Chelsea lepas peluang & Spurs bernasib baik.
Jika Ramires tak tergelincir pada minit ke-61 itu, Chelsea mungkin akan menang 3-1/3-2 dan boleh "kill" game lebih awal. Itulah turning point dalam game ini.
Rafa juga melakukan satu percaturan silap iaitu tidak memainkan Lampard. Dan kenapa bila scoreline 2-2, beliau lebih berminat memasukkan Benayoun yang tidak mempunyai fungsi apa2. Perlawanan ini perlawanan penting dan bila sebut pasal important game, Rafa harus memainkan pemain berpengalaman seperti Lampard & Terry. Apa yang bermain di fikiran Rafa sehingga memasukkan pemain yang tidak boleh ubah apa2 situasi. Lihat game dengan Swansea, kemasukan Lampard terus memberi impak.
Oscar & Ramires mencatat nama sebagai penjaring perlawanan. Ini membuktikan bahawa Chelsea bukan "one man team" kerana tiap2 game penjaringnya berbeza. Mata, Hazard, Oscar, Ramires masing2 boleh mengubah keadaan. Dan Torres yang tempang itu pun kadang2 boleh menyelamatkan Chelsea. Chelsea mempamerkan aksi bola sepak yang lebih menarik berbanding Spurs. Kita mendominasi permainan. Tetapi Spurs aku lihat terlalu bergantung kepada Bale. Segala hantaran mesti menghala kepada Bale. Tetapi menentang Chelsea, Bales "invisible". Kredit buat Azpilicuata kerana cemerlang mengekang ayam tambatan Spurs itu.
Jika ada orang tanya aku kenapa Chelsea tak menang ? jawapan aku mudah iaitu substitution yang mengarut. Mengeluarkan Hazard dan memasukkan Moses. Mengeluarkan Oscar, memasukkan Benayoun. Sepatutnya Oscar digantikan dengan Lampard & bukannya Benayoun.
Oh ya lupa nak bagitahu, gol penyamaan Spurs itu sepatutnya dibatalkan. Adebayor berada dalam posisi offside sebelum dia hantar bola kepada Sigurdson. Jika Sian massey yang jaga lines, Spurs takkan dapat gol penyamaan itu.
Apa pun keputusan seri ini bukanlah result buruk bagi Chelsea. Spurs yg lebih kecewa dengan keputusan ini. Seri mahupun kalah, Chelsea tetap berada di posisi ke-3 namun kegagalan untuk meraih 3 mata penuh telah melambatkan usaha Chelsea untuk meraih lebih awal slot Champions League. Jadi terpaksa tunggu perlawanan dengan Aston Villa pula minggu depan.
#Torres tidak lagi kelihatan seperti goal scorer seperti di Liverpool. Aku lebih nampak Torres ni sebagai midfielder. Dia lebih berminat untuk provide bola kepada rakan2. Mudah jatuh dan tidak ada semangat melawan seperti Ba. Walaupun gol kedua, dia yang bagi assist tetapi sebagai striker yang dibayar 175k seminggu, Torres harus beraksi lebih baik daripada itu.
aku tgk 2nd half punya game...awal game tu mmg cantik byk serangan merbahaya chelsea ...selepas hazard keluar chelsea kematian serangan dan akhirnya bolos hahahahahha ....
nampaknya last 2 games ni kena menang .....wajip menang kalau nak main UCL next season .....
@mannerohady
- yup, selepas hazard keluar, serangan chelsea dah jadi perlahan. masuk pula benayoun jadi makin perahan tempo. Cuma aku faham sebab apa hazard keluar. Dia baru lepas injured, jadi tak boleh main full minit. jadi terpaksa simpan dia lebih awal utk game dengan aston villa.
cuma yang aku geram dengan sub kedua. benayoun ganti oscar. Aku expect lampard akan masuk tapi entah apa yg bermain dalam fikiran rafa sampai dia boleh fikir benayoun lebih baik dari lampard & boleh ubah keadaan.
Torres pun nampak lesu utk 15 minit terakhir. slow & mudah jatuh. sepatutnya Ba yg ganti dia utk 10/15 minit terakhir.
aku rasa padang d SB tu mmg licin lah semalam ....sbb ramai pemain yg tergelincir sendiri x kira la kejar bola atau kena tolak ....asal main kat SB mesti pemain byk terjatuh sbb keadaan padang yg licin .....
@mannerohady
- ya faktor licin tu boleh diambil kira. oscar pun 2/3 kali tergelincir juga haha.
padang old trafford minggu lepas pun licin gak haha.