Kami Masih Mampu Menamatkan Liga Di Tempat Kedua: Malouda
Posted by
KampungChelsea
On
Tuesday, May 12, 2009
Kemenangan besar 4-1 kepada Arsenal telah meningkatkan lagi tahap keyakinan dan kesungguhan para pemain Chelsea.Malouda berharap hasil daripada kejayaan tersenut pastinya dapat dijadikan inspirasi dalam menjelang perlawanan yang berikutnya.
"Kami tahu perlawanan ini tidak akan menjadi semudah yang kami sangka.Kami akan berusaha untuk mempamerkan permainan yang sepantas mungkin.Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana kami sekarang ini semakin hebat dan kuat dan mampu untuk meraih kemenangan di tempat lawan," kata Malouda.
Hasil kemenangan besar ke atas arsenal kelmarin telah menjadikan Chelsea hanya 3 mata sahaja di belakang Liverpool dan sekaligus menjadikan kedudukan Chelsea sebagai tempat sebagai 3 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris musim ini.
Malouda masih yakin dan optimis bahawa Chelsea mampu untuk meraih kedua-dua kemenangan perlawanan liga selepas ini dan mampu untuk merampas kembali kedudakan Liverpool di tempat kedua.
Masih ada dua lagi perlawanan liga yang tinggal untuk musim ini, dan Chelsea akan melayan Blackburn di tempat sendiri manakala perlawanan terakhir Chelsea untuk liga musim ini, akan bertemu dengan Sunderland di tempat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Kami Masih Mampu Menamatkan Liga Di Tempat Kedua: Malouda'