak berbakti kepada Chelsea.

Bayangkan kalau Roman blah dari Chelsea, susah sikit kita nak "hidup" melainkan kalau ada owner Arab yang berminat nak take over Chelsea, itu kemah keming lah.

Yang kena pecat semua itu pun tak boleh nak komplain banyak sangat sebab masing2 sudah dapat wang pampasan. Bukan sedikit tapi banyak pula tu. Berjuta-juta pound beb. Pendek kata, kalau sesiapa nak cepat kaya, boleh apply jadi manager Chelsea.  Kena pecat pun dapat untung lebih banyak dari manager lain.

Sebab itu Rafa cepat2 je terima offer Chelsea walaupun dengan hanya kontrak jangka pendek. Kalau dipecat pun, beliau akan dapat keuntungan yang berlipat kali ganda.


Sebut pasal Rafa Benitez, aku harap kita semua professional. Nak kondem beliau puas2 pun, kena ingat beliau tetap pengurus Chelsea. Chelsea sekarang mengalami konflik yang tidak diduga & kalau fans Chelsea terus mengkondem beliau, masalah akan jadi lebih parah.

Nak panggil orang yang disayangi tidak ada gunanya kerana mereka takkan kembali. Kena stick sahaja dengan orang yang ada sekarang. Apa nak jadi, jadilah.

Bola sepak ini sukar untuk dijangka. Orang putih cakap unpredictable. Sukan bola sepak ni tak macam sukan2 yang lain. Kalau macam Badminton, kita dapat tengok muka yang sama sahaja kalau beraksi di final. Chong Wei lawan Lin Dan, Lin Dan lawan Chong Wei, dua tu je. Begitu juga dengan  sukan squash. Yang juara asyik Nicole Ann David, tak ada orang lain. Macam tennis juga. Final mesti Roger Federer, tak pun Novak Djokovic. Bola sepak sangat berbeza. Kadang2 small club boleh upset big club. Ada masa menang & ada masa kalah. Benda itu normal, lumrah alam.

Chelsea tetap Chelsea. Jatuh bangun sekali pun kita harus sentiasa berada di belakang kelab. "Unpredictable" Chelsea akan bangkit semula. We will fight to the end. KTBFFH.

pride of london#

4 Response to 'Chelsea, sebuah kelab yang sukar dijangka'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/12/chelsea-sebuah-kelab-yang-sukar-dijangka.html?showComment=1354587280025#c2834004372837636804'> December 4, 2012 at 10:14 AM

    kejatuhan chelsea skrg ni bukan sbb torres sorang....sbb kdg2 bahagian atas dah ok tapi bahagian bawah pulak buat hal ...byk kali bolos.....jadi bukan salah torres sorang ....

    bahagian bawah ok da main tapi bahagian tengah pulok doh buat hal ....lepas tu lain2 da ok bahagian atas la pulak buat hal lagi ....
    lepas tu semua da ok GK pulak buat silap lagi ....

    semenjak kita kehilangan hikmat pemain JOHN TERRY & Frank Lampard ...permainan chelsea mmg ketara teruk dari bahagian bawah hinggalah ke depan ....tulang belakang takde so mampus la....mcm org bodoh main kat padang tu......

    salah semua dari aspek dari manager hinggala pemain itu sendiri

    besala tu yg naik akan turun semula dan akan naik kembali ....


     

  2. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/12/chelsea-sebuah-kelab-yang-sukar-dijangka.html?showComment=1354598205006#c7522594179964152886'> December 4, 2012 at 1:16 PM

    Some great Chelsea fans qoutes;

    "We have been through a barren run, & still bounce back. Despite all the negativity from the media or haters, we stuck though our team & achieved the glory hail of UCL."

    For me, I admit its dark, dark times & when the clouds hit us, all Chelsea fans better be united. Keep Faith & March on!

    "You won't beat Valencia, they said..
    "You won't beat Napoli, they said..
    "You won't beat Benfica, they said..
    "You won't beat Bayern, they said..
    "And yet, the boys in BLUE triumphed!"

    Come on, guys! Chelsea FC will thrive!!

     

  3. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/12/chelsea-sebuah-kelab-yang-sukar-dijangka.html?showComment=1354632683124#c1365729019955053082'> December 4, 2012 at 10:51 PM

    xpe, dengan kejatuhan inilah menjadikan sesuatu kejayaan akan datang tu suatu kemanisan yang unggul untuk dikenang, asyok menang je boring dan tiada kemanisan dan kesyukuran kita pada chelsea....

     

  4. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/12/chelsea-sebuah-kelab-yang-sukar-dijangka.html?showComment=1354698424171#c644029375025614652'> December 5, 2012 at 5:07 PM

    roman ptt phm bahawa..idup umpama roda..kdg2 d ats..kdg2 d bwh..klu asyik ats..2 nme nye men tipu..cm MU la...

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png