Ini sebenarnya respons yang kita nak dari pemain Chelsea.
Ketinggalan 1-0, namun pemain tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan strong character, determination & keazaman dalam menundukkan lawan yang kuat.
Everton pasukan yang bertuah kerana lebih dari 1 dekad mereka masih memiliki pengurus yang sama & melakukan perkara yang sama setiap tahun. Jadi kelebihan itu memudahkan mereka dalam menstabilkan corak permainan & juga chemistry yang kukuh di antara pengurus & pemain. Kita dapat lihat musim ini MU, Arsenal, Liverpool & Spurs gagal meraih kemenangan di Goodison Park. Hanya Chelsea, satu2nya top club yang berjaya memungut 3 mata penuh di sana.
Untuk meraih kemenangan di Goodison Park bukanlah satu kerja mudah kerana kita bukan sahaja perlu menghadapi persaingan dari pemain Everton, malah kita juga turut berhadapan dalam situasi yang tegang dengan penyokong mereka.
Berkenaan dengan apa yang berlaku dalam perlawanan ini, defensif Chelsea agak kelam kabut, terutama sekali pada 20 minit yang pertama. Memanglah Everton seperti yang dijangka akan melancarkan serangan bertubi-tubi, push up, memberi pressure namun gol dari Pienaar seawal minit pertama itu aku anggap gol yang terlalu mudah dibolosi. Tiada siapa yang marking Pienaar, cross Jagielka juga hanya mampu dilihat sahaja oleh Ashley Cole tanpa sebarang kekangan.
Chelsea menyamakan kedudukan 4 minit sebelum separuh masa pertama berakhir, menerusi Super Frank yang menanduk kemas ke gawang Tim Howard selepas memanfaatkan umpanan dari adik Ramires.
Lampard sekali lagi membuktikan kepada Roman Abramovich bahawa beliau masih lagi power walaupun berusia lebih dari 30 tahun, apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Itu gol ke-192 beliau.
Dua gol penting dari Lampard ini jelas memberi mesej kepada board club & juga Pak Roman betapa kita masih memerlukan khidmat Super Frank. Kita patut rasa bertuah kerana memiliki kapten yang setia. Walaupun masih tidak diberi apa2 kontrak, namun Lampard tetap menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Chelsea. Secara jujurnya, aku mahu Lampard bertahan, begitu juga dengan Ashley Cole. Mereka tulang belakang bagi skuad Chelsea. Aku tak boleh bayangkan jika Lampard beraksi di kelab lain. Chelsea masih menagih kudrat dari dua pemain veteran itu.
Kredit kepada Everton kerana tanpa Fellaini, mereka masih mempamerkan perfomance yang bagus. Chelsea bernasib baik kerana gawang kita kerap kali juga diselamatkan oleh tiang & palang. Mengenai kecederaan Cech itu, aku rasa ia tidak serius. Rasanya untuk game dengan QPR minggu depan, Cech sudah boleh beraksi semula.
Kemenangan comeback 2-1 ini merupakan penutup tahun 2012 paling bergaya. Kita cantas kembali kedudukan ke-3 dengan memiliki perbezaan 4 mata dengan City & 11 mata dengan MU. Tapi harus diingat, Chelsea masih ada 1 lagi baki perlawanan. Jika menang game itu, kejuaraan liga masih lagi terbuka.
Apa pun selamat tahun baru !
No.8 amat bagus,Legend Chelsea..No.9 kdg2 buat rasa kekecewaan yang teramat,No.9 nie rase leh jadi REFREE..game malam tadi selalu lari keseluruh padang..jadi kene beli PENYERANG BARU...
Mengenai perlawanan malam tadi, ia adalah perlawanan kelam kabut yang tak sepatutnya pemain buat... defend agak becelaru dan asyik menyalahkan sesama sendiri... Frank Lampard membuktikan yang beliau adalah pemain sejati kerana berjaya membuktikan kesetiaan kepada pasukan walau diri dilayan teruk... walau ape pun, malama tadi membuktikan banyak perkara bahawa antaranya striker kita mudah berkecil hati bila selalu tak dapat bola dan bila akhirnya diberi bola, die tak dapat menyumbat gol walau dalam posisi yang mudah... masalah midfield kita makin menjadi kerana mereka makin lama pegang bola tapi tidak kreatif dalam menyerang, passing dan control bola dan support striker... chelsea kena perbaiki game dan sentiasa berubah taktikal agar tak dibaca team lawan dan hendaklah sentiasa befikiran untuk menyerang hingga dapat gol, bukan nerves tak tentu pasal...
Betul kata E-2707 pemain suka simpan bola terlalu lama,Lambat nak passing pada player lain,kesian kat penyerang no.9,sudah nye berlari la mamat tu kesane sini,
mmg ada peluang terbuka utk torres menjaring gol minit2 akhir tu ...tp sebelum tu aku nak komen skit psl midfielder mmg x support striker...
dan banyak game aku nampak torres minta bola tapi midfielder x bagi pun asyik bagi dgn mata hazard dan bola balik kepada midfielder kepada midfielder....gila bangang torres tunggu bola tapi x sampai2 ..walaupun bola bole pass dgn torres tapi midfielder tetap bagi bola dgn midfielder juga ...........ni yg aku x puas ati
seolah-olah torres ni cuma dummy utk mengelirukan pertahanan lawan!!!!
kalau chelsea x guna striker next transfer windows x pyh beli striker semua midfielder jadi striker kan senang ........hanc
Its all about passion, commitment & teamwork. TAPI, kalau dah start nak men'DIVA'kan diri & nak glam sorg2, baik di'bench'kan.
Torres mcm biasa, main VS team power bukan jd scorer, sudah tukar jd wings atau AMF.
So, aku dh agak Lampard boleh jd "FALSE No.9" xpun, staying kat CF. Tanduk pun mantop, rembat dah terbukti, position pun mcm sniper. Hahaha. Aku nk try twitt kat Benitez, dia rotate kan Torres dgn Lampard lg bagus.
Tp, alhamdulillah, apa lg yg kte mahu, kemenangan & 3 mata berharga dh menjadi bualan & compliment kpd smua pemain, even Turnbull saves bnyk. Everton dgn Jelavic, Baines, Osman, Pienaar & Fellaini mmg cukup kuat & boleh makan Big4. Tapi, xde Fellaini cukup buat tgh Everton penat & agak tumpul, sbb sebok menyerang tp nk defend, mmg rabak ah. hrp Fellaini jela yg boleh stop counter-attack musuh.
Aku hrp WINNING MENTALITY terus membara. Awal pagi nanti, #3:45am di Astro, @ Fortress Stamford Bridge lawan Renjer Hutan Taman Permaisuri. Come on, your Blues! KTBFFH!