Liverpool harus berterima kasih kepada Sunderland kerana "membantu" mereka menggagalkan misi kemenangan dari pasukan pencabar kejuaraan liga. Minggu lepas City, minggu ini pula giliran Chelsea. Jadi kini segalanya terserah kepada Liverpool. Mereka sendiri boleh tentukan sama ada mereka akan juara liga atau tidak. Jika mereka menang ke atas norwich, mereka akan leading 5 mata dan hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran.
Bagi Chelsea pula, ini satu kekalahan yang sangat mengecewakan. Kalah di saat2 genting, dalam misi A-Must-Win-Game. Ditambah puka rekod kebal 77 game Mourinho di Stamford Bridge dalam liga juga lebur.
Walaupun ada beberapa keputusan pengadil tidak menyebelahi Chelsea dan kita juga beraksi tanpa keeper utama Cech dan pemain terbaik tahun ini iaitu Hazard tetapi aku tidak akan menjadikan alasan itu sebagai punca utama kekalahan. Kita kalah kerana kita kurang motivasi menentang team2 bawahan seperti Sunderland, Crystal Palace, Aston Villa, Stoke City. Apa pun aku harap kekalahan ini tidak akan bagi efek untuk game Champions League hari rabu ini, lawan Atletico Madrid.
Adu..kala lg..tinggal liga champion la ceritanya ni.sy x dpt tonton perlawanan ni keja pula..2 la bola..mungkin chelsea x ada rezeki..apa pun jika cech dan hazard d main kan pasti corak permainan 2 ada perbezaan kan...
bolasepak, kadang2 persembahan baik pasukan lawan kepada rival terdekat memang sedikit sebanyak membantu.
apa2 pun liga masih belum habis, macam2 boleh terjadi. tiada yg mustahil