Walaupun tanpa Hazard (cedera) & Terry, Chelsea tetap bermain dengan hebat. Mata sebagai pemain terbaik perlawanan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, mengucar-kacirkan bek2 lawan, disamping menjaringkan gol pada lewat permainan untuk memberikan 3 mata penting kepada kita. Ia gol defleksi kerana terdapat sedikit sentuhan pada kaki Phil Jones sebelum bola menerjah jaring.
Berkenaan insiden Rafael dengan David Luiz itu, Webb telah membuat keputusan yang tepat. Rafael sememangnya wajar dilayangkan kad merah. Dia sengaja menyepak David Luiz. Aku tak peduli sama ada reaksi David Luiz (tersenyum) itu memalukan tapi perkara paling penting di sini ialah Rafael wajar dilayangkan kad merah di atas perbuatannya itu. Dan buat pertama kalinya Webb melayangkan kad merah kepada pemain MU di Old Trafford. Walaupun aku ragu2 dengan keputusan yang dibuat oleh Webb pada separuh masa pertama namun kalau dinilai secara keseluruhan, pengadil botak itu telah menjalankan tugas dengan baik.
Chelsea menang 3 dari 5 perlawanan ke atas MU musim ini, termasuklah kemenangan 1-0 di Old Trafford tadi. Jadi ini membuktikan bahawa Chelsea lebih berkualiti daripada MU. Cuma kegagalan Chelsea untuk menjuarai EPL musim ini kerana MU lebih konsisten daripada kita. Itu yang membezakan kita dengan mereka.
Lihat apa kata Alex Ferguson :
" I think Chelsea have deserved to win. Unfortunately it’s controversial, it sometimes is when you play Chelsea, quite a lot of times. But we can’t complain, we didn’t play well enough."
3 mata telah di pungut. Posisi ke-3 juga berjaya dirampas kembali. Siapa sangka Chelsea boleh menang 3 dari 4 perlawanan terakhir. 1 mata mendahului Arsenal (kedudukan no 4), 3 mata di depan Spurs (no 5) , ditambah lagi kita masih mempunyai 1 baki perlawanan.
Game hari rabu ini sangat penting namun jika Chelsea kalah sekalipun dengan Spurs, kita tetap akan berada di posisi ke-3 kerana goal different kita lebih baik daripada mereka. Cuma aku tak nak melihat Chelsea kalah kerana kita sekarang ini berada dalam momentum terbaik untuk meneruskan kemenangan. Dan kalau kita lihat lagi carta liga, City yang berada di posisi runner-up hanya 3 mata sahaja dibelakang Chelsea.
Hot seat in TOP4 finish still on course! Come on, Chelsea!!