Wang Boleh Hancurkan United : Hiddink

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 19, 2009
LONDON: Jurulatih Chelsea, Guus Hiddink, dengan penuh emosi mengucapkan selamat tinggal kepada Stamford Bridge kelmarin tetapi memberi amaran bahawa penggantinya perlu berbelanja besar jika mahu menyekat penguasaan Manchester United.

Sejak bertugas menggantikan Luiz Felipe Scolari, Hiddink hampir membawa pasukannya ke final Liga Juara- Juara Eropah, menjamin kedudukan empat tempat teratas dalam Liga Perdana dan berpeluang memenangi Piala FA.

Tetapi jurulatih Belanda itu menegaskan bahawa Chelsea belum mempunyai skuad yang mampu menyaingi United, yang mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Sabtu lalu.

Beliau percaya bahawa pengurus baru Chelsea perlu menguatkan lagi pasukan untuk menumbangkan United.

'Apabila anda mahu bersaing, anda perlu membaharui skuad hampir setiap tahun,' katanya selepas Chelsea menewaskan Blackburn kelmarin.

'Yang jelas, dalam beberapa tahun mendatang, kami akan mempunyai pemain-pemain yang berumur.

'Terpulang pada pengurusan baru. Ini nasihat jujur saya agar skuad ini diperkuatkan dan orang-orang di kelab ini tahu perkara ini.

'Untuk Piala FA, Piala Liga, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, anda perlukan skuad yang besar dari segi kualiti. Anda harus boleh menggunakan ramai pemain, seperti Manchester United.'

Hiddink, yang mempunyai satu lagi perlawanan liga di Sunderland hujung minggu ini, pasti berpuas hati dengan persembahan pasukannya ketika menundukkan Blackburn 2-0 dalam perlawanan terakhir di padang sendiri.

Chelsea mendahului jaringan seawal minit keempat apabila Florent Malouda menanduk gol bola umpanan Nicolas Anelka.

Anelka menggandakan jaringan pada minit ke-59 menerusi percubaan kencang dari pinggir kotak penalti.

Hiddink akui beliau akan diselubungi rasa kesal apabila meninggalkan Chelsea selepas final Piala FA.

Beliau akan meneruskan tugas sepenuh masa sebagai jurulatih Russia selepas final menentang Everton di Wembley pada 30 Mei ini.

Hiddink menghargai sokongan penyokong Chelsea yang melaung namanya sepanjang perlawanan.

Reaksi penyokong jelas membayangkan bahawa mereka lebih suka khidmat Hiddink dikekalkan daripada mendapatkan bos AC Milan, Carlo Ancelotti, yang dijangka menggantikan jurulatih Belanda itu.

Bekas jurulatih Australia dan Korea Selatan itu juga disediakan barisan kehormatan oleh para pemain selepas perlawanan tersebut.

'Beberapa kali saya memikirkannya dan ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan,' katanya. 'Anda tidak mempunyai butang untuk mematikannya dan ini yang berlaku.

'Apabila saya perlu beredar dan melihat reaksi para pemain dan melihat bagaimana mereka bekerja keras, timbul rasa sedih.

'Russia adalah negara yang perlu dibangunkan. Saya telah memberi komitmen kepada mereka dan saya perlu memenuhinya.

'Penghargaan penyokong sungguh menyentuh hati dan saya tidak menjangkakannya apabila tiba di sini untuk tugas sementara.

'Suasana sungguh menyeronokkan tetapi musim belum berakhir bagi saya dan juga pasukan. Kami ingin menamatkannya dengan memenangi Piala FA.'

0 Response to 'Wang Boleh Hancurkan United : Hiddink'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png