Pemulaan tahun 2013 yang hambar dari Chelsea.
Tewas mengejut 1-0 kepada pasukan tercorot liga boleh dianggap satu keputusan yang sangat naif.
1) QPR layak memungut 3 mata penuh kerana mereka lebih bermotivasi untuk menang, berbanding Chelsea.
2) Seperti yang Maman cakap, Chelsea perlukan winning mentality, tapi sayang apa yang dipersembahkan hari ini lebih kepada food mentality kerana aku lihat pemain Chelsea banyak sangat makan masa krismas. Hantaran ke laut, setiap percubaan yang dilakukan tidak menjadi & apa juga yang dibuat oleh Chelsea sepanjang 90 minit sia2.
3) Taktikal Rafa juga harus dipersoalkan. Beliau lambat memasukkan Mata & Hazard. Moses, Marin kurang menyerlah, Betrand pula belum cukup matang untuk mengambil alih tempat Ashley Cole.
4) Pemain no 9 itu pula sudah banyak kali 1 by 1 dengan keeper tapi masih tetap kantoi... rasa macam main 10 lawan 11 je...
5) Super Frank tak cukup super hari ini, mungkin dia lebih berfungsi dalam perlawanan2 besar, ye dok ?
6) Gol kemenangan dijaringkan oleh bekas pemain Chelsea iaitu Shaun Wright Philips. Turnbull rasanya sedikit terlena dalam perlawanan ini, tiada banyak sangat keje yang dia lakukan.
7) Ketiadaan Cech, Ashley Cole tidak boleh dijadikan satu alasan kenapa kita gagal menumbangkan anak buah Redknapp ini.
Menang ke atas pasukan kuat seperti Everton namun tewas kepada lawan yang bakal tersingkir ke divisyen bawahan musim depan menunjukkan Chelsea tidak konsisten. Persoalan hangat di sini, adakah Chelsea layak bersaing merebut takhta liga atau sekadar mengambil inisiatif untuk mencabar Spurs bagi kedudukan top 3 ?
Apa pun selamat datang Demba Ba.
Pengganti Abang Droba sudah sampai, auuuwwww !
asal kalah, mmg benitez punya pasal la.. kan..
cuba menang, player2 mmg mempunyai winning mentality..
Trlalu bnyk simpan,leka
..
-bg aku hazard n mata ptt 1st 11..ni tak strategi simpan pemain lepas tu bila nak lingkup baru nak masukan..
-satu kerugian kalah ditmpat sndiri dan 1 gme dlm tngan mcm dah tk brguna....
arulchelsea
- rafa terlalu over-confident.mungkin beliau ingat qpr ni team kacang je, terus dropkan mata & hazard di bench...bile dah ketinggalan, baru nak mainkan balik mereka berdua.
plan b yg tak menjadi.. dan betul cakap kau, satu kerugian bile kalah dalam 1 game dalam tangan.
game yg sepatutnya boleh menang tapi kalah, ini yg sering terjadi di EPL.
sebelum macth, secara ikhlasnya mmg aku nak qpr menang sebab:
1. qpr terlalu corot ketandusan point, mcm mn nak survive musim ni utk kekal musim depan
2. sebagai motivasi chelsea untuk match seterusnya.
ni mungkin aku agak bersifat nationality skit, sbb qpr kelab milik rakyat malaysia. walau ape pon kemenangan chelsea tetap keterujaan aku sbg penyokong yg tegar CHELSEAAAAA.....
maaf ye...
@mohd zikri
- oh macam tu ye..dah kalau MU tu kelab milik rakyat malaysia, kena sokong MU lah ? kehkeh
chelsea skrg dalam proses utk mengejar MU & City...seri atau kalah itu dianggap drop point..jadi tak boleh rasa2 kesian ke, ape ke, sebab every game is like a final, chewah..hehe
Walau bagaimana pun kekalahan awal pagi tadi amat mengecewakan,Setan Merah makin kukuh diatas,Kalau MU tu Rakyat Malaysia Punya takkan aku sokong.
Yang Penting MATA untuk Chelsea,X silap skrg kite Drop ke bawah sikit,Uncle AVB dah duk atas Rafa Benitez
aku pun sokong qpr..jrsc dia pun aku beli beb..tp bila lwn chelsea ttp nak chelsea menang..cuma utk qpr janji dpt no 16 ok dah..kih kih kih
-btul KC rafa over-confident..MU yg kelebihan mata pun tk guna strategi mcm ni...utk liga kena 1st 11 yg btul2 mantap..lg pun kita dah ketingan mata..champion leg dah lingkup..tk bleh dah nk hrp jd juara UCL mcm sblum ni.. klau kita no 5 dlm liga bye2 lah ucl musim depan....
crling cup..bleh la nk simpan2 plyr..
@KC, lg teruk kalau Marin dh kene buang baru masuk minit ke-7...
Anyway, Marin created byk chances, tp mcm biasa, where was Torres? Semua shootings naik ke langit, Luiz, Ivanovic, Moses...
Game kali ni, pd aku, Benitez & players underestimate QPR, sbb last season kene benam 6gol, then skrg tercorot liga, so, "have fun", guys.
Pegang bola lama sgt, smpi lupe nk passing & crossing, smpi xtahu nak direct masuk ke kotak penalty lwn atau stand-still kt post masing2. Aku masih xpercaya Torres 1-by-1 tp masih kepala bana.
Pergh... Camane pun, KTBFFH!
walaupun aku bukan fans chelsea, tapi aku hampir tiap2 minggu nengok live match Chelsea. skg ni plak demba ba dh msok. Aku berani cakap yg ba bakal jadi serious threat yg lebih efektif dari torres. apa2 pun ba boleh jd torres kalo bagian midfield Chelsea syok sendiri. tapi bagi aku, demba ba mmg cukup tajam walaupun tanpa midfield yg berpengaruh. Anyway, Chelsea bakal nengok striker yg akan 'sujud' kepada Allah kalo tiap2 kali score. Good luck demba ba and chelsea!
@Maman
mungkin aku silap sedikit menilai tentang prestasi marin. Betul cakap kau Maman. Selepas dilihat balik, marin okey lah juga perfomancenya. dia ada cipta beberapa peluang keemasan, cuma moses agak kepala bana, depan gol pun boleh miss. Cuma marin ada melakukan 2/3 error pass yg boleh menyebabkan lawan mudah untuk membuat counter attack.
@farid fien said.
Demba Ba tak mengharapkan midfield yg power utk score sebab finishing nya sudah tajam. striker ni kalau dah power, letak mana2 pemain kat bahagian tengah pun tetap power..manakala striker yg flop ni, kalau letak pirlo ke, zidane ke, xavi ke, kalau sudah flop, flop lah jawabnya.
Demba Ba takkan jadi macam Torres..ini jangkaan aku sebab aku tengok player macam Demba Ba ni dia usaha sendiri untuk score & usaha sendiri untuk dapat bola..
Demba Ba ni kalau kita tengok cara permainannya macam Drogba lah..badan besar, tough, strong & tak mudah jatuh/tak lembik...biasanya striker2 kulit hitam ni power..tengoklah gol2nya kat newcastle, semuanya style2.. setakat 1 by 1 dgn keeper, tak de masalah bagi demba ba.
Yeah.. Ba akan diturunkan lwn SotonG FA CUp nanti. Let's see how damn good he is...
aku hepi kita ada striker baru ....harap2 demba ba akan berjaya mengisi kekosongan seorang lagenda chelsea drogba .....
aku nak torres jadi 2nd striker duduk kat bangku pemanasan setiap game biar dia rasa tu.....
kini sudah terbukti, BA memang menyengat. 1-5