Eto'o dah score, Torres & Ba bila lagi ? Sudah 8 game liga, dalam tiga2 tu, hanya seorang baru score sebiji.
Pada awal permainan Cardiff City a.k.a kelab bola sepak yang dimiliki rakyat Malaysia itu sempat memberi tentangan sengit kepada Chelsea. Mereka score gol dulu sebelum Chelsea melakukan 4 gol comeback. Pasukan Chelsea hari ini juga tidak perlu bersusah payah seperti perlawanan sebelumnya kerana dalam perlawanan ini penjaga gol lawan sedikit sebanyak membantu Chelsea meraih 3 gol mudah (yang pertama itu memang terserlah bangang, gol ke-3 & 4 seharusnya dia save).
Gol Eto'o boleh dianggap sebagai penyuntik semangat kepada pemain2 Chelsea yang lain. Dia melakukan skill individu menarik sebelum melepaskan rembatan kencang ke arah gawang Cardiff.
Kalau tak kerana kealpaan David Luiz, Chelsea sebenarnya boleh meraih clean sheet. Terlampau mudah untuk melepaskan gol sebegitu.
Berkenaan dengan gol penyamaan Chelsea yang dijaringkan oleh Hazard itu, ia bukan satu fault. Eto'o melakukan tindakan bijak dengan mencuri bola dari penjaga gol yang cuai.
Lihat pada table, bukan meja makan tapi standing table liga, Chelsea naik ke posisi ke-2. Dua mata di belakang pendahulu Arsenal yang sampai sekarang masih belum beraksi dalam perlawanan2 sukar. Mungkin 3/4 perlawanan berikutnya akan menguji sampai bila mereka boleh kekal berada di puncak. Apa yang pasti 29hb ini mereka akan kalah, itu tidak syak lagi.
Sementara itu di Old Trafford, David Moyes dalam proses untuk mentransformasikan MU menjadi kelab Everton. Cabaran mereka musim ini sangat realisitk iaitu untuk bersaing meraih slot Europa League. Jadi kepada penyokong The Red Devils, anda semua tak perlu risau, peluang masih terbuka. Cuma perlu bersaing kuat dengan kelab2 seperti Swansea, West Brom, Newcastle & juga Hull City.
Sekian.
0 Response to 'Chelsea 4 Cardiff City 1 '