Transfer News : Senarai Calon-Calon "MENANTU" Chelsea

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010
Kat bawah ni antara senarai calon-calon pemain yang mempunyai kaitan dengan transfer news Chelsea musim ini  atau musim depan.Tetapi sekali lagi aku nak bagitahu bahawa Ancelotti kate yang dia tak akan beli sebarang player baru untuk transfer bulan ni, so pandai-pandailah korang pikir, ok la check it out :

Franck Ribery, antara pemain yang menjadi buruan utama Chelsea sehingga sekarang ini.Bukan sahaja musim ini, Chelsea sudah beberapa kali melamar Ribery ni dan mengajaknya ke Chelsea.Abramovich sudahpun menawarkan tawaran sebanyak 50 juta untuk mendapatkan Ribery ni, namun masih belum ade jawapan dari pihak Bayern Munich.Tetapi Ribery pernah cakap bahawa jika dia mahu berpindah, dia hanya mahu ke Real Madrid sahaja.


Aguero menjadi pemain paling dinanti-nantikan oleh Chelsea musim ini khususnya para peminat chelsea.Banyak news transfer Chelsea musim ini yang mengaitkan Aguero mahu ke Chelsea tetapi kenyataan Aguero dan komitmennya untuk kekal di Atletico menyebabkan fans chelsea sedikit kecewa.Melepas la musim ini, try next season plak erk chelsea.


Kelmarin bace news mengenai Dzeko ni, kelab Wolfsburg mengatakan bahawa kelabnya tidak mudah untuk melepaskan Dzeko dengan harga murah.Dengar khabar, Wolfsburg  mengatakan kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan Dzeko, mereka perlu menawarkan harga melebihi 40 juta.


Semasa di Ancelotti di Milan, Alexandre Pato merupakan pemain muda yang paling disayangi oleh Ancelotti.Ancelotti pernah buat tawaran untuk mendapatkan Pato.Ancelotti ade juga mengajak Pato ke Chelsea, dan Pato pernah cakap yang dia mahu bermain sekali lagi di bawah pimpinan Ancelotti.


Pemain muda Sepanyol yang umurnya 19 tahun ni pernah dikaitkan dengan Chelsea.Namun sekarang ni, aku tak dengar dah news mengenai Canales ni kat Chelsea.


Kemerosotam aksi dan persembahan buruk Liverpool musim ini tidak mustahil mengajak Gerrard dan Torres keluar dari Liverpool dan berpindah ke kelab lain.Gerrad dengar khabar akan berpindah ke Real Madrid musim depan.Tahun lepas, Chelsea pernah menawarkan 80 juta kepada Liverpool untuk mendapatkan Torres.Untuk pengetahuan korang, jika Liverpool gagal layak ke UEFA Champions League musim depan, kemungkinan Torres akan dijual.Hah, mase tu la Chelsea perlu mengorat Torres.


Berita paling terkini mengenai transfer news Chelsea, Ancelotti bersetuju untuk mendapatkan Benzema musim depan.Akhbar England melaporkan bahawa Benzema merupakan pemain yang paling layak untuk menggantikan Drogba pada masa hadapan di Chelsea.Team-mates die, Anelkapun pernah ajak Benzema join Chelsea.

P/S : Pendapat aku, musim ni susah sikit nak dapatkan diorang ni.Dah ler glamer sekarang ni, pastu mahal plak, campur plak dengan kelab diorang yang degil nak lepaskan diorang.Mengikut firasat aku la, chewah...salah satu pemain yang aku sebut kat atas ni, akan join Chelsea next season.Tak percaya ? Korang kena percaya jugak erk...

15 Response to 'Transfer News : Senarai Calon-Calon "MENANTU" Chelsea'

  1. r.k Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1263996804336#c7983408510953024644'> January 20, 2010 at 10:13 PM

    season depan ? bukan ke ban tangguh untuk januari ni sahaja ? macamana boleh transfer season depan ?

    ke aku je yang tak tahu ban dah setel ?

     

  2. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1263999595369#c6216019012964647579'> January 20, 2010 at 10:59 PM

    kan chelsea buat rayuan kat fifa R.K,,,kalau xbleh musim depan,musim ni,kalau xleh musim ni,musim depan plak...abramovich dah bagi 50 juta dana kat ancelotti,
    tapi mslhnya skrg ni ancelotti nak simpan duit tu n kate xnak beli player dah musim ni, so next season la,xpun tunggu 2011 tu

     

  3. r.k Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264000030630#c2745422337996164673'> January 20, 2010 at 11:07 PM

    oh .. boleh tangguh-tangguh macam tu plak eh ..

    OOO ...

     

  4. BudakKodok Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264001429729#c2413348825146574507'> January 20, 2010 at 11:30 PM

    chelsea ade wat rayuan R.K mengenai transfer beli pemaen ni,so bleh beli ar pemain musim ni, but season depan aku xtahu ar plak bleh beli ke tak player baru

     

  5. Anonymous Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264003676420#c7493903063245845091'> January 21, 2010 at 12:07 AM

    nape aku bleh tak tahu hal ni, ye ker chelsea kena ban dengan fifa...,,
    haha

     

  6. Edwin Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264006692205#c5498821114780532811'> January 21, 2010 at 12:58 AM

    tak alert lgsung korang ni,...
    chelsea bley beli plyer la,fifa dah buat penangguhan,maybe next season
    baru strt hukuman, musim ni bleh la
    beli plyer

     

  7. r.k Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264009659383#c2331917115639099343'> January 21, 2010 at 1:47 AM

    DUHH ..

    aku tahu pasal rayuan tuh semua ..
    kene ban start transfer januari ini . tapi lepas appeal tangguh , fifa benarkan untuk transfer januari ini sahaja..

    cuma yang aku tak tahu , kalau tak beli sape-sape untuk transfer januari ni , boleh plak transfer masa transfer window habis season .

    so, dekat sini timbul konflik . season depan boleh ke player diatas bermain untuk Chelsea kalau tak transfer masa januari ini ?
    ^^

     

  8. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264012449175#c7513482034802321500'> January 21, 2010 at 2:34 AM

    haha tu aku xtahu la,...tu la aku cakap R.K, kalau xbleh beli player2 ni semua musim depan,baik beli bulan ni,pasal fifa dah bagi request kat chelsea musim ni, next season ? kita masih xtahu kalau fifa bagi plak chelsea ni pintu transfer,andai kate xbleh season dpn, kena tunggu 2011 plak,...jelas x R.K ?

    Kepada EDWIN
    -jangan ckp "tak alert" camtu kat org..sestgh org tahu n sstgh org xtahu hal ni...

     

  9. r.k Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264012857622#c7581951227522787396'> January 21, 2010 at 2:40 AM

    haha .. aku tak rasa fifa akan bagi lagi .. Chelsea dapat appeal pun sbb mmg ade dalam rule .. kalau carletto tak beli bulan ni , 2 season tak boleh transfer ..

    tapi tak perlu striker rasenyer .. we need midfielders .
    kita da ada cukup striker + formasi 4-3-3 yang dipakai sekian lama tuh masih berbisa ..

     

  10. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264031897214#c5418672455705209390'> January 21, 2010 at 7:58 AM

    erm pasal tak nak beli atau nak beli pemain tu.semuanyer serah kat ancelotti,aku xtahu...tapi aku rase musim ni chelsea xkan beli player baru kot,mungkin season depan,chelsea buat rayuan lagi kot kat fifa,mane tahukan...kalau jadi beli season depan n fifa bagi request plak kat chelsea beli plyer tahun dpan,mungkin season 2012 tu chelsea akan terima balik hukuman dr fifa

    pasal skuad chelsea skrg, kalau kalou out,...mungkin kite kena beli 1 new striker,...kalau ikut mdfielder skrg, berlambak dah yg ade kat chelsea skrgn tapi kalau ballack,joe cole pindah kelab lain next season,mungkin kite kena beli 1/2 mdflder baru...

     

  11. BudakKodok Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264033788737#c7259594312775780409'> January 21, 2010 at 8:29 AM

    bukan x alert la edwin,
    aku tahu pasal berita ni semua...
    chelsea dah appeal dengan fifa musim ni,
    dah bleh beli pemain bulan ni cume xtahu nak jadi ke tak nak beli pemain baru ni....
    musim depan harap chelsea appeal plak transfer nanti

     

  12. Anonymous Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264049154640#c9058460009518824123'> January 21, 2010 at 12:45 PM

    skuad kite dah kuat,
    watpe nak beli player baru
    ...membazir je

     

  13. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264080490164#c1142138379428985740'> January 21, 2010 at 9:28 PM

    gua berkenan betul kalau pato jadik main chelsea...!!!

     

  14. r.k Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264089612251#c490512143222911206'> January 22, 2010 at 12:00 AM

    gua sekapal dengan eddie .. pato main best .. dia boleh assist dan score gol dengan baik ..

     

  15. Bio-Blu Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/transfer-news-senarai-calon-calon.html?showComment=1264091859702#c1403569000392904284'> January 22, 2010 at 12:37 AM

    pato muda,hebat,mainpun ok,pantas...sesuai sangat jadi pelapis drogba masa depan

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png