1. Jaringan dari Mata, Oscar, Lampard & Terry membolehkan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala Fa. Kesemua gol terhasil pada separuh masa kedua.
2. Separuh masa pertama agak komplikated kerana kita banyak mensia-siakan peluang, ditambah pula kubu pertahanan Brentford sukar dibolosi. Mereka mengunci setiap pergerakan yang kita buat. 45 minit pertama kita mendominasi permainan namun tiada gol yang terhasil. Separuh masa kedua Chelsea tetap control game, sehinggalah masuk minit ke 55, kita berjaya memecah kebuntuan melalui gol Juan Mata.
3. Man of the Match sudah pasti Oscar/Mata. Masing2 menjaringkan gol & menyumbang assist. Kemasukan Hazard memantapkan lagi jentera serangan dan menjadi penggerak bagi gol kedua Chelsea.
4. Bila ada orang cakap "Alah Chelsea terpaksa guna full 1st team baru dapat kalahkan pasukan divisyen ke-3". Itu menunjukkan kita memandang serius terhadap setiap kompetitif dengan menurunkan barisan terkuat, tak kira sama ada menentang lawan yang low standard atau high standard. Jika terlalu memandang rendah terhadap sesuatu kompetitif, maka nasib kita akan jadi seperti Arsenal & Liverpool yang telah disingkirkan oleh lawan yang jauh lebih rendah dari mereka.
5. Jika menang dengan Boro nanti, lawan kita pada pusingan ke-6 ialah MU di Old Trafford.
P/S : Respek dengan David Luiz. Selepas habis perlawanan, dia bersemuka dengan Jake Reeves, pemain tengah Brentford sambil memohon maaf di atas insiden pelanggaran itu.
seronok tgk game yang banyak gol, owner pun tersenyum sepanjang perlawanan
roman abramovich kalau senyum, ada makna tu.
Avram Grant dah ada menyebok kat atas stadium tu.. aduyai.. xmahu Jews lg.. Benayoun, Rafa OUT!
Game ni buktikan kte selalu layan team minnows dgn layanan terbaik, termasuklah bodycheck kat mamat 19thn tu oleh Luiz. Mcm ni, Viera & Makelele pun suka tgk. Kih kih kih!
ManU dah menang, tgh tunggu kte. Bring it on! KTBFFH!
@mista maman
haha maman, grant datang melawat je tu..roman takkan ambil balik benda yang dia dah reject.
roman senyum2 tu apa lg lampard sambung la...kih kih kih
entah, senyum je tak ada guna kalau tak offer kontrak baru kat lampard.
hahahaha... Senyum dia nmpk xikhlas... Pd aku la.. :>