Best team lost ? Tak juga.
Kalau Torres memanfaatkan dua peluang pada separuh masa pertama (satu di depan gol, satu lagi terkena tiang) scoreline 3-0, game over. Chelsea lebih mendominasi pada 1st half berbanding City yang cuba lawan balik pada separuh masa kedua. Mereka dapat gol penyamaan menerusi first timer Aguero yang tidak dapat diduga oleh Cech.
Apa pun pujian buat Torres yang sudah kembali ke jalan yang benar. Dia memberi assist kepada gol Schurrle menerusi larian bijak menewaskan pemain pertahanan kiri City, Gael Clichy. Dan aksi dramatik pada minit2 akhir perlawanan yang mana Torres memanfaatkan kesilapan Hart untuk memberi 3 mata penuh kepada Chelsea.
Next game lawan Arsenal 30 hb. Baru hari ahad lepas lawan City, hari selasa ni nak lawan pula di Emirates. Arsenal yang telah menewaskan pasukan tercorot liga pada hari sabtu lepas dapat cuti rehat lebih 1 hari berbanding Chelsea. Jadi aku faham kenapa Mourinho mengeluh tentang perkara ini. Ini bukan alasan tapi ini adalah kenyataan. Kita harus pertimbangkan soal kecergasan pemain & faktor keletihan.
Aku bersetuju dengan Mourinho. Kalau FA inginkan satu aksi menarik di antara Arsenal & Chelsea, mereka harus letak game itu pada hari rabu, bukannya hari selasa.
Ehh??..pembetulan....lwn pagi rabu lah......kampung chelsea trsilap info
torres cam confius skit masa 1st try depan gol tu sbb dia ingat dai offside kot..
tp torres makin mantap aa.. good job..
game tu hari agak mendebarkan.. nak2 si aguero.. mmg power ahh..
@Admin
- Ya memang lawan pagi rabu, tapi itu waktu malaysia. Kalau waktu kat sane main hari selasa (malam). Kick-off jam 3.45 pagi, kat sana 7.45 malam. Waktu Uk dengan Malaysia kan beza 8 jam.
@Pohpaleh Burger
- Yang 1st try tu aku pun ingat offisde.
Tapi nasib dia dapat cover balik peluang yg dia bazir itu dengan memberi assist gol scurrle dan gol kemenangan last2 minit tu.
Bg pendapat aku yg tk seberapa ni la, prestasi striker kita terutama Torres boleh dijadikan penanda ukur samada kita boleh memenangi liga EPL musim ni atau tak. Kalau dia berterusan untuk bermain pada tahap disiplin dan effort sebaik atau lebih baik dr game ni,we are probably favourites, if he doesn't then we're clearly not.
Ricky Lambert,Giroud, Benteke, Lukaku,Rooney,Van Persie,Sturridge, Suarez,Aguero,Negredo semuanya bukan calang2 pemain dan berada di dalam prestasi terbaik setakat ni. Plus, aku dah letih tengok dia jadi target man bg defender utk open space pada attacking midfield je..dah 2 tahun aku hadap gameplay yg mcm tu..jd,ni la masa yg sepatutnya kita tgk persembahan yg berbeza dr torres..bknnye aku rasa dia tk perform kita tk boleh jd juara EPL,midfield,even defender kita mmg berbakat besar,tp kalau dia and striker lain lebih berbisa,memang berkali2 lah tinggi kebarangkaliannya..
The work rate of Torres was absolutely amazing. He delivered such a vital win in the last minute gasps after Joe Hart mistakenly gone out from the post after Nastasic poor back-pass header.
Should be 4-1 in my view. But 3pts is so much important to stay on top of EPL. Great month! Chelsea won all games.