1. Arsenal & Spurs kena lauk 6 gol, MU dibelasah 4-1, Liverpool kalah 2-1 dan semua kelab England telah tewas di Etihad Stadium namun Chelsea kelab pertama yang berjaya meleburkan rekod kebal City itu. Aku pernah berkata sebelum ini, jika ada pasukan yang boleh menghancurkan rekod unbeatan City dan pasukannya itu adalah Chelsea. Dan power tak power Chelsea, ini kali pertama sejak bulan November 2010, City gagal menjaringkan sebarang gol di tempat sendiri.
2. City bernasib baik untuk tidak kalah besar. 3 kali tiang menyelamatkan mereka. Pada separuh masa pertama Chelsea seharusnya boleh bunuh game lebih awal jika Eto'o & Ramires memanfaatkan peluang mudah di depan gol. City juga bernasib baik untuk tidak mengakhiri perlawanan dengan 10 orang kerana Nastasic sepatutnya dilayangkan kad merah, fault ke atas Oscar.
3. Man of the match ? kesemua 11 pemain Chelsea. Dari keeper hingga striker, semuanya memainkan peranan masing. Paling ketara ialah di bahagian tengah. Kunci kemenangan dalam perlawanan besar ialah kita merantai key player mereka. Dan dalam perlawanan ini, Matic & David Luiz berjaya mengunci setiap pergerakan Yaya Toure. Senang cakap Yaya Toure dalam poket Matic. Paling menghiburkan ialah melihat aksi pemain attacking Chelsea. Pemain City memang betul2 kena buli dengan Eden Hazard. Dia juga yang memulakan pergerakan untuk gol Ivanovic.
4. Ramai yang expect Chelsea akan parking bus namun Chelsea memberikan sesuatu yang cukup berbeza. Chelsea parking ferrari haha. Penyokong City mahukan permainan bola sepak alaf 21, jadi kita bagi apa yang mereka inginkan. Kita tewaskan City dengan menerapkan sistem counter attack dan bukannya meletakkan 10 pemain di kubu sendiri. Taktikal Mourinho seperti biasa genius. Jadi ini satu kemenangan yang telus & Chelsea berhak pungut 3 mata penuh.
5. Walaupun kemenangan 1-0 ini tidak melonjakkan Chelsea ke persada liga namun sekurang-kurangnya kita berjaya memberi tekanan kepada Arsenal & City. Jika Chelsea kalah, City akan leading 6 mata dan sudah tentu situasi perebutan liga akan menjadi lebihi sulit. Sekarang ini Chelsea hanya beza 2 mata sahaja di belakang pendahulu. Arsenal boleh menarik nafas lega dengan kekalahan City namun mereka tak boleh bersenang lenang kerana 4 game berikutnya akan menyukarkan mereka. Arsenal dua game liga seterusnya lawan Liverpool, MU. City dua game seterusnya Norwich, Sunderland manakala Chelsea, kita akan lawan Newcastle, West brom.
Masih ada 14 game lagi. Bring it on Chelsea !
Aq sbnarnya neves tgk line up chelsea pg td kc, tp neves tu hilang bila tgk chelsea pya counter yg trbaik sma dependsive yg solid... Kredit to all player chelsea yg main td ngan our special one mourinho... Aksi yg mnghiburkn.. Chelsea main mcm d Stamford bridge jak aq tgk...
Mmg aq stujula klu suma player chelsea yg main td dpt Motm... Klu Chelsea bnasib baik td bley mng byk gol... Shot on goal chelsea lg byk drpd city kan...walaupun drg control bola
Mnggu ney 2 team favorite kalah dtmpt sndiri lah kan.. Barca ngan man city.. Dua2 team ni bakal btmu d ucl nnt.. Haha..
Pasni bley la bgi kmngan kpd city utk facup.... Spya chelsea bley focus bpl ngn ucl...
KEEP THE BLUES FLAG FLY HIGH!!!
mana ulasan match ve west ham?
time menang laju ja update haha
Pula da ahahahaha
internet rumah aku problem minggu lepas, jangan nak cakap update blog, surf internet pun tak boleh. Hari isnin lepas baru okey, kena pula lepas game city lwn chelsea, jadi aku update terus la waktu tu, huhu.
D fahami jg...pelan2 je ba
Mcm mana plak ngan next game??? Lawan Newcastle utd di Stamford bridge.. Xda pbincangan ka???
Sy nak sangat lihat Salah main lawan newcastle...kalo dia sehebat hazard,fuyoohhh,laju 2...pasti menarik corak permainan chelsea,kan.william ada rasa gagap sikit.matic sy suka lihat dia merebut bola.harap jd starter gandingan luiz.rasanya Salah akan serasi supaya hazard pun ada ruang pernafasan ahahaaha maklum la nafas kuda...
Salah debut mnt ke 78 tdi.... Ada chance score gol tp dinafikan... Yg penting mnggu ni clean sheet lg, hazard hatrick sma respect lampard bg hazard hatrick..