Ape Yang Terkini ?

Posted by KampungChelsea On Tuesday, January 12, 2010
Bulan Januari ini pastinya bulan yang sangat mencabar bagi team kita meneruskan cabaran bukan sahaja di dalam kancah EPL, tetapi juga dalam saingan piala2 yang lain.Ketiadaan beberapa tonggak penting seperti Drogba,Mikel,Essien dan Kalou amat dirasasi walaupun mereka baru sahaja berada di sana dalam beberapa minggu.Dan sekarang ini juga terdapat banyak berita panas yang nak aku kongsi dengan korang semua ni.Ape tu ?

-Turunnya salji tebal yang tidak henti-henti di London menyebabkan beberapa match seperti match bola sepak terpaksa ditangguhkan.Perlawanan yang dinanti-nantikan minggu ini iaitu menetang Hull City sepertinya ada ramai yang mengjangkakan perlawanan ini pastinya akan ditangguhkan kerana cuaca salji yang buruk.Tetapi ade juga yang tidak menyangka match ini ditunda.Minggu ini pastinya minggunya yang membosankan kepada fans chelsea kerana match menetang Hull serta merta dibatalkan kerana cuaca teruk di keadaan stadium Hull itu.

-Bulan ini juga pastinya bulan yang menjanjikan debaran dan keseronokan kepada para peminat untuk melihat wajah-wajah dan muka-mka baru dalam skuad mereka masing-masing.Bagi Chelsea, boleh dikatakan 90% ramai fans mahu melihat beberapa orang baru berada di dalam skuad The Blues ini.Transfer news yang paling hangat disebut-sebut ketika ini ialah "Adakah Aguero akan ke Chelsea hujung Januari ini ?" Jawapannya sudah ada pada aku.Jawapannya impian untuk mendapatkan Aguero sememangnya ibarat hangat-hangat tahi ayam.Ye la, si Aguerodah bagi kata putus yang dia mahu kekal di Atletico sahaja.Di samping itu, Ancelotti juga boleh dikatakan seorang yang keras kepala dalam hal ini kerana dia menegaskan bahawa tiada muka baru dalam transfer musim ini sehinggalah musim depan.Walaupun Ancelotti menegaskan bahawa dia tidak mahu membeli sebarang pemain baru, namun banyak player2 hebat dikaitkan dengan dengan team Chelsea sekarang ini iaitu Franck Ribery, Pazzini, Dzeko , David Villa,Kevin Kuranyi,Suarez dan banyak lagi.

-Bekas manager lama Chelsea, Guus Hiddink mungkin akan ke Juventus musim ini.Kalau tak musim ni, Hiddink mungkin ke Juventus musim depan.Dengar2 khabar, prestasi Juventus sekarang ini boleh dikatakan agak tidak memuaskan sehingga management mereka mahu mencari pengurus baru untuk menggantikan Ferrera dan nama Hiddink muncul secara tiba-tiba untuk mengisi posisi itu.Namun adakah Hiddink akan kembali semula ke England dan bersama Chelsea untuk tempoh kali kedua, jawapannya ialah tidak.Sebab boleh dikatakan 80% Hiddink mungkin sekarang ini sudah jatuh hati dengan tawaran Juventus.Hiddink pernah cakap yang dia mahu kembali semula ke England tetapi dia tidak cakap mahu kembali semula bersama Chelsea.Tapi ape2pun berita ini masih lagi belum selesai dan aku tak boleh nak buat straight decision mengenai hal ini.So same2lah kita tunggu hujung bulan ini ataupun musim depan.

-Namun berita paling hangat pastinya berota yang melanda di negara Angola sekarang ini.Mungkin ramai yang dah tahukan berita ni.Ye la, peristiwa penembakan secara mengejut oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas beberapa pemain Togo.Bagi aku penembak2 tersebut ni nampaknya ingin mencari populariti mereka sendiri sehingga terpaksa melakukan keganasan yang tidak bertempat ke atas pemain bola sepak.Ceh, cam takder keje lain ke nak tembak,tembak la binatang2 terbiar ke tu,takpun kalau gian sangat nak tembak orang, pegi la tembak askar2 Israel ataupun askar Amerika tu, dapat sikit faedahnya.Bace news tadi, pemain Togo nampaknya dah balik semula ke negara mereka sebagai tanda berkabung berikutan kematian tiga rakan mereka yang menjadi mangsa serangan pengganas Jumaat lalu.Pemain Chelsea ? Drogba ? Mikel,Kalou dan Essien ? Hehe diorang ok.Sape nak tembak diorang ni,hehehe...

0 Response to 'Ape Yang Terkini ?'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png