HOT ARTIKEL : Kita Tidak Lagi Membosankan Seperti Dulu...

Posted by KampungChelsea On Wednesday, January 20, 2010


Korang setuju kalau aku cakap bahawa team Chelsea kita sekarang ini tidak lagi membosankan seperti mana pada tahun-tahun yang sebelumnya ? Sekarang ini aku boleh katakan team Chelsea kita merupakan team Chelsea terbaik berbanding Chelsea kita tahun 2008/2009,2007/2008.Ape maksud membosankan tu ? Hah maskud team kite bukan lagi team yang membosankan kerana kita sudah berjaya menghasilkan dan mempamerkan permainan dan aksi yang paling disukai oleh Chelsea.Kalau dulu, ramai yang cakap team Chelsea kita sangat membosankan walaupun berjaya mencatat banyak kemenangan.Nak tahu sebab ape diorang cakap camtu, sebab dulu kita tidak mempamerkan attacking team seperti sekarang ini.Dulu, kalau kita leading sesebuah team dalam 2-0, atau 2-1, kita memutuskan untuk terus bertahan dan keep defending.Tapi tengok la di zaman Ancelotti sekarang ini, especially time kita lawan Liverpool,Arsenal dan terbarunya Sunderland beberapa hari yang lepas, selepas kita scoring 2-0.4-0, kita masih dahagakan lagi untuk scoring goal.Dan kemenangan 7-2 ke atas Sunderland beberapa hari yang lepas merupakan kemenangan paling besar dan kemenangan paling terbaik Chelsea dalam tempoh 5/6 tahun.Kita bukan sahaja scoring sampai 7 kali, tapi kita attacking xhenti-henti selama 90 minit dan bagi aku, itu merupakan team bola sepak yang paling terbaik yang tak pernah aku tengok sebelum ini.Ok, la back to point tadi, why we now is cool and not boring like past ago :

Tahun dan musim ini kita pasti akan mengembalikan era kegemilangan Chelsea 2004/2005 dan 2005/2006 kerana pada masa itu, kita berjaya menjuarai EPL buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.Mungkin musim ini, kita akan kembali meraih kejuaraan EPL seperti mana yang kita raih 4/5 tahun yang lalu, iaitu zaman "The Special One'.Sekarang ini, kita semakin hampir untuk meraih kejuaraan EPL dengan berbekalkan kelebihan sebagai pendahulu liga setakat ini dan mendahului carta liga dengan 4 mata di belakang MU.Kalau tahun lepas dan 2 tahun lepas, masa ini kita sentiasa berada di kedudukan kedua dan ketiga dan tertekan kerana sentiasa berada di belakang MU.Tapi sekarang ini, tidak lagi.Zaman kejatuhan MERAH sudah bermula dan gelora biru menuju puncak.


Masih ingat lagi musim ini(tahun 2009), kita berjaya memalukan sekali lagi team sengal dengan membenam mereka 3-0.Kemenangan hebat di Emirates Stadium bagi aku merupakan kemenangan paling hebat team kita musim ini di gelanggang luar Stamford Bridge.Tahun lepas , kita berjaya membelasah mereka 4-1 di situ juga tetapi musim ini, kita menang tanpa bolos sebarang gol di Emirates Stadium.Untuk pengetahun korang, musim ini kita telah bertemu dengan MU,Arsenal dan Liverpool dan kita merupakan salah satu team big four yang berjaya menewaskan mereka semua musim ini.Tahun lepas ? Kita hanya memenangi 1 sahaja perlawanan menetang mereka(4-1 menang dengan sengal, satu seri dengan MU dan kalah semua )


Beberapa hari yang lepas, kita telah membelasah Sunderland 7-2 dan ramai yang mengatakan bahawa itu merupakan kemenangan terbesar Chelsea sejak 10 tahun yang lalu.Musim ini, kita bukan sahaja mencatat kemenangan tetapi kita berjaya mencatat kemenangan sambil menghasilkan jumlah gol yang banyak dan hebat.Musim ini, kita sudah beberapa kali mencatat kemenangan besar seperti kita menang 4-0 dengan Atletico Madrid,menang 4-0 dengan Bolton di tempat sendiri dan tempat lawan, 4-0 dengan Wolverhampton dan lain-lain.Tahun sebelum ini kita hanya mencatat kemenangan yang membosankan.Bukan itu je, persembahan kita semakin meningkat selepas kita berjaya menjaringkan lebih daripada 2 gol musim ini.


Selepas Mourinho, Ancelotti merupakan salah satu manager Chelsea yang bijak melabur dan membeli pemain baru Chelsea.Musim ini team kita tidak melaburkan wang yang melampau seperti Real Madrid dan ManCity, dan perancangan tersebut membuatkan team kita berjaya menjadi pendahulu liga setakat ini, masih lagi mempunyai 2 lagi harapan trofi yang lain.Dan sekarang ini, team Chelsea sudah berfikir matang iaitu merancang untuk membina skuad muda yang lebih berjaya dan hebat serta menjadi pelapis kepada trio-trio utama Chelsea seperti Drogba,Lampard dan Terry.Antara pemain yang aku boleh nampak die boleh pergi jauh di Chelsea iaitu Fabio Borini,Gael kakuta,Daniel Sturridge,Stoch dan banyak lagi.Dan beberapa pemain muda kita yang telah kita pinjamkan kepada beberapa kelab, antara pemain tersebut ialah Di Santo,Mancienne,Scott Sinclair dan ramai lagi.Ancelotti sekarang ini tidak lagi menggunakan taktik dan perancangan yang dilakukan oleh beberapa bekas manager Chelsea dulu yang lebih gemar membeli pemain mahal yang veteran daripada menjana pemain muda.

Fakta lain kenapa dan mengapa kita tidak lagi membosankan seperti dulu dan kita semakin bertambah kuat musim ini :

-Di bawah Ancelotti sekarang ini, Chelsea merupakan salah satu pasukan yang mempunyai defend yang paling terbaik dalam epl dan berjaya mengatasi Aston Villa dan Arsenal.

-Kita berjaya mencatat 52 gol dari jumlah 21 perlawanan di dalam liga.Team kita menjaringkan setiap gol dalam setiap perlawanan pada musim ini kecuali ketika menetang Birmingham sahaja.

-Dan yang paling mengejutkan dan mengujakan ialah kita berjaya membelasah Watford 5-0 dan Sunderland 7-2 tanpa trio utama seperti Drogba,Kalou,Essien dan Mikel yang beraksi untuk Piala Afrika sekarang ini.

-Anelka menjadi pemain paling berkualiti dalam skuad Chelsea sekarang ini selain daripada Drogba dan Essien.Kalau dulu especially time zaman Grant dan Scolari, nama dan prestasi Anelka tidak segah dan sehebat sekarang ini.Begitu juga dengan Ivanovic, suatu ketika dahulu pada era Grant di Chelsea, Ivanovic hanya menjadi kambing hitam dan tidak sehebat dan sekental seperti sekarang ini.

-Malouda mengaku bahawa musim ini merupakan musim yang paling disukai olehnya kerana dia berjaya bermain dan bergerak dengan bebas serta bermain di posisi yang disukainya.Begitu juga dengan Anelka.

P/S : Satu lagi lupe nak cakap, musim ini hanya team kita dan Mancity yang berjaya mencatat rekod tanpa kalah di tempat sendiri di England.MU ? kalah 3 kali dah kat Old Traford.Arsenal ? kalah sekali.Liverpool ? haha takyah nak cakap la,banyak giler.

6 Response to 'HOT ARTIKEL : Kita Tidak Lagi Membosankan Seperti Dulu...'

  1. PuanNoh Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263922429366#c8340812384915431524'> January 20, 2010 at 1:33 AM

    This comment has been removed by the author.

     

  2. PuanNoh Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263922787723#c9137259900122188324'> January 20, 2010 at 1:39 AM

    aku setuju dengan hang umar,
    chelsea dah improve manyak arr musim niey,...
    salute la
    love chelsea forever

     

  3. KUFAZ Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263924364161#c1920276581815311780'> January 20, 2010 at 2:06 AM

    Ulasan dipadam
    Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.

    2010 Januari 20 01:33

    "aper yg ditulis umar?"


    urm.. btul aku rasa umar, chelsea skang tnjk prestasi yg amat memberangsangkan... dan nmpk ketara mentaliti dan charismatic player kiter bertambah... tahniah pd carlo yg dpt naikkan morale player chelsea blik... in fact carlo mmg rilek.. dgn rendah diri ckp kt media,

    "team ini ada team roman Abrhmovic, bkan team saya.. saya cume laksanakan apa yg telah di suruh olehnya dan saya amat gembira menjadi pengurus bg pasukan ini"...

    tapi dlm2 itu juga... aku rasa carlo perlu juga dtg dgn satu formula baru dlm aktifkan blik jentera2 lama chelsea yg semakin hari hilang rentak seperti, joe cole, deco, bosingwa, kalou... mereka antara pegempur yg bahaya suatu ketika dulu... dan arap... player2 ini dpt dikekalkan dlm pasukan chelsea...

     

  4. Edwin Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263947107487#c3560056749875103483'> January 20, 2010 at 8:25 AM

    zaman last yang aku ske ialah zaman mourinho, after that, chelsea maintain kuat tapi x show diorg punyer best perfomance cam skrg ni,...
    setuju dengan ko umar,
    tapi jangan riak sangat sebab
    game banyak lagi belum selesai musim ini

     

  5. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263965853832#c4856992884432876775'> January 20, 2010 at 1:37 PM

    puannoh
    -hehe thanks

    kufazriesyah
    -aku padam msj first tu pasal ade sorg blogger ni duk promosi benda2 mengarut kat bhgn komen aku ni,tu pasal aku remove

    edwin
    -thanks 4 ur voting me,haha,gurau je

     

  6. Bio-Blu Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/hot-artikel-kita-tidak-lagi-membosankan.html?showComment=1263997612352#c8905819194086924982'> January 20, 2010 at 10:26 PM

    chelsea juara dah season ni,go go
    chelsea,...
    ~keep the blues flying high~

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png