Sempena dengan match The Blues menentang Marseille dalam saingan UEFA Champions League(UCL) pagi esok(waktu malaysia), sememangnya ia merupakan match yang bersejarah bagi kedua-dua kelab tersebut.
Kepulangan untuk menyambut kembali semula bekas lagenda kita iaitu Didier Deschamps ke stadium keramat, Stamford Bridge yang mana pada suatu ketika dahulu,Uncle Deschamps ini merupakan bekas midfielder kite.Sekarang ini beliau menjadi manager kelab Marseille.Tidak lupa juga untuk fans Marseille yang akan meraikan ex player diorang iaitu Abang Didi kite tapi pada waktu yang agak lewat skit kerana sekarang ini Didi still xleh main lagi coz kena 2 match ban suspension.Main kat Marseille nanti, bleh lah wat majlis yang diorang nak buat tu.
Sedikit info mengenai "Kepulangan yang dinanti" dari Deschamps :
-Selepas 5 tahun Uncle Didier bermain bersama kelab Juventus, kemudian die berhijrah ke kem kita pada tahun 1999.Walaupun hanya satu musim sahaja bersama kite, namun Uncle Didier sempat mencium trofi Piala FA yang dimenangi oleh kem kite pada season itu.Tidak lupa juga dia telah menjaringkan gol untuk kelab kite di pentas UCL ketika menentang Hertha Berlin.
So, ape perkembangan terkini mengenai skuad kite menjelang match pagi esok :
-Tanpa Didi & Frankie dalam pagi nanti, aku tak tahulah ape yang akan jadi dengan barisan midfield & serangan kite.Didi masih lagi dalam match ban suspensionnya itu serta Frankie still berada dalam kecederaan hernianya itu.Melihatkan ketumpulan di barisan tengah ketika menentang City hari sabtu yang lalu sangat merungsingkan aku.Tanpa Frankie, midfield kite tidak berfungsi dengan baik.Ape yang boleh diharap sekarang ini ialah Ramires mesti improve dengan game playnya itu.
-Benayoun & Kalou masing2 dipastikan tidak bermain dan terpaksa berehat lebih kurang 3 minggu disebabkan kecederaan yang dialami masing2.
-Dengan itu, tanggungjawab pastinya terletak pada Flo & Nik yang akan menggalas tugas di barisan serangan kite yang akan menggempur kubu Marseille nanti.
Aku tidak pasti sama ada player2 Marseille berada dalam prestasi terbaik sekarang ini coz mereka juga dilihat mempamerkan prestasi hambar ketika tumpas kepada team Spartak Moscow dalam match pertama UCL musim ini.Bermain di stadium keramat kite, aku yakin barisan pertahanan kite akan menjadi lebih solid serta barisan serangan yang diterajui oleh Nik & Flo akan menjadi lebih berbisa walaupun tanpa bantuan Didi.Di barisan tengah plak, Ramires akan berganding bersama Essien & Mikel.CA juga perlu memberi muka kepada beberapa youngster seperti AanHoltz & McEachran untuk match nanti coz sekarang mereka berada dalam prestasi terbaik lebih2 lagi si McEachran tu.
Barisan kemungkinan :
Cech
Ferreira/Ivanovic - JT - Alex - Ashley Cole
Essien - Mikel - Ramires
Flo - Nik - Sturridge
Jika menang lagi pagi esok, kem kite akan mengukuhkan kedudukan sebagai top of the group F dengan 6 mata selepas di match pertama, kite berjaya membelasah MSK Zilina 4-1.Anyway, peratus kemenangan masih 50%-50% dan aku tidak mahu mendabik dada walaupun match esok, kite bermain di SB sekalipun.Player2 Marseille juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk memalukan kite seperti yang dibuat oleh player2 Newcastle dalam saingan Carling Cup beberapa minggu yang lalu.Jangan lupe match akan bermula pada pukul 2.45 pagi dan Live @ Astro Channel 812.
P/S : Hmmm terpaksalah aku tengok secara streaming sebab kat rumah sewa aku tu cam biasalah, xde tibi...Sorang2 plak jenis "bute" bola,adoiyai.
0 Response to 'Preview UCL : Kepulangan yang dinanti'