Kenapa sampai begitu sekali pihak board kita melayan pemain2 veteran. Idea untuk mengehadkan pemain 30 tahun ke atas sangat tidak realistik, memandangkan arus globalisasi bola sepak sekarang masih memerlukan trio2 berpengalaman.
Lampard masih lagi power. Ini bukan soal kenang jasa, budi atau seumpama dengannya tapi ini berkaitan dengan pencapaian kelab. Lampard walaupun sudah tua, namun beliau masih lagi berfungsi dalam satu pasukan. Mungkin tidak semua perlawanan tapi sekurang-kurangnya beliau ada sumbangan dalam perlawanan2 besar.
Tahukah anda, peratusan kemenangan Chelsea lebih tinggi apabila Lampard berada dalam 1st starter. Kita lihat sahaja musim ini, tanpa Lampard & Terry, sudah berapa kali Chelsea mengalami kekalahan ? Ya memang betul kita perlukan juga prospek muda namun di atas padang kita lebih memerlukan true leader.
Musim lepas jika tiada Drogba, Lampard, Terry, Ashley Cole, Chelsea tidak mungkin akan memenangi trofi Champions League. Pencapaian terbaik The Blues dalam 1 dekad ini semuanya berkat dari trio2 tua kita. Nak harapkan Torres ? Musim ini sudah banyak kali kita hilang piala.
Chelsea patut bersyukur kerana mempunyai kapten yang setia. Tidak ditawar kontrak baru sekalipun, Lampard masih menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kelab.
Anda fikir jika Lampard bermain di kelab lain, prestasinya akan merosot ? Tidak. Kalau ya, kenapa kelab seperti Everton berminat untuk menggunakan khidmatnya, sehingga menawar 3 tahun kontrak kepada Lampard ? Terdapat 3 lagi kelab yang dilaporkan berminat dengan Super Frank, antaranya La Galaxy, Lazio & juga kelab kaya raya dari liga China.
MU ? Tak mustahil kerana Alex Ferguson bijak menilai para pemain veterannya.
Anda ingat pemain 30 tahun ke atas tak power ? Kita tengok di kelab MU, pemain seperti Giggs, Scholes. Mereka 4 tahun lebih dari tua dari Lampard tapi masih menunjukkan hasil yang subur. Pemain tua dalam liga lain seperti Andrea Pirlo, Antonio Di Natale juga sekarang ini dalam prestasi terbaik.
Konklusi dalam hal ini, ia merupakan satu kesilapan besar bagi Chelsea jika melepaskan Lampard. Gila & tidak berasas.
Aku petik kata2 dari Uncle nya, Harry Redknapp :
‘He is still a top, top player. Where can you get a goal-scoring midfielder like Frank these days? I don’t think they can upgrade from Frank. You’ll not find anywhere a better attacking midfield player who will score more goals’.
“And when he was a 17-year-old kid, he used to go home and train of a night. Practise, practise, practise. Left-foot shooting, right-foot shooting. Running on to the ball and shooting.
“Young Frank was unbelievable. When all the other kids had gone home, he would be practising every day.
JT turut bersuara :
“Devastated is an understatement.
“We should retire the number 8 shirt in honour of Lamps. #theheartbeat #hero #legend #hero #goalmachine #friend #ktbffh #cfc #chelsea.”
Dari Jose Mourinho :
Di mana anda boleh cari pemain seperti Lampard ?
All Time Chelsea Goal Scorers :
1) Bobby Tambling (202 gol)
2) Kerry Dixon (193 gol)
3) Frank Lampard (189 gol)
4) Didier Drogba (157 gol)
sedih juga kalau lampard out dari chelsea tapi da tu yg board nak so kita kena akur ......
kebesaran yg amat besar utk chelesa kerana lampard mmg pemain yg setia pada satu kelab ;) ..
walaupun kadang2 buat hal tapi adanya lampard boleh membawa aksi hebat pada perlawanan besar
....... kita ada pengganti yg boleh buat macam lampard cuma pemain tu belum ada semangat setia kelab yg sama macam lampard dan level ke-captain-nya tu hahahahha
nak buat cmne dah keputusan Kelab,tapi bagaimana pun sumbangan nya selama di Chelsea akan dikenangi selalu...
Pirlo, Gerrard, Xavi & Van Bommel pun salute Lampard.
Lampard xkan dilupakan, & bukan dia je akan tinggalkan CFC July ni, dia akan ditemani oleh our El-Capitano Marvel, JT & The Most Greatest LB, ACole.
Only Petr Cech remain the player of 2004/2005 generation. May God with them whatever they will do after that.
KTBFFH!
Utk yg boleh menjadi pengganti Lampard, aku rs:-
i. Modric (Real)
ii. Yaya (ManC)
iii. De Guzman (Swansea)
iv. Gokhan Inler (Napoli)
v. Hamsik (Napoli)
vi. Marchisio (Juve)
vii. Arda Turan (Atl.Madrid)
viii. Dembele (Spurs)
ix. Moutinho (Porto)
x. Oscar (Chelsea)
xi. De Bruyne (Chelsea)
xii. Romeu (Chelsea)
xiii. Nathan Ake (Chelsea)
@Maman
- tak ada satu pun calon yang kau nyatakan tu dapat gantikan tempat lampard.
Jujur aku cakap, susah nak cari player macam Lampard.
Search punya search, sampai sekarang tak jumpa juga..
Yela, @KC. Kalau ko nk sebijik mcm Lampard, mmg xdpt la. Tapi untuk mengisi jawatan kosong Lampard ni, tu antara player2 yg aku nmpk sgt2 berpotensi. Ok, ko try layan game Napoli, ko tgk Gokhan Inler main dgn Hamsik. Dia hampir menyerupai corak permainan Lampard / Scholes.
Ape pun, yg aku nmpk skrg, Chelsea bakal jadi LATIN team dlm EPL, campuran Spanish, Brazilian, Colombian (if jadi beli Falcao la kan), Argentinian (Higuain - Backup option), Uruguayan (Cavani), hanya bhgn defender je lebih ke arah continental/eropah.
English player dh xsehebat generasi Lampard/Gerrard/Scholes, dan generasi Rooney pun xde yg setaraf. Kesian...
#KTBFFH
aku bukan nak cari yg 100% lampard tapi aku nak pemain yg ambil alih tempat lampard lepas ni ada ciri2 macam lampard.. aura, spirit, sportmanship & friendly.
kalau nak skill, memang ada ramai yg lagi hebat dari lampard..oscar punya skill lagi power dari lampard cuma bola sepak skrg memerlukan experience & spirit...tak ramai yg memiliki aspek itu.
macam MU yg ade aspek itu giggs,scholes, van persie..City pulak, aguero...yaya toure jenis kepala batu skit.
xavi, puyol, iniesta & messi mungkin bakal menghabiskan karier mereka di barca..tapi sayang kelab seperti chelsea tidak mahu mempertahankan terry, lampard & ashloey cole..
keluarnya drogba jelas memberi bencana kepada attacking chelsea yg dikepala banakan oleh torres..chelsea harus belaja dari kesilapan arsenal..arsenal pada masa dulu gah ketika mereka dibarisi player2 otai, tapi skrg ? fikir2lah sendiri.
P/S : aku selalu tg game napoli..lebih2 lagi player faveret aku ade kat sane iaitu cavani.
Terbaek, @KC. Anyway, winning mentality till end of the game la ko maksudkan? Mmg xramai, tp mcm Inler, Marchisio, Hamsik, Modric bukan yg suka kalah, antara sebab Marchisio, Inler, Hamsik menjadi 1st eleven dlm skuad kelab atau negara & bersesuaian usianya serta pengalaman yg ada, mereka ini kerap jd match-winner utk kelab & negara masing2 & for Modric, mesti la mentality juara, sbb kenapa dia tinggalkan Spurs & sanggup perjudikan karier dia di Real madrid & bermain utk Croatia, bukan team negara belasahan.
Tapi, Aku ada dgr rumors Chelsea akan jual Kevin De Bruyne & mungkin Marin juga lepas season ni abis, sbb nk beli contoh mcm Fellaini etc. Sedihnya, kte kerap rosakkan future youngsters. Hopes Roman lebih tahu ape yg dia nk buat utk kelab. Bimbang pun ada sbnrnya, sebb mcm ko ckp, experience players mmg buatkan kelab itu sgt2 berharga & kompetitif dlm semua competition yg kte masuk. STILL BELIEVE & KTBFFH!