Bukan sahaja Chelsea, malah Inter Milan juga berminat untuk mendapatkan Ribery.Chelsea secara langsungnya membuat tawaran lumayan kepada Bayern untuk mendapat Ribery.Namun, Real Madrid sangat berpeluang untuk mendapatkan Ribery.Ribery sendiri menyatakan bahawa dia mahu ke Real Madrid sahaja.Dia juga menolak dengan relanya tawaran dari Inter Milan.Saya ingin bekerjasama dengan Real Madrid dan tidak akan ke kelab lain," kata Ribery.
Perancang utama AC Milan dan skuad Itali, Andrea Pirlo disebut-sebut bakal meninggalkan Milan dan bekerjasama dengan bekas pengurusnya iaitu Ancelotti di Chelsea.Namun ape jawapan Pirlo mengenai kenyataan ini ?Jika ingin membuat sesuatu keputusan, ia hendaklah diputuskan dengan segera.Memang benar bahawa kami memang merasai kehilangan Ancelotti.Kami merasa pelik dan sedih kerana Ancelotti tidak ada penggantinya di Milan.Tetapi, lama kelamaan akhirnya kami sudah berjaya mengatasi masalah tersebut.Saya tidak mahu bermimpi.Leonardo(pengurus Milan) berjaya menguruskan kelab ini dengan baik buat masa ini dan begitu juga dengan kami.Saya berharap saya boleh mengakhiri karier saya di Milan.Kontrak saya berakhir pada 2011 dan saya mahu melanjutkan balik kontrak saya selepas tahun tersebut di Milan," kata Pirlo.


0 Response to '2 In 1 : Ribery Mahu Ke Real & Pirlo Mahu Kekal Di Milan'