FC Copenhagen atau dalam bahasa danishnya(denmark) fc kobenhavn ditubuhkan pada tahun 1992.Jika Chelsea mempunyai gelaran nama seperti The Blues, maka diorangpun juga ade gelaran yg tersendiri iaitu Byens Hold (The City's Team) Løverne (The Lions).Fc copenhagen atau dalam short formnya, FCK merupakan salah satu kelab bola sepak paling terbaik di negara mereka, Denmark.Sebelum ini mereka pernah melayakkan diri ke UCL pada season 2006/2007, yang mana ia merupakan penampilan sulung FCK dalam saingan eropah tersebut.
Stadium keramat mereka ialah Parken Stadium.Stadium tersebut boleh menempatkan sebanyak 38,065 tempat duduk penonton.Lebih kurang kapasiti Stamford Bridge je ni.
Maybe wlpn kelab & player mereka tidak seglamer kelab kite, namun ia merupakan satu kebanggaan bagi rakyat Denmark kerana dapat melihat salah satu kelab bola sepak negara mereka berjaya mara buat kali pertama ke pusingan kalah mati UCL 2010/2011.
Tapi serius aku cakap, kalau korang tengok list full name squad player FCK, memang korang xkenal sangat dengan diorg tu.Dalam ramai2 tu, aku hanya mengenali seorang sahaja di antara mereka.Beliau ialah Jesper Gronkjaer, yang pernah bermain mewakili kem kite pada tahun 2000.Namun after CFC memecat Ranieri pada tahun 2004, Gronkjaer meninggalkan CFC dan menyertai kelab Birmingham.Seterusnya jodoh Gronkjaer di Birmingham xlame n then beliau berhijrah ke-3 kelab berikutnya.Akhir sekali pada tahun 2006, Gronkjaer mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya & beraksi di kelab FCK.Jika JT & Lampard adalah ikon CFC, maka Gronkjaer adalah ikon FCK.
Informasi di atas ini khas aku inform sempena pertembungan kem kite dengan diorang pagi esok in knockout round UCL.
So, jangan lupe untuk menyaksikan perlawanan epik & bakal melakar sejarah ini pada jam 3.40 pagi (waktu Malaysia) di saluran 812. KTBFFH.!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Mengenali FC Copenhagen'