Ingatkan bile game yg xde pressure, semua bleh perform baik.Tapi lain plak jadinya. Newcastle lebih banyak mengasak berbanding dengan team kite.Mengenai ape yg berlaku semalam, first gol dari Ivanovic tu memang pantas.Namun tidak sepantas gol Chicharito & Maxi minggu lepas. Bermula dari corner kick Lampard, di susuli dengan tandukan Torres tepat menghala ke arah Ivanovic yg mudah menguis masuk bola ke dalam jaring.
8 minit kemudian, Newcastle menyamakan kedudukan 1-1 hasil daripada sepakan percume Ryhs Taylor yg terkena badan Gutierrez.Gol ni mmg aku xsalahkan sape2 pasal ia gol deflection.Bile gol yg jenis defleksi(pantulan), memang goalkeeper & defends tak leh wat ape2.
Akhrinya pada minit ke-83, kite berjaya mendahului game dgn 2-1.Berkat dari tandukan Alex yang memanfaatkan tendangan bebas dari Lampard.
Lebih kurang seminit sahaja lagi ref akan meniup wisel penamat & scorline masih memihak kpd Chelsea dgn 2-1. Melihatkan situasi berkenaan, pastinya ada di antara kite yg sudah menganggap Chelsea akan mengakhiri match ini dengan 3 mata penuh. Namun Steven Taylor menghalang misi tersebut & menghukum kealpaan barisan pertahanan kite yang agak lara di saat2 akhir permainan.Berpunca dari corner kick, Taylor menerima umpanan dari Lualua & terus menanduk dgn mudah menewaskan Cech. Final scoreline Chelsea 2 Newcastle 2.
Overall, game boring.Kite perform tak berape bagus sangat. Kire keputusan draw tu adil bagi kedua-dua pihak. Wlpn pada suatu ketika, kite unggul dengan scorline 2-1 dengan game yg hanya berbaki beberapa saat sahaja lagi utk ditamatkan.Tapi ape bleh buat, kite lambat panas. Chelsea mmg lambat panas. Dah cantik leading 2-1, tapi barisan defends plak yg leka.Itulah yg menjadi masalah utama player Chelsea ni. Lebih2 lagi bile dihandle oleh CA yg x berape nak master sangat bab2 menyusun taktikal & strategi. Kalau tak terap taktikal 100%, cmnilah jadinya. Bolos di minit2 akhir perlawanan. Benda ni bukan sekali je berlaku, tapi dah banyak kali terjadi.
Ape2pun top two spot kekal milik kite selepas kanak2 ribena kalah kat tmpt sendiri semalam. Last week kalah, minggu nipun kalah. Arsenal ? apepun tak boleh..(better draw than lose, right ?)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yer, baik seri dari kalah..
Tula. Masing-masing dah biarkan je baki 2 perlawanan ni. Kesian CA. Adakah akan menjadi mangsa OVERHAULIN" gak?