Preview Match Malam Ini : Chelsea Lawan Sunderland

Posted by KampungChelsea On Saturday, January 16, 2010
Postponednya match menetang Hull City minggu lepas menyebabkan EPL menjadi sunyi buat seketika, namun bermula malam ni saingan perebutan trofi EPL kian kembali rancak dan mengujakan khususnya match Chelsea menetang Sunderland malam ini.Sudah 2 minggu kita tidak dapat tengok match Chelsea secara live di kaca tv, malam ini Astro kembali menyiarkan semula live match chelsea.Jangan lupe tengok malam ini pukul 10.55 malam, secara langsung di Astro Channel 813.

Match sebelum ini di first season, kita sudah menumbangkan Sunderland dengan 3-1 di tempat mereka.Cabaran di Stamford Bridge dikatakan tidak mengenal erti nasib siapa menang atau siapa kalah malam ini.Gawang kita akhir-akhir ini di Stamford Bridge lebih banyak dibolosi berbanding gelanggang luar.Aku berharap kita dapat mengutip kemenangan bergaya dan berharap dapat menang match malam ini sambil clean sheet.

Ketiadaan 4 trio utama Chelsea(Drogba,Kalou,Mikel,Essien) menyebabkan Ancelotti terpaksa menukarkan formasi diamondnya itu.Anelka sudahpun kembali dari kecederaan selepas dia tidak beraksi selama 2/3 minggu.Match malam ini Anelka akan menjadi starter utama di bahagian serangan.Macam mana pula dengan Sturridge ? Kemungkinan Ancelotti akan menggandingkan Anelka dan Sturridge untuk match menetang sunderland malam ini.Aku berharap Ancelotti tidak akan menggunakan formasi 4-5-1 iaitu membiarkan seorang striker tunggal sahaja di bahagian serangan.

Khabarnya Deco dah kembali berlatih beberapa hari yang lepas.Aku masih tak boleh nak cakap kalau die beraksi ke tak malam ini.Tahap kecergasannya untuk match malam ini belum mencapai tahap maksima.Namun dia boleh menjadi pemain pengganti di lewat permainan kalau Ancelotti mahu menukarkan sebarang pemain tengah nanti.

Di bahagian pertahanan, Ancelotti pastinya akan meletakkan Terry dan Carvalho di bahagian jentera pertahanan.Untuk pengetahuan korang, posisi Carvalho tu bagi aku lebih sesuai digantikan dengan Alex.Carvalho tidak bermain begitu baik untuk musim ini.Kenapa aku memilih Alex ? Kerana Alex lebih power berbanding Carvalho.Dari segi defend, Alex 2x ganda lebih kental daripada Carvalho.Stail dan gaya defend Alex lebih kemas.Alex juga boleh shooting dan free kicknya masih lagi merbahaya.Untuk pertahanan sayap kanan dan sayap kiri, pastinya Ancelotti akan meletakkan Ashley Cole di bahagian pertahanan sayap kanan dan Beletti di bahagian sayap kiri.Zhirkov ? Sudah 2 match Ancelotti sudah menurunkan Zhirkov di bahagian sayap kiri, tapi ape salahnya kalau Ancelotti masih lagi meletakannya di posisi itu untuk malam ini.

Bahagian tengah pula Lampard,Ballack pastinya akan mengisi posisi ini.Walaupun bnyak pihak mengatakan bahagian tengah chelsea agak tumpul musim ini kerana disebabkan ketiadaan Essien, aku masih boleh menafikan kenyataan pihak2 tersebut kerana Lampard masih lagi playmarker paling baik di skuad ini dan dia mampu melakukan sesuatu benda yang pemain lain tidak boleh buat.Aku berharap passing lampard lebih perfect malam ini kerana aku tidak mempedulikan jumlah scoringnya untuk tahun ini.Ape yang penting ? Kerjasama daripada Lampard untuk mengutip 3 mata malam ini.Di bahagian attacking midfielder, kemungkinan Joe Cole akan mengambil tugas ini.Malouda mungkin boleh menjadi pilihan kedua dalam posisi ini.Deco sudahpun sembuh dari kecederaan, dan jika Joe Cole masih lagi tidak mengubah corak permainannya, kemungkinan posisinya itu akan serta merta digantikan dengan Deco.

Barisan KEMUNGKINAN malam ini :
Chelsea: Cech, Ivanovic, Carvalho, Terry, Ashley Cole, Belletti, Ballack, Lampard, Joe Cole, Sturridge, Anelka.

3 Response to 'Preview Match Malam Ini : Chelsea Lawan Sunderland'

  1. BudakKodok Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/preview-match-malam-ini-chelsea-lawan.html?showComment=1263628022905#c6823408211906055757'> January 16, 2010 at 3:47 PM

    chelsea menang besar malam ni

     

  2. BudakKodok Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/preview-match-malam-ini-chelsea-lawan.html?showComment=1263632040479#c2725381855272129152'> January 16, 2010 at 4:54 PM

    deco main x malam ni ?

     

  3. http://kampungchelsea.blogspot.com/2010/01/preview-match-malam-ini-chelsea-lawan.html?showComment=1263647568163#c6914721845098230913'> January 16, 2010 at 9:12 PM

    xtahu la budakkodok,rasenyer main kot...tapi die baru sahaje fit...kalau mainpun malam ni,maybe sebagai pemain gantian kot

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png