Aku harus mengakui yang Torres menjadi kunci utama dalam kemenangan Chelsea hari ini. Dua gol serta 1 assist dari El-nino berjaya membawa The Blues menundukkan Sunderland 3-1 di Stadium of Light.
Namun pujian juga buat para pemain Chelsea yang lain. Jika tiada team-work dari Mata, Romeu, Moses & Hazard, agak sukar juga untuk Torres merobek jaring pihak lawan.
Kemenangan ke atas Sunderland ini yang pertama buat Chelsea sejak Oktober & ia juga kemenangan liga pertama Rafa bersama kita.
Ulasan perlawanan mengikut stail Tun Dr Mahathir :
1) Kick off bermula, Chelsea aggresif melancarkan beberapa serangan. 3 peluang keemasan tercipta pada 6 minit pertama, yang mana dua di antaranya gagal disudahkan oleh Torres.
2) Abang jambu menebus peluang yang disia-siakanya itu dengan menjaringkan gol pada minit ke-11. Menerima umpanan silang Eden Hazard dari sebelah kanan, bola lantas disambar Torres dengan satu volley yang cantik. Itu gol terpantas Torres sejak bersama dengan Chelsea.
3) Lewat separuh masa pertama, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas pelari pecut Brazil, Ramires dijatuhkan oleh pemain tengah Sunderland, Sebastian Larrsson. Dan Torres secara spot on mengambil tugas eksekutor penalti yang kebiasaannya dilakukan oleh Hazard/Mata/David Luiz. Tendangannya berhasil menewaskan penjaga gol lawan.
4) Tamat separuh masa pertama & Chelsea unggul dengan kedudukan 2-0.
5) Selang 4 minit separuh masa kedua bersambung, gawang The Black Cats bocor lagi. Torres nyaris untuk menjaringkan hatrik namun tendangan first timer nya terkena palang, lantas disudakan oleh Mata menerusi bola rebound.
Chelsea semakin selesa dengan kedudukan 3-0
7) Dengan tidak mengecewakan puluhan ribuan penyokong Sunderland, Chelsea "menghadiahkan" gol saguhati kepada pasukan mereka apabila tendangan kaki kiri Adam Johnson hanya sekadar dilihat oleh pemain pertahanan Chelsea tanpa sebarang kekangan yang dibuat.
8) Sayang gol saguhati tak boleh diberi banyak2, cukup satu sahaja. Scoreline 3-1 tidak berganjak sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Walaupun Sunderland cuba mencari lagi gol namun bola sepak tempoh hadnya hanyalah 90 minit. Nanti 90 minit lagi tu kita buat berkira di Stamford Bridge pulak.
Oh ya lupa, Super Frankie sudah kembali. Dia sempat beraksi lebih kurang 11 minit terakhir. Belum lagi fit 100% dan rasanya 11 minit terakhir itu cukup untuk Lampard kembalikan kecergasannya, maklumlah 7 minggu tak sentuh padang.
Meskipun menang, Chelsea masih belum berganjak dari posisi ke-3. Sekarang ini The Blues memperolehi 29 point dari 16 perlawanan. 4 mata di belakang City & 7 mata di belakang MU yang belum beraksi 1 perlawanan. Mohon adik beradik Manchester ini seri agar dua2 drop point.
Summary
Berikutan tersingkirnya dari saingan Champions League minggu lepas, Chelsea masih menunjukkan reaksi yang positif.
Berkenaan dengan Torres, jika dia terus menunjukkan prestasi yang matang, dia akan dipuji. Jika dia tidak berubah, dia aka dikutuk balik. Ini lumrah alam. Mohon Torres lebih konsisten. Jangan hari ini score, esok lusa kau buat bangang balik.
4 gol dalam 2 perlawanan, jadi aku harap level konfident Torres akan meningkat dari semasa ke semasa.
Dulu di zaman RDM, kita nampak trio MAZACAR sering menjadi perbualan hangat oleh orang ramai . Kali ini aku nampak Rafa cuba menggandingkan Mata & Hazard dengan Moses pula. Moses beraksi cemerlang di posisi righ wing, manakala Mata di middle, di kiri Hazard. 3 di antara mereka ini suka bermain perngkap offside, yang mana itu ialah satu trick yang bagus untuk mengelirukan pihak lawan. Torres kena berada di posisi yang betul kerana Mata & Hazard akan sentiasa back-up dia dari belakang.
Ada impak dalam prestasi Romeu sejak Rafa ambil alih. Dengan Mikel yang digantung 3 perlawanan, Romeu boleh handle di posisi defensif midfielder. Kelebihan Romeu ni, dia seorang pemain tengah yang laju, sesuai kalau kita nak beraksi dalam tempo yang rancak. Manakala Mikel, jenis pemain yang slow namun defensif yang solid. Masing2 ada kelebihan & kekurangan.
Rafa juga cuba menerapkan permainan long pass, yang mana itu satu plan yang bagus. Aku tidak suka kalau Chelsea bermain dalam satu cara sahaja. Kena ada plan A, B juga. Dengan pemain yang sedia ada sekarang, aku nak tengok Chelsea bermain one touch football.
Perlawanan menentang Southampton di-postpone kan kerana Chelsea akan berangkat ke Jepun untuk beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Kelab. Kita akan berada di sana selama 10 hari. Hari khamis ini iaitu 13 Disember, Chelsea akan lawan Ulsan Hyundai/Monterrey. Jika menang, 3 hari kemudian kita akan beraksi di Final.
hadiah tahun baru
Game smlm mmg puasati tgok....
Abg Torres da kmbli mnyengat(tp arap2 dy consistent la lpas ne)...dri lwn ngn Norsdjalland smpi ke Sunderland....dua-dua game ada sumbangan score beliau....
game Sunderland,
cross dri Hazard dpt di sudahkan oleh Torres....mmg Superb..!!
pastu hasil dri sepakan penalti yg terpaksa mengetepikan David Luiz dri mngambilny....
Torres nyaris2 nk hat-trick tp kne bucu post...sayang2....tp nsib bek d sudahkan Mata...
Torres dan Mata pon nmpk serasi bersama dah skang ne...
Tp gol oleh Adam Johnson tu mmg sayang la..Cech sampai terpaku tnpa berbuat ape2...patot boleh clean sheet da...
semoga Chelsea trus unggul di BPL dgn meperoleh kmenagan demi kemenangan....arap kutip 3 point je slalu...dua2 Manchester tu arap slow down sket r lpas ne,boleh Chelsea kejor...
wlupon xlayak di UCL(xlayak pon sbb peraturan Platini yg agak cerdik tu)...
arap2 di Europ League, dapat lah kite mnjadi juara dengan bergaya ny...dan melayakkan kite ke Super Cup nnt....
dan dgn berbekalkan pengalaman Pak Rafa(bwk Inter mng Club World Cup dulu) dpt membolehkan kite mng piala di Jepun...
Chelsea chelsea jugak..arap2 malam ne Harimau Malaya dpt membaham Thailand..dan dpt g Final AFF
selamanya...selamanya..
selamanya Harimau Malaya...
2 game ada 2x2 ...semua 4gol oleh nando ....so harap2 dia akan menten dgn prestaso yg ada skrg dan akan d majukan lagi.....
rafa nampaknya bijak buat masa skrg mengatur strategi yg sesuai dgn torres ni ....dan pemain lain memberikan respon yg baik ....
sebelum ni rafa ada bagi tau kalau team main baik torres akan menjaringkan gol lagi....lepas tu semalam rafa bagi komen torres mmg akan dpt gol kalau team full main dgn baik ;) ..
so nando please keep it el nino
Well-deserved 3pts guys.
Aku setuju dgn @KC, cannot simply avoid myself from giving Torres full compliment. He works hard but also smart, not like previous occasions under RDM. Under Benitez, his scoring ratio rise.
Spt yg aku katakan sebelum ni, Romeu mmg ala-ala Yaya Toure kte, defensive & attack mmg cepat, buatkan CBs kte xgabra sgt bila kene serang balik. Tp lepas Romeu cedera (terpaksa dibedah lutut - expected back in after 8 weeks), Chelsea hampir hilang arah. Sunderland lebih mudah mengganas di bhgn tgh. Utk Mikel, aku xminat dia main sbnrnya. Rate Chelsea kalah lebih tinggi berbanding menang bila dia main. Tgk jela if dia main ganding tenaga dgn Lampard, dgn Lampard terkene badi dia sekali, jd punca kekalahan sebelum ini.
Ape pun, Oscar xmenghampakan bila bermain di CM/DM. Moses semakin meningkat display nya, Hazard & Mata dh kembali fit & direct-play lebih pantas & tepat. Jd, Torres boleh stay focus kat atas.
Lampard is back! Like always, he such an influence vice-captain showing up in the right time @ Japan.
FIFA Club World Cup 2012 is main target now. KTBFFH!