Seperti Hull,Newcastle dan juga Boro, SUnderland kini mempunyai misi yang sama iaitu terus 'hidup' dalam Liga EPL untuk musim depan dan harus bermati-matian menetang Sunderland malam ni.Dan jika gagal,maka kesudahannya adalah amat parah sekali ialah akan beraksi dalam liga divisyen bawahan musim depan.
Hanya mendahului dengan satu mata, Sunderland perlu melihat apa yang dilakukan oleh Hull ketika menetang Manchester United, dan Newcastle menetang Aston Villa.
Chelsea juga perlu menang dalam game ini kerana berharap agar Liverpool kalah kepada Tottenham malam ni dan jika Chelsea menang, pastinya tempat kedua akan dijanjikan kepada Chelsea.Chelsea masih berusaha dan berharap agar menamatkan saingan liga di tempat kedua supaya tidak bersusah payah untuk layak secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim depan.
Lebih penting lagi, selama tiga musim berturut-turut Chelsea tidak pernah mengakhiri saingan liga di tempat ketiga.
Dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, Chelsea tidak pernah memenangi perlawanan terakhir EPL setiap musim.Rekod terbaik Chelsea adalah 3 kali seri sahaja.Dan Sunderland juga tidak juga mempunyai pengalaman dalam memenangi perlawanan terakhir liga sejak 2004.
Namun Chelsea akan menetang Sunderland dengan semangat juang yang tinggi serta kualiti dan fizikal yang terbaik yang mereka ada untuk mengalahkan mereka di tempat Sunderland malam ini.Dalam sembilan pertemuan, Chelsea hanya kalah 2 sahaja dan memenangi sebanyak 21 perlawanan menetang Sunderland.
P/S : Untuk musim ini di stamford bridge, Chelsea mengalahkan sunderland 5-0 dan dalam perlawanan ini juga Anelka menjaringkan hatrik pertamanya untuk kelab Chelsea.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Penutup Tirai EPL 08/09 : Preview Vs Sunderland'