Tipikal penyokong setan merah + Aduan rasmi Chelsea kepada FA

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 30, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas mendapat pertolongan dari pihak pengadil, MU mendapat keputusan yang mereka nak.

Namun begitu terdapat segelintir penyokong MU masih mengungkit kisah2 lepas, atas dasar mahu berselindung di sebalik sifat keji pasukan mereka.

Mereka tahu MU sering mendapat bantuan dari pengadil, dan mereka tahu MU menang dengan cara kotor ke atas pasukan Chelsea. Tapi mereka tak nak akui dua perkara itu.

Itulah sifat typical fans MU.

Penyokong setan merah suka mengungkit kisah2 lepas & persoalkan isu yang sudah kita jawab sebelum ini. Antaranya

1. Gol kontroversi Drogba pada 3 musim lepas yang mereka dakwa ia gol offside & kononnya ia punca MU gagal menjuarai kejuaraan liga pada waktu itu.

*Ya, tak nafikan ia gol offside tapi kalau gol tersebut tidak disahkan, Chelsea masih tetap menang 1-0, kerana gol Macheda juga handball. Dan pada musim itu, Chelsea memang layak juara EPL. Kita perfect dari semua bahagian, defend terbaik, chemistry yang kukuh di bahagian tengah & tak lupa attacking yang power. Kalau semua itu tak berfungsi, macam mana Chelsea boleh juara liga dengan mencatat rekod pasukan pertama yang dapat menjaringkan 107 gol dalam 38 perlawanan.

2. Penyokong setan mengatakan "Alah masa Chelsea menang dengan MU atas bantuan pengadil tak nak bising pulak.

*Masalahnya sejak bila perkara itu berlaku ? bila Chelsea menang dengan bantuan pengadil ? Yang seri 3-3 di Stamford Bridge musim lepas itu, yang MU dapat penalti selepas Welbeck dive itu apa cerita ? Yang menang 3-1 di Old Kerepot, dua gol offside itu apa cerita ?


Ayat "Chelsea menang dengan MU atas bantuan pengadil" itu sebenarnya terbalik. Kalau nak campur tolak team mana yang lebih mendapat bantuan pengadil, kita semua tahu MU, juara carta dalam hal sebegini. Dan kalau tanya fans Liverpool & Arsenal pun mereka tahu pihak mana yang sering mendapat pertolongan dari pengadil.

Lebih kelakar lagi, di laman sosial facebook, ada juga penyokong setan bangang ni cuba berdebat tentang gol ke-3 team mereka : 

"gol Hernandez tu mana offside sebab keeper sama position dengan dia"

Orang macam ni, aku tak reti nak klasifikasikan tahap bangangnya yang macam mana.

Bila seorang sudah bangang ,maka ada yang seangkatannya menjadi bangang juga dengan mengatakan Torres memang patut dapat kad merah sebab dia buat fault kepada Cleverey. Celaka apa budak MU ni, ia hanya satu fault biasa yang tidak mengundang apa2 kad. Kalau fault macam itu pun boleh dilayangkan kad kuning, macam mana pula dengan fault yang dilakukan oleh Rooney ? Rooney pun sepatutnya dapat kad merah juga sebab dia sudah dapat 1 kad kuning & seterusnya membuat fault kasar terhadap Ashley Cole.

Satu lagi dakwaan mengenai handball David Luiz & MU patut dapat penalty. Apa bangang sangat fans MU ni, itu ball to hand & bukannya hand to ball. Kan sudah termaktub dalam undang2 baru Fifa yang mengatakan kalau ball to hand tak penalti. Kalau macam itupun penalty, selepas ni bolehlah semua player buat perkara yang sama, tendang bola tepat ke arah tangan player lawan & then dapat penalti kick.

Segala persoalan sudah aku jelaskan. Jadi pesanan aku buat penyokong2 fanatik MU ni, perangai bangang yang suka ungkit kisah2 lepas tu sila buang lah. Bodoh tu simpan2 lah skit, malu kalau orang dengar.


Soal pemain yang baru "disogok" oleh Alex Ferguson iaitu Mark Clattenburg, pihak Chelsea Football Club telah mengemukakan aduan rasmi kepada delegasi perlawanan Liga Perdana mengenai tindakan beliau yang menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya kepada dua pemain kita iaitu Mikel & Mata dalam insiden yang berasingan.

Hmmm, kita tengok apa FA boleh buat mengenal kes ni.

P/S
: Gary Neville pun kritik mutu pengadilan dalam match 2 hari lepas. Pengadil England memang memalukan.

Chelsea 2 ManReferee 3

Posted by KampungChelsea On Monday, October 29, 2012 16 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Game terbaik, penuh dengan aksi2 yang hebat sehinggalah pengadil menghancurkan perlawanan. Ref spoil the game.

Aku sangat bengang dengan Mark Clattenburg. Dia & linesman membuat keputusan yang sangat berat sebelah :

1- Melayangkan kad merah kepada Torres kerana dive. Torres dive ? Aku tak rasa yang Torres dive. Kata pengulas, ada contact Evans tekel kaki Torres. Sepatutnya Evans yang dapat kad kuning & bukannya Torres. Torres sudah dapat kad kuning, so apa kejadahnya dia nak cuba perbodohkan diri untuk dive ? tak logik kan ?

2- Gol kemenangan MU offside. Hernandez orang terakhir yang berada di belakang bek2 Chelsea.

Secara keseluruhan, Chelsea main bagus hari ini. Dari ketinggalan 2-0 tapi kita berjaya menyamakan balik kedudukan menjadi 2-2, melalui free kick superb Mata & tandukan kemas Ramires.

Namun perlawanan berubah selepas pemain ke-12 MU muncul.

New season, same story. Lawan MU ini lah kesudahannya yang kita dapat. Musim lepas di Old Trafford dua gol mereka pun offside. Main di Stamford Bridge, striker mereka amik jalan dive untuk dapat penalty. Dan sebentar sahaja tadi, striker simpanan mereka pun score gol offside, di samping menentang 9 player Chelsea yang beraksi tanpa dua kapten, Terry & Lampard.

Kalau tak kerana pengadil, kita mungkin boleh memenangi game ni. At least we deserve to get 1 point. 11 sama 11, Chelsea lebih aggresif, lebih mengancam, lebih hebat. Tapi bila sudah kurang dua pemain, sudah tentu kelebihan memihak kepada pihak lawan. Chelsea main 9 orang. Nak main apa dengan 9 orang beb ? Itupun 9 player Chelsea perform lebih baik dari 11 player MU. Dan MU masih tetap mengharapkan gol offside Chicharito.

Kekalahan 2-3 ini bermakna berakhir sudah rekod tanpa kalah Chelsea dalam 8 perlawanan liga. Jadi Alex Ferguson, puas hati menang dengan cara kotor macam ni ?

MU & Mark Clattenburg memalukan bola sepak. This is fuckin disgrace.

joke of the day#

Shakhtar Donetsk 2 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 24, 2012 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kita tewas 2-1 di Donetsk.

Mengejutkan ? Tak. Kekalahan ni tak ada mengejutkan kerana Shakhtar Donetsk sememangnya pasukan yang hebat, lebih2 lagi beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri. Tahukah anda, juara Ukraine 3 musim berturut-turut ini mempunyai rekod 11 bulan tanpa kalah. Sama ada away atau home, mereka unbeaten. Kali terakhir bekas juara UEFA Cup 2009 ni kalah iaitu dengan Porto pada November 2011.

Dalam perlawanan ini, Shakhtar control game, dari mula sampai habis perlawanan. Tak ada istilah parking bus dalam kepala otak manager mereka ini, Shakhtar mengasak kubu kita habis-habisan. Sebelum game start, aku predict match mungkin akan seri tapi akhirnya kita kalah. Shakhtar pasukan yang kuat & mempunyai kualiti untuk tumbangkan kelab2 besar. Dan tadi mereka telah buktikannya.

Bagi Chelsea, ia satu perfomance yang hambar. Terutama sekali kita dapat lihat di bahagian pertahanan. Kesilapan demi kesilapan yang dibuat oleh bek2 kita memang memberi impak yang buruk kepada result. Minit ke-3 lawan sudah dapat gol, dan lepas pada itu aku nampak defensive Chelsea jadi makin kelam-kabut. Dalam kepala otak aku, aku fikir "aih lawan Spurs defends tak macam ni.". Kalau tak kerana Cech, rasanya kita boleh bolos sampai 3/4 gol lagi.

Gol lewat Oscar tak cukup untuk Chelsea bawa pulang 1 mata  & yes, Shakhtar deserved to win this game.

Attacking kadang2 bagus kadang teruk. Yang mengeruhkan jentera serangan kita ialah Torres. Aku tak faham dengan mamat diva ni. Bila tak main, merepek sampai keluar press conference, bagitahu kat media. Bila sudah main,  form dia flop pula. 2 faktor kenapa Torres susah sangat nak score, pertama kerana dia banyak sia2 kan peluang. Team-mates sudah bagi hantaran yang cantik tapi dia tidak memanfaatkan peluang tersebut. 3/4 pass yang cantik tapi dia gagal menyudahkannya. Takkan nak tunggu sampai 10 peluang baru boleh score 1 gol. Kedua, dia tidak berada di posisi yang betul.  Ketika kita lancar serangan, dia tidak berada di tengah, dia kerap bergerak ke kiri. Torres kena tahu dia striker bukannya winger.

Harap maaf lah, bagi aku dalam match ini yang flop ialah Torres & bukannya Mikel. Lepas Sturridge masuk, baru attacking kita aggresif sedikit. Sturridge masuk pada minit ke-70, menggantikan Torres. 20 minit terakhir Sturridge itu lebih baik jika nak banding dengan 70 minit Torres. Apa yang dia buat selama 70 minit kat atas padang itu aku tak tahu lah. Fizikal body sudahlah lemah, tak ada rempuhan pun tiba2 boleh jatuh. Sebab itu selalu aku cakap yang Torres ni tak function dalam big game. Di saat2 genting dia tiada, berbeza dengan Drogba. Drogba ada pada waktu yang kita harapkan. Torres ? lebih banyak  beri perhatian di sidang media dari di atas padang.


Bagi Terry pula, aku tak rasa yang problem dia mempengaruhi perfomance hambar Chelsea. Dua gol yang Shakhtar peroleh itu bukan 100% berpunca dari dia. David Luiz yang banyak cuai, kerap keluar posisi. Terry lebih sesuai partner dengan Cahill yang tengah hot-form sekarang.

Lampard pula cedera, hanya sempat main selama 17 minit & kemudiannya  digantikan dengan Hazard. Tak tahulah keadaan injury dia itu parah atau tidak. Semoga cepat sembuh sebelum game dengan MU hari ahad ni.

Apa pun aku harus bagi kredit kepada team Shakhtar Donetsk. Mereka layak menang. Pemain2 seperti Willian, Fernandinho, Mkhitaryan betul2 kucar-kacirkan defend kita. Willian, pemain yang dikaitkan dengan Chelsea itu macam lipas kudung. Laju & memang susah nak kekang mamat afro itu.

Kata RDM,

"we have to win our home game against Shakhtar.’

Ya, kita wajib menang dengan mereka di Stamford Bridge nanti. Kekalahan di Donetsk ni tidak memutuskan lagi sama ada kita layak atau tidak ke pusingan kalah mati. Masih ada 3 game & kalau kita menang dua daripadanya, sudah pasti kita akan ke fasa yang seterusnya. Cuma Chelsea bernasib baik kerana Juventus seri 1-1 dengan Nordsjaelland. Ini meletakkan Chelsea berada di tangga kedua dengan 4 mata, 1 mata memisahkan kita dengan juara Itali itu yang meraih 3 kali keputusan seri berturut-turut.

Spurs 2 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 21, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya badi di WHL terhapus.

Boleh dikatakan kemenangan kali ini agak dramatik kerana kita mendahului dulu 1-0 sebelum Spurs leading balik 2-1. Kemudiannya kita score 3 gol comeback untuk mengakhiri perlawanan dengan scoreline 4-2.

Perfomance konsisten Mata sekali lagi menjadi tunjang kejayaan Chelsea. Kali ini sentuhan berbisanya memalukan barisan AVB di stadium keramat mereka. 2 minggu lepas, dia menjadi kunci kemenangan ke atas Arsenal di Emirates. Mungkin lepas ini kita boleh labelskan Mata sebagai “London Derby Hero”. Dalam game ni, dia membawa watak penting dengan menjaringkan dua gol, disamping memberi assist kepada gol ke-4 dari Sturridge.

Aku suka dengan gol ke-3, yang mana ia mirip gol Indra Putra dalam membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia. Maksud aku, dari segi deliver pass yang superb. Mikel hantar bola kepada Hazard & Hazard membuat flick pass tepat kepada Mata. Kalau kita tengok final Piala Malaysia semalam, hantaran Piya sama seperti Hazard, perfect untuk Indra menyudahkan perlawanan dengan gol terbaik, volley yang cukup cantik.

Tak nafikan Spurs sedikit cacat cela tanpa Gareth Bale. Ketiadaan Bale membuatkan Spurs lebih banyak membuat attacking di sebelah kanan kerana hanya Lennon mampu mengucar-kacirkan keadaan. Dempsey gagal berfungsi di bahagian kiri. Jika Spurs tanpa Bale & Chelsea juga beraksi tanpa Terry yang digantung 4 perlawanan. Tempat JT itu digantikan oleh Cahill yang menggalas tugas dengan baik. First gol dari Cahill memang gol yang betul2 padu kerana rembatannya sangat deras menewaskan Brad Friedel.

Mikel perform okey, especially tanpa Lampard. Dia control midfield. Ada satu part yang mana dia membuat turning back yang menarik dalam cubaan untuk mengekang ruang pihak lawan.


Secara keseluruhannya, kombinasi Oscar-Mata-Hazard lah yang telah mengubah corak permainan Chelsea. Dari tempo lemau kepada attacking football yang smart. Mereka bertiga sangat brilliant & bijak mencipta kreativiti. Tambahan pula, barisan Chelsea menunjukkan karekter yang kuat kerana ketika Spurs mendahului balik 2-1, pada waktu itu aku tak nampak yang pemain kita lost control, sebaliknya semangat kita semakin berkobar-kobar untuk melakukan comeback.

Selepas Emirates, ujian di WHL juga berjaya Chelsea tempuhi. Kita semua tahu bukan mudah nak menang dengan Spurs, lebih2 lagi kalau bermain di tempat mereka. Dan kita berjaya menyempurnakan misi getir itu.

Unbeaten Chelsea tetap berterusan. Kita masih leading carta liga dengan 23 mata dari 8 perlawanan. Harap momentum sebegini diteruskan.

Preview : AVB vs RDM

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 20, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas seminggu lebih memberi laluan kepada international break, kini kancah saingan EPL kembali lagi. Minggu ini kita akan bertandang ke White Hart Lane (WHL), menanti layanan dari pasukan Tottenham Hotspurs. Apa yang menarik tentang pertarungan kali ini ialah ialah ia membabitkan :

1) Derby London
2) AVB

Derby London. Sebut pasal derby, ia pasti akan menjanjikan satu perlawanan yang mendebarkan kerana ia melibatkan dua kelab kota tinggi London. Walaupun fans Arsenal selalu mengatakan hanya kelab mereka sahaja yang terbaik di London namun mereka lupa, team london pertama yang memenangi Champions League ialah Chelsea dan team pertama yang mengalahkan mereka di Emirates musim ini juga ialah Chelsea.

Tottenham Hotspurs ni antara rival yang payah Chelsea nak tumbangkan. Musim lepas dua kali seri. Mereka juga boleh dikatakann badi buat Chelsea kerana bila kali terakhir kita menang di WHL beb haha... zaman Special One dulu2, itu pun masa saingan Piala FA yang Shevchenko score gol lawa.

Spurs bertambah kuat selepas kemasukan uncle Lampard iaitu Harry Reknapp. Buktinya mereka berjaya menembusi zon Champions League pada musim 2010-2011. Tapi sayang selepas Chelsea menjuarai UCL musim lepas, Redknapp dipecat. Atas sebab kerana Spurs gagal layak ke UCL walaupun mereka sudah berjaya menjaminkan kedudukan 4 teratas liga.

Redknapp dipecat & AVB ambil alih. Levy, chairman Spurs membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana beliau telah menyingkirkan pengurus yang paling banyak mendapat support dari fans mereka & melantik orang yang telah di-reject oleh Chelsea.

Bila AVB masuk, dia telah membuat sedikir rombakan dengan melepaskan dua perancang yang paling disayangi oleh Redknapp iaitu Van der Vaart & Luka Modric. AVB juga memasukkan beberapa muka baru yang seperti Hugo Lloris, Clint Dempsey & Moussa Dembele. Tapi secara keseluruhannya skuad yang ada pada dia sekarang masih "anak buah" Redknapp. Mungkin AVB nak teruskan legasi Redknapp, aku tak tahu lah sebab kekuatan Spurs first factornya ialah Redknapp itu sendiri. Kalau AVB nak rombak habis, takut tak menjadi pula kan ?

Selain Derby London, AVB juga telah menjadi daya tarikan untuk perlawanan malam ni. Roman lantik AVB pada 22 jun 2011 & memecatnya pada 9 bulan  berikutnya. Sebab dipecat of course lah kerana dia gagal improve team, gagal mencapai result yang baik. Satu lagi kegagalannya ialah dengan tidak memilii hubungan face to face dengan pemain senior, yang mana benda itu paling mustahak dalam kelab bola sepak Chelsea.


Aku tak menyalahkan AVB sepenuhnya tapi... ada tapi lah kan.. kalau dia gagal menjalinkan hubungan dengan pemain, itu masalah besar. Tak kira anda latih kelab mana sekalipun, kalau anda tidak berkomunikasi dengan baik dengan pemain, anda tak kan kekal lama. Memang ada pemain Chelsea yang mempunyai ego yang tinggi namun kita sebagai pengurus harus tahu mengawal situasi tersebut. Jose Mourinho lebh 4 tahun di Chelsea & dia tidak mempunyai masalah pun dengan pemain. Mourinho anggap pemainnya macam anak sendiri, that why dia boleh berjaya bersama kita. Tapi kenapa AVB tak boleh ? kenapa AVB gagal ?

Macam yang aku cakap lah, dia gagal berkomunikasi dengan pemain senior. JT, Cech, Lampard, A.Cole, Drogba antara pemain veteran yang telah banyak berjasa & mereka juga menjadi faktor utama kepada kejayaan Chelsea selama lebih 1 dekad. Bagi AVB, dia tidak mempeduli hal sebegitu. Dia nak buat ikut suka dia. Dia pinggirkan pemain senior & kesannya Chelsea gagal juga mencapai result yang diinginkan.

Bukan faktor usia tapi faktor humour sense AVB dengan pemain Chelsea itu tiada yang menyebabkan dia dipecat awal. Jangan terlalu menyalahkan Roman kerana setiap pengurus yang membimbing Chelsea ada risikonya jika perfomance pemain hambar. Selepas AVB dipecat, RDM diberi kepercayaan buat sementara waktu untuk mengurus Chelsea. Pada waktu itu & sekarang ini kita dapat lihat pemain senior mempercayai RDM. Hubungan RDM dengan pemain bertambah erat dari semasa ke semasa & benda itu yang menjadi penyebab kenapa RDM dilantik secara permanent. Tiga perkara yang akan membuatkan pengurus itu kekal di Chelsea dalam satu tempoh yang panjang.

1) Jalinan mesra dengan pemain
2) Result
3) Trofi


3 syarat ini telah berjaya dilepasi oleh RDM . Musim ni tak tahu lah jalan ceritanya sama macam musim lepas atau tidak. Kalau tak konsisten, nasib RDM pun akan jadi macam AVB juga. Itulah risikonya dalam menjadi pengurus kelab bola sepak Chelsea. Roman tak pentingkan history2 yang lepas, beliau mahu nilai pencapaian semasa. Masa depan ditentukan pada pencapaian semasa. Tak perlu tunggu sampai 6 tahun baru nak pecat, itu sudah kira tahap bangang yang amat sangat.

Apa pun aku harap AVB akan berjaya di Spurs. No hard feeling & tiada simpan dendam apa2 kat ex-manager. Untuk game malam ni seperti biasa aku nak Chelsea menang. 3 mata itu penting, especially kita sekarang top of the league. Harap momentum kemenangan berterusan walaupun misi kali ini sangat mencabar selepas Arsenal dua minggu lepas. KTBFFH.

P/S : Kick-off jam 7.45 malam. Mungkin aku akan sempat tengok first half sahaja kerana orang rumah aku nak tengok final Piala Malaysia, Kelantan lawan ATM.

|

 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png