January Surprise.!

Posted by KampungChelsea On Monday, November 01, 2010
2 bulan sahaja lagi, transfer window player akan dibuka semula.Dengan adanya sumber2 terkini, tak banyak yang aku bace kat berita mengenai player2 yang di-linkkan dengan Chelsea sekarang ni.Kalau adepun, banyak yang rumours dari realiti.Tapi nak buat cmner, news rumours tu jugak yang menarik perhatian kite sebenarnya.Lebih2 lagi jika news rumours tersebut membabitkan player2 terbaik seperti Messi, Kaka, Sneijder, Eto'o, Sergio Ramos, Torres.

Kat bawah ni terdapat list top 10 player terbaik yang mungkin akan meninggalkan kelab mereka pada bulan Januari nanti.Bile tengok name2 star kat bawah ni, tak mustahil untuk diorang buat surprise bulan Januari nanti.

10. Luis Suarez (Ajax)
- Nampak macam mengarut tapi tak mustahil kalau die nak blah je dari Ajax tu.Semuanya atas daripada Suarez tu sendiri.Banyak juga kelab2 hebat yang berminat nak dapatkan mamat Uruguay ni sprt AC Milan, Juventus dan juga MU namun Suarez & agen die tidak memberi sebarang respon mengenai tawaran tersebut.Kem kite juga pernah buat bid terhadapnya tapi gagal.Hmmm, tapi Oezil senang2 je blah dari Bremen, takkanlah Suarez ni tak nak cari destinasi baru jugakkan seperti Oezil.

9.Alexandre Pato (AC Milan)
- Bekas anak didik kesayangan CA kite ni pernah bagitahu yang die berhajat nak kembali semua reunion dengan CA.Namun AC Milan mungkin akan jadi penghalang utama bagi merealisasikan transfer tersebut.Ape bleh buat, hanya Pato sahaja striker muda serba boleh di kelab gergasi Itali itu.

8.Ibrahim Afellay (PSV Eindhoven)
-Laman web rasmi PSV Eindhoven mengesahkan bahawa Afellay pasti akan meninggalkan diorang pada bulan Januari nanti.Kontrak Afellay akan berakhir tak lame je lagi.Dia sendiripun tidak berminat untuk memanjangkan kontraknya bersama PSV itu.So what ? bile2 mase sahaja dia akan berstatuskan free transfer.Free transfer ? hohoho...

7. Bojan (Barcelona)
-Pada musim ini, dia tidak lagi mendapat kesebelasan utama bersama skuad Pep Guardiola itu.Striker muda Sepanyol yang berusia 20 tahun itu juga tidak menafikan bahawa die berminat untuk bermain di kelab lain jika terdapat kelab tersebut serius mahu mendapatkan servis perkhidmatannya.

6. Marek Hamsik (Napoli)
- Inter Milan mahukannya.MUpun mahukan khidmatnya.Tak lupe juga, dulu Chelsea berminat nak beli die.Tapi tu dululah, sekarang tak de dah, pasal Hamsik ade cakap die mahu stay ke Napoli buat mase sekarang ni.Ye ke ? Entah2 bulan Januari nanti, die berubah fikiran balik, sape tahu,kan ?

5. Dani Alves (Barcelona)
- Umur 27 tahun.Tengok umur, memang dah semakin berusia.Tapi attitude, perfomance masih hebat seakan-akan baru macam player 17 tahun.Kontrak die dengan Barce pun dah nak tamat, dengar cite, die still tak sign kontrak baru.Hmmm, kot2 ade kelab lain yang berminat nak dapatkan Alves bulan Januari nanti, so tak mustahil kalau die nak rejek kontrak baru dari Barca tu.

4.Sergio Aguero feat Diego Forlan (Atletico Madrid)
-Dua2 blah dari Atletico, memang gempak habis,kan ? Haha, tapi nak blah dari Madrid, bukan keje mudah.Aguero dah berapa kali dikaitkan dengan Chelsea.Tak lupe juga, statementnya yang selalu memuji kem kite dan berharap dapat bermain bersama dengan Lampard & Drogba.Bagaimana pulak dengan Forlan ? Dengar khabar die nak balik semula ke MU ? Hoho, tunggu bulan Januari nanti.

3.Karim Benzema (Real Madrid)
-Asyik jadi super-sub je, mau tak bosan kan ? Baik blah je dari Real tu, Benzema oii.Dah le jarang score, pastu asyik duduk kat bench je.Baru je umur 22 tahun, tapi sayang tak dapat kepercayaan sangat dari managernya tu.Bulan Januari nanti, kalau ade tawaran dari kelab lain, jangan lupe terima dengan jujur.Kalau datang dari Chelsea, tak perlu pikir panjang2, terus terima je tawaran tersebut dengan hati terbuka erk.

2.Fernando Torres (Liverpool)
-Kalau gagal jugak bulan Januari ni, tunggu akhir musim nantilah, memang sah die akan kemas beg dari Anfield tu.Buat ape stay kat kelab yang dulu memang bersejarah habis tapi sekarang nak stay kat top 10 in the leaguepun, dah tercirit birit.Bukan nak menghina tapi ini kenyataan.

1.KAKA (REAL MADRID)
- "Suspek" yang paling dikehendaki dalam dunia transfer window sekarang ini.Cedera atau tidak, yang pasti Kaka tidak lagi diberi kepercayaan bermain bersama skuad Jose Mourinho sekarang ini.Ramai pihak membuat banyak andaian serta persoalan mengenai masa depannya iaitu sama ada berhijrah ke Inter ? reunion balik dengan CA kite di Chelsea ? ataupun kembali semula ke AC Milan ? Nak tahu lebih lanjut, sila tunggu bulan Januari ni erk.

Anyway, 10 player kat atas ni mengikut andaian aku, salah satu darinya pasti akan berpindah ke kelab baru pada bulan yang aku sebut tu nanti.Tak kesahlah berpindah ke kelab manepun, janji dapat catat satu rekod perpindahan terbaik atau termahal musim ni,kan ? Kita amik contoh Rooneylah.Dia hampir2 nak blah dari MU tu beb, tapi bile tengok rekod harga perpindahannya tu, cancel balik nak keluar dari MU.Rela pentingkan taraf dari maruahnya.Konflik skit dengan manager chewing gumnya tu, pastu bergaduh plak dengan team-matesnya dan tak lupe juga, ade buat onar kat fans2 die sendiri. Rooney oh Rooney.Ape2pun layan je lah...

P/S : Skuad Chelsea sekarang dah mantap.Kalau tak beli player baru bulan Januari nantipun, aku xkesah sangat.Tapi nak bagitahu skit, ade juga 1/2 player star yang mungkin kem kite bleh dapat secara free transfer  bulan Januari nanti.Sape tu ? hoho sila tunggu dan lihat sahajalah nanti erk.Dan yang penting, kite dapat player bagus sambil berjimat cermat.

0 Response to 'January Surprise.!'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png