Kalau tengok balik gol kemenangan Chelsea pada last2 minit Chelsea itu sebenarnya ia ialah own goal dari keeper Everton. Cuma tabik buat dua kapten legend iaitu Terry & Lampard yang menjadi penggerak bagi gol tersebut. Bermula dari percubaan Lampard menerusi sepakan percuma tetapi Terry menjadi penyelamat kerana dia memberi pressure kepada Tim Howard. Situasi ini boleh dianggap sebagai "bola muntah". Bola yang tidak ditangkap dengan baik, terlepas dari tangkapan yang kemudiannya masuk ke gawang.
Hendak kata Chelsea berhak menang tidaklah juga kerana Everton pun bermain dengan baik. Mereka sangat berdisiplin di bahagian pertahanan. Mungkin result seri boleh dianggap fair bagi kedua-dua pasukan. Tetapi itulah bola sepak. Kadang2 ada perlawanan yang patut kita menang tapi kita tak menang dan ada perlawanan yang tak nampak macam nak menang tapi kita berjaya juga menang. Nasib sedikit menyelebahi diri kita. Harus diingat, perfomance Chelsea dalam perlawanan ini bukanlah yang terbaik. Kita tidak beraksi seperti mana yang diharapkan. Namun apa yang aku suka tentang Chelsea ialah semangat juang. Sukar mana sekalipun pasukan itu, kita tetap memberi pressure kepada mereka sampai ke penghujung permainan.
Oscar memang flop of the match. Dia dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama. Dan haruskan kita menuding jari kepada dia 100% kerana beraksi hambar ? Tidak. Player2 macam ni ada hari baik buruk mereka. Aku boleh katakan Oscar mengalami kelelahan. Terlalu banyak sangat game yang dia main. Kadang2 Mourinho perlu juga merehatkan Oscar demi mengekalkan prestasi terbaiknya itu. Di bangku simpanan, kita ada ramai back-up yang berkualiti. Tak salah untuk 1/2 game kita rehatkan Hazard & Schurrle, dan bagi peluang kepada Salah & Schurrle.
Masalah besar Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini ialah ketumpulan penyudah. Eto'o & Torres masih dilabels sebagai world class striker kerana reputasi masa lampau mereka sebelum ini tetapi sayangnya mereka sekarang tidak konsisten dalam menjaringkan gol. Eto'o ada dua peluang terbaik untuk score gol tetapi dia tak berjaya score. Torres pula dengan aksi menendang bola yang tak tentu hala. Nak menunjukkan betapa teruknya finishing striker2 Chelsea. Ba pula terus disisihkan walaupun aku fikir dia sebenarnya lebih bagus dari Torres & Eto dari segi finishing. Kita sendiri boleh lihat raut wajah Mourinho yang begitu kecewa dengan perfomance striker2 Chelsea.
Chelsea perlukan "Drogba" baru. Bayangkan musim ni kalau kita ada striker2 yang power seperti musim 2004/2005 & 2009/2010, aku predict kita akan maintain di posisi no 1 sambil leading 10 hingga 15 mata dengan team yang berada di tangga ke-2,3 mahupun yang berada no 4 itu.
Nasib baik lah dpt score last minit... Geram aq tgk match ni... Best part JM msk pitch.. Haha.. Willian sma Oscar pasni bley d rehatkn pasal out form.. Schurrle ngan salah bley dah jd 1st eleven...
Arsenal ngan city ada match yg d postpone kn utk fa cup... City ada balance 1 match... Hope jadual drg ni dpt menyukarkan pasukan drg dpt point... Mnggu ni chelsea ada misi.. Misi menentang legend drogba.. Hehe....