Badi atau Nasib ?

Posted by KampungChelsea On Monday, September 27, 2010
So far so good...walaupun kalah 1-0 kepada City di Eastlands bukanlah satu episode malang bagi kita.Kita kalah tapi masih top of the league.Bukan senang nak kalahkan City sebenarnya.Lagipun Liverpool juga tewas mudah 3-0 kepada diorang di sana.Kalah tak bererti kite kalah selama-lamanya.Kekalahan seperti ini memang telah dijangka oleh aku.City bukanlah team ayam seperti West Bromwich yang telah dimalukan kita 6-0 di SB pada beberapa bulan lalu.City adalah team power & boleh aku katakan perbelanjaan melebihi 80 juta pound yang dibuat oleh diorang musim ini sangat berbaloi.Yup, berbaloilah kerana dapat menewaskan team Champions seperti kita namun untuk mengakhiri kedudukan liga di tangga ke-4 tidak semudah yang disangka.Musim ini banyak team kecil sudah berjaya mengimprovekan perfomance diorang lebih2 lagi team Sunderland yang telah berjaya menggagalkan 3 mata penuh untuk Liverpool minggu ini dan West Bromwich juga memalukan juara kindergarten every season, Arsenal 3-2 di Emirates Stadium.Mane lagi pahit sebenarnya kalau nak dirasai mengenai kekalahan teruk Arsenal minggu ini.

Mengenai match menentang City itu boleh aku kategorikan match badi kegagalan.Sudah 2 musim kite gagal menewaskan mereka di Eastlands telah menunjukkan bahawa City sememangnya team badi kepada player2 the Blues.Jika team MU mempunyai team badi seperti Fulham & Arsenal lebih kepada team Sunderland, Chelsea juga ape kurangnya.City merupakan salah satu team yang amat sukar ditewaskan.Kadang kala nasib juga menyebelahi diri mereka.Mereka bermain di halaman sendiri & mereka juga mempunyai "orang ke-3" dalam menggagalkan misi kemenangan kem kite.So, siapa "orang ke-3" itu ? Korang fikirlah sendiri erk.

Abang Frankie tak de, memang midfielder kite kurang berkesan. Ramires bermain agak kaku dan takut untuk membawak bola ke kubu lawan musuh.The Bison seperti yang kite harapkan tidak menjadi kenyataan.Essien lebih banyak membuat long shoot yang sia2 sahaja.Mikel lebih kepada gaya permainan defensif kerana hanya posisi itu sahaja yang menjadi kepakarannya.

Flo memang flop habis.Begitu juga dengan Didi.Setiap kali diorang bawak bola, lebih 4/5 player City mengawasi mereka.So macam mana nak buat passing dengan baik kalau 2 key player kite ni kena block dengan defender City.Defender City juga mengamalkan corak gaya defensif ala2 ragbi gitu.Senang aku cakap, diorang main kasar cam nak "bunuh orang".Tak hairanlah 2 player kite, Ivanovic & Zhirkov melambung beb kena tackle dengan diorang.Tevez bagaikan player lipas kudung.Setiap kali die membawak bola, memang kubu kite dalam bahaya.Mamat Argentina tu laju gile sial sampai JT & Ash kecut perut jugak nak block die tu.


1 gol tunggal yang diperolehi oleh City itu hasil daripada kesilapan Ramires(tgk klik video pada time  0:21 - 0:30).Ramires memang agak lembab bile nak control ball.Dapat je bola, terus player City kebas.Yang lebih malang, kalau dapat kat Tevez sure defend kita "kecut telur".Tapi untuk pengetahuan korang, sebelum Tevez nak shoot tu, Ash boleh buat tackle keras untuk mengagalkan gol Tevez tu.Tapi jika Ash buat tackle tersebut konfem die dapat kad merah.Ash bajet kalau die tak buat tackle, mungkin shoot Tevez melencong ke tempat lain.Namun lain plakkan jadinye...

Di bahagian serangan kalau nak harapkan Didi je, memang sampai bile2 susah nak menang cmni.Nik lak time control ball macam orang tengah kemarut bercinta.Slow gile die nak handle bola & terlalu lambat nak passing ball.Defender City jenis yang agak kurang ajar & tidak bersopan, so setiap kali Nik nak control ball & membuat larian pantas memang tak berfungsi dengan baiklah pasal diorang asyik buat rempuhan je.Setakat tackle tak de masalah lah sangat tapi kalau banyak kali rempuh orang, tak ke gile namenyer tu.Nak defendspun agak2 lah wei, kena jugak gune cara yg bersih.Diorang punya defend boleh aku ibaratkan satu pembunuhan yang terlampau kejam terhadap mangsanya yang tidak bersalah.

Sedikit terkilan dengan ape yang berlaku malam semalam yang mana McEachran yang menampilkan performance terbaik ketika menentang Newcastle minggu lepas hanya bermain dalam 5/6 minit je sebelum game habis.Apelah yang ada di fikiran CA pada waktu itu ketika Ramires bermain hambar serta Chelsea tengah ketinggalan 1 gol namun dia masih wat derk je dengan McEachran.Tidak hairanlah McEachran bermain begitu bagus sekali di kalam game berbaki 4/5 minit je nak habis.Cuba korang bayangkan kalau CA turunkan beliau pada awal2 game dengan City lagi, sudah tentu kita dapat melihat gaya permainan seni & kreatif dari beliau.Sungguh sakit sekali melihat permainan kaku dari Ramires.Ramires berada dalam keadaan yang sukar untuk menyesuaikan dirinya di kem kite.Takut nak buat passing & shooting & tidak mampu membuat skill yang hebat telah memberikan gambaran bahawa sudah tiba masanya McEachran perlu bermain di 1st starter.Sudah berapa kali aku cakap nak beat City, midfielder kena strong beb.Lawan City semalam, midfield cmner nak strong kalau Ramires main kaku,Essien shoot berterabur & Mikel hanya mampu main defends je.Try wat satu passing yang cantik gak sekali,Mikel oi.Tahu block & tackle org je yang die tahu.By the way, We need Lampard back.! or give chance for superb youngster, McEachran.Wake up CA, wake up.!

Anyway, kalah tetap kalah.Walau apepun yang alasan yang aku berikan, City memang berhak menang.Taktik mereka juga menjadi & berhasil.Tapi taktik CA memang xleh blah semalam.Pertukaran dari Didi dengan Sturridge tu adalah satu substitution yang sangat sia2.Sturridge bukanlah player yang boleh buat keajaiban di saat Chelsea hampir mengalami kekalahan.Dia hanya layak masuk sebagai super-sub je time Chelsea tengah leading 2/3 gol je.

Kite kalah tapi still top of the league sekarang ini dengan mendahului 3 mata di depan MU yang seri 2-2 dengan team "cipuk" sebentar sahaja tadi.Harapan aku seperti biasalah untuk melihat perancangan serta taktik yang berkesan selepas ini dari CA & Ray Wilkins.2 game with straight lost & they have better to do something special on this big tough week against Marseille & Arsenal.Go go Blues.!

3 Response to 'Badi atau Nasib ?'

  1. Adam Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/09/badi-atau-nasib.html?showComment=1285520932084#c6283589216758902277'> September 27, 2010 at 1:08 AM

    Hmm.. ak nampak yg ramires masih spt takut2 bermain di EPL. lagi2 la fizikal dia yg kurus, senang sangat org nk body dia. Pastu skill pn xde sangat. So, Ramires kene improve kn lagi game nya, stamina mmg ak respek ngan dia, rajin berlari dan kejar bola.
    Pastu x sangka key player kita, Drogba keluar. Da la ngah ketinggalan tgk2 key player kluar. Mmg something yang kureng bijak dari CA kita.

    But its ok la, klau nk komen mmg byk tapi waiting for next game. Hope kem kita dapat improve dan kembali menyengat semula

     

  2. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/09/badi-atau-nasib.html?showComment=1285521004832#c3299060847929786459'> September 27, 2010 at 1:10 AM

    defend man city ibaratkan satu pembunuhan yang terlampau kejam terhadap mangsanya yang tidak bersalah.

    betul2!!sangat la setuju...macam dok serbu habis-habisan bile chelsea dpt bola..takut tengok..

    kalah 1 gol cukup membinasakn hati..dh laa tevez gol kn..oh!

     

  3. Fariq Jalil Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/09/badi-atau-nasib.html?showComment=1285565207743#c96436302917847486'> September 27, 2010 at 1:26 PM

    Ramires perlukan mase lg..
    ltk die main di squad reserve dulu.
    spt mane quaresma n j.cole pnh main kat situ gak dlu...
    malouda pon memerlukan 2 season utk improve...
    so jgn sia2kn khidmat ramires..
    die bley improve lgpon die muda lg...
    die kne amek special trraining dgn lampard..
    sbgai midfield kne pndai mmbuat hntrn jauh atau thru ball..
    baru serangan dpt dilncrkn..
    kalo la kem kite dpt silva..
    mesti xperlu risau mase ketiadaan lampard...

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png