Chelsea terlalu kuat buat Arsenal.
Jadi tak ada alasan seperti "Alah ini Capital One Cup je, kami turunkan skuad yang lemah" kerana kedua-dua pasukan memainkan separuh pemain B & A tetapi jelas Chelsea lebih kuat. Dengan dua kapten utama tak main, ditambah lagi gawang Chelsea dijaga oleh bekas penjaga gol Fulham pun mereka tak boleh score sepanjang 90 minit permainan berlangsung. Mereka juga memasukkan Ozil & Giroud pada separuh masa kedua tetapi tetap tak boleh mengubah scoreline.
Tak dinafikan Ozil merupakan world class player tetapi bila ada pemain seperti Essien, Mikel di atas padang, fungsi Ozil bertukar seperti"tin kosong". Pujian buat kapten, Essien The Bison yang menggalas tugas dengan cemerlang.
Memang Arsenal memainkan permainan attractive tetapi mereka tetap tak boleh membolosi kubu pertahanan Chelsea yang terlalu kebal. Permainan Chelsea juga kemas serta tidak lupa menerapkan nilai pragmatik. Mourinho juga tidak pernah kalah kepada Wenger sejak tahun 2005 lagi. Sila lihat rekod beliau :
Dominasi The Special One vs Arsene Wenger
Played : 9
Won : 5
Drawn : 4
Lost : 0
Dua gol Chelsea dijaringkan oleh Azpilicueta( gol pertama bersama Chelsea) & Mata. Dua pemain sepanyol ini bukanlah pemain pilihan utama Mourinho tetapi masing2 memainkan peranan penting dalam membawa The Blues ke suku akhir Piala Liga, di samping membantu Arsenal meneruskan rekod 8 tahun tanpa Piala.
Aku fikir pasukan "B" Chelsea ini sudah cukup sebenarnya untuk memenangi Capital One Cup & mencabar kejuaraan EPL.
Perlawanan seterusnya, Newcastle United di St James Park.
P/S : 9 ribu penyokong Chelsea di kalangan 60 ribu penyokong Arsenal menyanyikan nama Jose Mourinho di sekitar stadium Emirates. Dahsyat betul.