1. Tahniah buat Mourinho & Chelsea kerana berjaya mara ke separuh akhir Champions League. Tak ramai sebenarnya yang menjangkakan kemenangan Chelsea ini kerana PSG lebih dianggap faveret kerana mereka menang pada first leg 3-1. Tetapi itulah bola sepak, apa2 boleh berlaku. Kita berjaya mengulangi comeback seperti dua musim lepas ketika menentang Napoli dengan memadam defisit 2 gol milik PSG.
2. Dejavu Cavani & Lavezzi. Sebelum ini ketika mereka bersama-sama beraksi untuk Napoli, mereka menang first leg 3-1 ke atas Chelsea tetapi tersingkir pada 2nd leg di Stamford Bridge. Jadi apa yang terjadi kepada mereka dua tahun lalu berulang kembali. First leg PSG menang 3-1 namun disingkirkan lagi sekali oleh Chelsea pada 2nd leg di Stamford Bridge. Aku fikir dua player ini memang akan cuak kalau bertemu dengan Chelsea lagi musim depan.
3. PSG sangat bernasib baik. Dalam perlawanan ini Chelsea sepatutnya boleh menang besar 4/5 gol. Dua kali percubaan Chelsea terkena palang. Satu dari Schurrle , satu lagi dari Oscar. Kalau tengok balik apa yang berlaku pada 1st leg, 3 gol PSG juga hasil daripada kesilapan mudah pertahanan Chelsea. Satu gol refleksi, satu lagi own gol David Luiz & gol ke-3 juga tiada marking dibuat.
4. Kunci kejayaan ? Mourinho. Taktikalnya genius, sebab itu dia dianggap The Special One. Dua sub yang dibuat olehnya membuahkan hasil. Dua2 sub juga menjaringkan gol kemenangan. Schurrle & Ba.
Mourinho ketika post-match interview :
We gave everything. My four defenders were brilliant. The midfield were animals. Luiz was a monster. Our forwards were brave.
5. Kita memiliki 11 leader di atas padang. Sebab itu kita boleh menang dengan team seperti PSG. Semua 11 player Chelsea memiliki mentaliti kemenangan dalam Champions League. Ini lah yang membezakan kita dengan PSG & City. Sama2 kaya namun Chelsea lebih memiliki pengalaman & semangat juang tinggi.
6. Kelakar rasanya apabila Hazard dikeluarkan pada minit ke-17 kerana cedera, penyokong PSG mula bersorak "We’re in the semi-finals". Mereka tidak tahu yang Chelsea bukanlah one man team. Kita bukanlah seperti sesetengah pasukan yang hanya bergantung kepada satu player sahaja. Hazard cedera, kita ada Schurrle. Matic tak ada, kita ada David Luiz. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama masuk menggantikan Lampard berjaya menjaringkan gol kemenangan. Chelsea adalah pasukan yang sukar dijangka, sapa2 pun boleh menjaringkan gol.
7.Walaupun PSG tanpa striker sensasi mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic namun itu tidak boleh dijadikan alasan. Chelsea juga tanpa Hazard yang cedera dan terpaksa keluar pada awal permainan namun masih boleh menang. Harus diingat, Chelsea juga tanpa beberapa peman utama seperti Ramires(digantung), Matic (cup-tied) tak lupa Salah yang tengah hot-form.
8. Mourinho layak diberi kredit. Dia memiliki kemampuan untuk membaca game, melakukan perubahan positif pada waktu yang tepat dan itu yang membuatkan dia pengurus terbaik di dunia.
9. Tak kisah lah siapa yang bakal Chelsea tentang di separuh akhir nanti. Sama ada Barcelona atau Real Madrid, kita sekarang ini sudah cukup konfiden untuk tewaskan mana2 pasukan faveret. Bring it on, Barca/Real.
Chelsea = Pride of London.
0 Response to 'Chelsea 2 PSG 0 : Epic comeback!'