Kita akan set up dengan MU untuk suku akhir Piala FA nanti selepas berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Middlesbrough.
Dua gol perlawanan dijaringkan oleh Ramires & Moses. Gol Ramires tu aku rasa ada sedikit sentuhan pada bahu Torres sebelum bola menerjah jaring.
Perfomance pemain muda yang berusia 18 tahun, Nathan Ake tidak menghampakan. Kita bagi peluang & dia memanfaatkan peluang itu dengan mempamerkan aksi yang bagus. Tidak terlewat untuk pemain sepertinya menyinar di kelab Chelsea. Kita harus sentiasa beri peluang kepada pemain muda untuk kembangkan lagi bakat mereka.
Aku harap kemenangan 2-0 ke atas Boro ini dapat boost up moral & konfiden pemain kita, memandangkan sejak akhir2 ini kita punya result kurang memberangsangkan. Apa yang penting, Chelsea perlu konsisten. Jangan hari ini menang, esok lusa kalah balik.
Berkenaan dengan Rafa Benitez itu, penyokong Chelsea di London perlu professional. Aku pun tak suka dengan Rafa tapi tak adalah sampai nak menyanyi, buat banner semata-mata untuk kondem beliau, untuk chants beliau.
Itu semua buang masa. Buat semua itu pun bukan dapat ubah balik situasi yang berlaku, malah benda itu mengeruhkan lagi keadaan.
Macam mana lah Chelsea nak dapat hasil yang bagus, kalau masing2 berpecah belah. Fans boo manager mereka, player tak support manager mereka. Suasana dalam 1 team itu takkan harmoni kalau berlaku perkara seperti ini. Aku sebenarnya tak ada isu apa2 pun dengan Rafa. Mungkin ada kisah2 silam beliau di Liverpool hari itu yang membuatkan penyokong kita membenci beliau. Tapi kena ingat sekarang ini beliau pengurus Chelsea. Kerjanya mengurus pasukan kita. Takkan kita nak caci maki orang yang manage teamnya sendiri.
Baik salahkan Roman. Beliau yang pecat RDM, beliau yang lantik Rafa.
Rafa dah bagitahu, akhir musim nanti beliau akan tinggalkan Chelsea. Jadi, bersabar je lah. Tak ada guna kita nak boo ke apa ke kat Rafa tu. Just support the team.
P/S : Kadang2 aku kesian juga dengan Rafa ni. Beliau nak juga rasa dihormati & respek dari penyokongnya sendiri. Aku hanya sekadar mengkritik taktikalnya sahaja, lain2 daripada itu aku tak ada berdendam apa2 pun kat beliau.
Game malam tadi kira ok, cume David Luzi, die kena maintain posisi die dan jangan selalu wat silap... jangan huru-hara, rilek dalam rampas dan passing bola... dan juga, counter attack kita kena lagi laju dalam serang team lawan... Iva memang kena men dengan John Terry, baru nampak ngam dan die akan lebih konsisten... dan midfield kita, jangan telampau lopong di bahagian tengah, dan mesti ada yang pandai dalam control and distribute bola pada winger ataw striker... kalau tak, winger dan striker kita akan jadi macam kaku saja... pape pun, lawan Man U nanti mesti habis-habisan dan janganla Rafa penguin wat line up macam hampeh lagi...
aku agree bab fan chelsea tk perlu buang masa nk chant maki rafa segala especially dlm stadium.aku tahu mesti ada yg rasa sakit hati dgn sejarah tu.bagus juga bila ada prasaan marah,emosi bila kita kena kutuk.kalau org kutuk,kita gelak tu yg xnormal.tp kalau sepatutnya masa 90 minit dlm perlawanan mostly diisi dgn caci,maki,memnjang rafa out rafa out je, aura negatif dlm stadium tu lah buat player rasa down.drpd buang masa buat banner pasal rafa,eloklah buat banner yg boleh motivate overall player.ya!overall!bukan frank lampard je.bukan jt26 je.bukan drogba je.bukan rdm je.kalau boleh dgn subs player skali lah letak.biar semua rasa value.baru ada mentality boost.aku xckp semua fans kt sana mcm tu.byk jugak yg bagus.tp yg emo sangat2 tu pun banyak jugak.merisaukan..
kalau aku jd player,nk masuk stadium pun takut,rasa mcm pergi perang pun ada.so,bukan taktikal rafa je sbnrnya yg main peranan kenapa lately ni chelsea senang defeat dkt home,atmosphere stamford bridge yg sekarang ni pun sbnrnya main peranan skali.
sekadar pandangan..
betul..RAFA pun part time sampai end season je,pastu di out dah,kontrak...tamat musim berambus la..tp paling risau kalau next year x bali penyerang baru,alamat tetap serupa la mcm sekarang..
dah nama pun sementara..
budak baru tu memang bagus lah...hrp truskan bg dia main..
Rafa masa kat LOLerpool pun selalu fuck fans Chelsea, especially bila nk bertembung. Jd, otai kat sane nk ulang balik ape yg dia kerap sakitkan ati fans Chelsea a.k.a karma. Rafa kate dia 'profesional', boleh tahan maki whatsoever, so bila tgk dia fed up tu mmg nmpk la, tertakan semua.
Pasal player Chelsea pulak, ramai (antara fans & org luar) yg kate player-player yg dh rapat dgn Roman yg tolong run club tu, especially Terry, Lampard, ACole & Cech. These guys literally run from the inner side of the dressing room themselves. I don't know but I also could disagree due to a lot of managers have been the "victim" under Roman empayar. Seolah2 ada 11 managers dr 1st team squad, so why need manager?
Wallahualam... Chelsea kelihatan semakin xstabil dr dalam, if dpt menang 1 piala pun kire tuah gak la sebb xde penggerak atau motivasi yg boleh memungkinkan Chelsea main gempak utk baki season kali ni. Kelam-kabut memanjang, matches byk gile, tp susah nk fokus, sbb dalaman je dh mcm ada kanser tgh menular.
#Biasanya, semua org tahu, if nak "cantik & sihat" di luar, mestilah bermula dr dalam, ye x?